Sunday, January 2, 2011

Virus Sekularisme dan Hedonisme

Seluruh umat manusia memiliki microprocessor tercanggih yang tiada tolok bandingnya bagi memproses segala data yang diterima. Samada data berbentuk ilmu pengetahuan, pengalaman, pemerhatian dan segalanya. Kecekapan dan kepantasan microprocessor itu melakukan tugasnya bergantung sejauh mana data ilmu dan pengalaman tuan empunya diri. Di samping itu, microprocessor ini juga sering berhadapan dengan ancaman virus merbahaya. Malangnya hari ini majoriti umat manusia lebih rela membiarkan microprocessor mereka dicemari oleh virus. Akibatnya, fungsi dan kecekapan microprocessor sering terganggu dan gagal memproses data secara betul.

Dalam konteks Malaysia hari ini, penulis melihat betapa ramai rakyat negara ini yang mengalami masalah pada microprocessor mereka. Masalah ini ekoran terlampau banyak virus yang menyerang dari segenap sudut. Luar dan dalam. Di samping virus yang sedia ada, ditambah pula dengan serangan virus dari luar telah mengakibatkan virus yang sedia ada semakin kuat dan ampuh hingga mampu menguasai peranan microprocessor.

Virus-virus luaran lagi merbahaya itu dikenali dengan nama Sekularisme dan Hedonisme.

Penulis sengaja sebut sekularisme dulu sebab virus inilah yang paling aktif, jahat dan merbahaya. Sukar dikesan serangannya kerana menggunakan kaedah 'backdoor'. Setelah berjaya menguasai microprocessor, maka dengan sendirinya microprocessor akan bertindak 'mencipta' pelbagai jenis virus lagi seperti hedonisme.

Hari ini virus Hedonisme telah berjaya menyerang majoriti remaja negara ini. Antara fungsinya ialah;

- pergaulan bebas tanpa batasan agama

- mengejar kemewahan hidup tanpa mempedulikan soal halal atau haram

- menguatkan lagi keinginan nafsu

- suka hiburan dan pesta yang mengkhayalkan

- seks bebas dan dadah

Lebih mengecewakan bila virus Hedonisme ini berjaya menyerang di kalangan majoriti remaja Islam tanahair. Manifestasinya kita boleh lihat sendiri gelagat dan perangai mereka hari ini.

Segala macam kerosakan telah dilakukan mereka. Seks bebas, bunuh, rompak, ragut, buang bayi, dadah dan kemuncaknya ialah murtad.

Bagaimana boleh berlaku?

Ianya bermula daripada serangan virus Sekularisme. Virus ini telah disebarkan oleh 'central server' sejak lebih setengah abad sehingga rakyat sudah sebati dengannya. Pihak central server bukan sekadar menyebarkannya saja malah terus berusaha menaik-taraf keupayaan virus itu dari masa ke semasa. Justeru pelbagai program tambahan yang melalaikan terus dibuat hingga ke peringkat merosakkan sama-sekali microprocessor rakyat hingga hilang arah serta pedoman hidup mereka.

Cara mengatasi?

Setiap virus mesti ada antivirusnya.

Sebagai Muslim, kita semua wajib menggunakan perisian 'antivirus' yang bernama Al-Qur'an dan Hadis. Hanya inilah cara terbaik untuk melumpuh dan membunuh virus yang bernama Sekularisme dan Hedonisme.

Percayalah dengan kembali kepada Al-Qur'an dan Hadis, maka dengan sendirinya Sekularisme dan Hedonisme akan musnah dan seluruh rakyat akan terselamat serta dapat hidup aman bahagia di dunia dan lebih-lebih lagi di Akhirat kelak.

Apa yang wajib dilakukan?

Mudah saja. Pertama, kita wajib menghapuskan terlebih dahulu penguasa 'central server' tadi dalam PRU13 kelak. Sebab selagi mana si penguasa tidak dihapuskan, maka selagi itulah virus Sekularisme terus disebarkan. Penguasa jahat itu adalah kerajaan UMNO BN.

Sekali lagi penulis mengingatkan diri sendiri dan para pembaca bahawa 'Aqidah Islam kita pasti rosak dengan mengundi atau menyokong UMNO BN yang sekular.

Ingatlah fatwa Syeikh Mustafa Sabri, Mufti di zaman Pemerintahan Khalifah Uthmaniyyah Turki, yang menegaskan bahawa "Jalan pintas menjadi kafir bila memisahkan agama dengan politik."

Bila kita mengundi UMNO BN, bermakna kita redha dengan sistem sekular tersebut.

Renung-renungkanlah...

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger