Monday, January 3, 2011

Pertemuan 'bawah tanah' UMNO PAS berlaku lagi?

Ingatkan proposal Unity Government (Kerajaan Perpaduan) dan ghuyub. Rupanya tak. Masih berlaku pertemuan 'bawah tanah' (dalam gelap) antara UMNO PAS yang berlangsung baru-baru ini di Terengganu. Ia berlaku di sebuah tempat eksklusif pada tarikh sebelum Presiden PAS berlepas ke London untuk melancarkan PAS Representative Council.

Pertemuan yang membabitkan pimpinan tertinggi kedua belah pihak. Najib, Muhyiddin, TG Hj Hadi dan Ust Nasa. Khabarnya Tuan Guru Nik Aziz turut sama hadir setelah diundang oleh orang ternama tanpa dimaklumkan apakah tujuan pertemuan tersebut.

Maklumat menyebut ketibaan TGNA telah disambut oleh keempat-empat pemimpin tetinggi itu. Bila TGNA menyedari pertemuan itu bertujuan untuk meneruskan proposal Kerajaan Perpaduang, beliau terus 'membasuh' kesemua yang hadir dengan memberi hujah kukuh bahawa segala permasalahan yang melanda orang Melayu hari ini adalah berpunca daripada UMNO sendiri.

Eh... pelik sungguh bila penulis memikirkan tentang sikap TG Hj Hadi selaku Presiden PAS. Walhal sebelum ini beliau sendiri menegaskan isu UG ini sudah tutup buku.

Tapi dengan tiba-tiba je masih berlaku lagi pertemuan 'bawah tanah' itu. Apa ceritanya... Tergamak Presiden PAS 'menipu' seluruh ahli partinya sendiri. Atas alasan apakah hingga boleh mempengaruhi beliau untuk terus berbincang dengan UMNO?

Jika alasan kepentingan Melayu dijadikan hujah untuk 'menghalalkan' pertemuan itu, sama-sekali tidak boleh diterima oleh minda yang waras. Apakah Presiden PAS lupa akan ucapan beliau sendiri dalam Seminar "PAS sedia ganti UMNO".

Persoalannya, dah 52 tahun UMNO memegang kuasa pemerintahan, nasib Melayu bukan semakin baik, malah semakin parah. Kenapa sekarang baru UMNO sibuk memperkatakan soal kepentingan Melayu. Ironisnya boleh pulak Presiden PAS dan group UGnya terpengaruh dengan 'kelicikan dan kemunafiqan' UMNO. Takkanlah Hj Hadi and the gang tak sedar lagi akan niat jahat UMNO itu.

Hujah penulis mudah je... UMNO sebenarnya tersepit bila kehilangan sokongan pengundi bukan Melayu di seluruh negara dalam PRU12 lalu. Sebab itulah UMNO melihat PAS boleh dijadikan 'kuda tunggangan' bagi meraih sokongan padu pengundi Melayu dalam PRU akan datang. Justeru, UMNO gunakan isu kepentingan Melayu dan Islam untuk meraih dan mempengaruhi group UG dalam PAS.

Cuba kita fikir secara logiklah...

Selama ini UMNO yang menghapuskan hak kepentingan Melayu. Merompak dan menyeleweng wang orang Melayu dalam Tabung Haji, Felda dan Felcra. Merampas hak biasiswa anak Melayu. Menggantikan dengan hutang PTPTN. Merampas tanah orang Melayu untuk diserahkan kepada syarikat kroni atas alasan pembangunan. Merosakkan berjuta akhlak anak Melayu melalui program 'syaitan' yang dhidangkan melalui kaca TV dan penganjuran pelbagai pesta hiburan secara 'live' di seluruh negara.

Dan yang paling jelas betapa keji dan jahatnya UMNO bila menafikan hak royalti minyak rakyat Terengganu dan Kelantan sedangkan kedua negeri itu mempunyai peratusan penduduk Melayu melebihi 80 peratus.

Setelah semua jenis kezaliman dan kejahatan dilakukan terhadap bangsa Melayu, tiba-tiba UMNO boleh lagi bercakap soal kepentingan Melayu. Yang jadi pelik bin ajaib, boleh pulak Presiden PAS dan gang UGnya terpengaruh dengan permainan licik parti hapraq UMNO ni.

Ehh... pelik sungguhlah.

Sebagai ahli PAS, penulis menentang sekeras-kerasnya sebarang usaha mengarut ni. Di kalangan pimpinan PAS yang kebuloq sangat nak 'berkahwin' dengan UMNO, silakanlah tapi mesti keluar PAS dulu. Jangan sekali-kali dibawa bersama parti dan jamaah Islam yang syumul ini.

Dalam pemilihan pada Muktamar PAS yang akan datang ini, penulis mengharapkan akan berlaku pertandingan untuk jawatan Presiden juga.

Nasib baiklah Tuan Guru Nik Aziz masih hidup. Kalau tak, nescaya PAS akan berpecah dan jadi lemah.

Salam4all

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger