Saturday, January 8, 2011

Penerusan projek bela penjenayah dan bankrapkan negara

Apa lagi bukti yang perlu dikemukakan dan apakah bahasa olahan terbaik bagi meneutralkan minda rakyat khususnya orang Melayu sekian lama dibohsiakan UMNO daripada melihat kebenaran. Kesal dan sedih bila mengenangkan betapa orang Melayu yang mengaku Islam tapi terus merelakan diri mereka diperkotak-katikkan semahunya oleh pemimpin di kalangan mereka sendiri.

Apakah tidak cukup lagikah segala bukti penyelewengan, rasuah dan jenayah yang dilakukan oleh pemimpin UMNO selama ini. Penulis sengaja fokus kepada pimpinan UMNO kerana merekalah 'guru' segala paksi kejahatan yang berlaku. Rakan pimpinan komponen BN yang lain hanya ikut saja. Hang sapu, aku pun ikut sapu.

Hutang Negara

Lupakah kita di zaman pemerintahan Mahathir, RM100 bilion wang negara lesap begitu saja akibat amalan rasuah, kronisme dan nepotisme. Manakala era Pak Lah, RM200 bilion dan sekarang zaman Najib pula. Dah tentu lebih besar lagi wang rakyat akan lesap disapu dan diseleweng oleh Najib, Rosmah and the gang.

Baru-baru ini Ketua Audit Negara sendiri mengesahkan negara kehilangan RM26 bilion setahun akibat perlakuan rasuah dan penyelewengan dalam kerajaan UMNO BN. Sehingga tarikh pembentangan bajet 2011, hutang negara berjumlah RM362.39 bilion. Hal ini disahkan sendiri oleh Ketua Audit Negara. Jauh beza dengan jumlah RM233.92 bilion yang disebut Najib sewaktu pembentangan bajet lalu.

Penulis pernah sebut Malaysia akan bankrap dan jadi negara muflis jika UMNO BN terus diberi mandat memerintah. Benar telahan itu bila Menteri JPM, Idris Jala menegaskan Malaysia bakal menanggung hutang berjumlah RM1 trilion (RM1,000 bilion) dalam tempoh 9 tahun dari sekarang (2010), pada tahun 2019. Waktu itu negara boleh diisytiharkan muflis dan bangkrap. Justeru kata Idris Jala, rakyat perlu bersedia untuk terima sebarang kenaikan harga.

Senang je Menteri JPM ni cakap. Bolehlah hang punya pendapatan ratusan ribu sebulan. Dan begitulah juga Najib dan seluruh pimpinan UMNO BN yang dah berlonggok harta kekayaan mereka. Apakah mereka concern dengan rakyat marhain? Sorrylah...

Tak sakit hatikah kita sebagai rakyat bila terpaksa menanggung bebanan kenaikan harga barang pengguna setiap bulan dan tahun angkara perbuatan pemimpin UMNO yang memerintah negara seolah-olah kekayaan negara ini macam bapak mereka punya.

Senang-senang mereka menyamun dan menyeleweng segala kekayaan negara hingga negara terpaksa menanggung hutang RM362.39 bilion, lepas tu suruh rakyat tanggung beban kenaikan harga barangan bagi mengelakkan negara muflis.

Memang sial punya pemimpin. Celakalah puak-puak munafiq ini...

Begitu juga para pengikut dan pendokong mereka yang tak habis-habis dia punya bebal. Dah berbuih mulut kita dok habaq jangan undi pemimpin jahat tapi mereka degil. Mengaku Islam tapi dok sembah pemimpin toghut...

Jenayah

Ini pun satu penyakit juga. Penyelewengan dan rasuah dah satu hal. Rupanya tak cukup lagi bagi puak-puak munafiq UMNO ni. Penulis saja guna istilah munafiq sebab puak-puak jahiliyyah ni bila kita panggil kapiaq, mereka melenting walhal serupalah tu. Perlu kita sedari golongan munafiq ini sebenarnya lebih jahat daripada kafir zimmi.

Menyentuh soal jenayah pimpinan UMNO ni, satu dunia dah tahu. Tengok saja kes pembunuhan kejam Altantuya. Walau mahkamah 'Najib' dah buat verdict dengan menjatuhkan hukuman gantung terhadap dua anggota Polis yang di'kambing hitam'kan, namun umum, malah dunia sendiri menuding jari ke arah Najib Rosmah kerana begitu banyak bukti yang didedahkan menjurus kepada pasangan iblis No.1 negara itu. Cumanya mahkamah kat Malaysia ini agak istimewa sikit sebab ada Hakim boleh dijual-beli macam pasaran saham. Manakala Jabatan Penguam Negara, SPRM dan Polis tak usah cakaplah... Memang dah jadi 'cawangan' UMNO sejak era Mahathir lagi.

Kemudian dalam kes misteri kematian Teoh Beng Hock. Dua hari lalu, Mahkamah Koroner buat keputusan terbuka dengan mengklasifikasikan sebagai "Bukan bunuh diri dan tidak dibunuh".

Kalau bukan bunuh diri dan tidak dibunuh, habis tu apa? Ohh... jadinya Teoh Beng Hock suka-suka matilah... Ehh... betul-betul gilalah verdict macam ni. Bukan lagi gila babi namanya, babi gila pun tak buat macam ni.

Soalnya macamana mayat Teoh Beng Hock boleh berada di bumbung tingkat 5 bangunan tersebut sedangkan soal-siasat di tingkat 14 pejabat SPRM. Jika merujuk verdict 'Bukan bunuh diri' bermakna Teoh tidak terjun dan jika melihat keadaan mayatnya memang jelas ianya sengaja diletakkan di bumbung tersebut agar kelihatan macam jatuh dari tingkat 14.

Menurut laporan Pakar Pathologi terkenal yang diiktiraf dunia, Dr Pornthip membuat kesimpulan bahawa 80% Teoh Beng Hock mati dibunuh. Dan penulis sendiri yakin memang ini kes homisid tapi cuba diselindungkan oleh kerajaan UMNO BN dari pengetahuan rakyat dengan 'menggunakan' Mahkamah Koroner.

Dan sekali lagi kerajaan UMNO BN cuba menyembunyikan kejahatan jenayah mereka bila mana Suruhanjaya DiRaja yang ditubuhkan bukan untuk menyiasat punca kematian Beng Hock. Apa jadahnya tubuh suruhanjaya kalau bukan untuk menyiasat punca kematiannya. Pihak keluarga mangsa dan rakyat mahu tahu apakah punca kematian misteri mantan Setpol Exco Selangor itu.

Terkini, didedahkan pula 'jenayah seks' Rais Yatim bila didakwa memperkosa pembantu rumahnya pada 2007. Walau Rais menafikannya dan semalam pula keluar berita penafian oleh bekas amahnya.

Kita tidak terkejut dengan 'penafian terpaksa' oleh mangsa sebab dengan kuasa, pengaruh dan kekayaan Rais, bisa saja perlakuan kejinya itu ditutup dengan wang dan ugutan.

Jika di Malaysia, Altantuya Shaaribu, Mustakizah Jaafar dan Norita Samsudin boleh dibunuh kejam bagi menyembunyikan pekong VVIP UMNO yang ada hubungan dengan mereka, inikan pula seorang warga Indonesia yang miskin. Sudah tentu perasaan takut menyelubungi keluarganya ekoran kedudukan si perogol sebagai Menteri dan punya banyak wang serta kenalan di Indonesia. Apatah lagi bila melihat nasib malang yang menimpa Altantuya. Justeru, jalan paling selamat ialah 'menutup mulut' dan buat penafian. Mungkin ada habuan besar diberikan kepada mangsa sekeluarga.

Logikkah dengan tak semena-mena saja mangsa boleh menukar pengakuan, walhal sebelum ini mangsa sendiri mengakui memang diperkosa beberapa kali oleh si menteri itu bila pihak Migrant Care bertandang ke rumahnya di Banjarnegara, Jawa Tengah. Kehadiran pihak NGO itu adalah atas permintaan adik mangsa yang menulis satu surat aduan tentang kakaknya yang telah dirogol.

Mangsa tidak menceritakannya kepada wakil NGO itu semasa di rumah kerana suaminya ada sama ketika itu. Setelah pulang ke pejabat, satu panggilan telefon dibuat bagi mendapatkan penjelasannya. Ketika itulah mangsa mengakui dia telah diperkosa beberapa kali sehinggalah pada tarikh 19 Feb 2007 bila Datin terpandang perlakuan suaminya. Mangsa turut meminta pihak Migrant Care tidak mendedahkan hal ini kerana malu dan bimbang keselamatan diri dan keluarganya terancam.

Tindakan kerajaan UMNO BN terus melindungi 'penjenayah' mereka memang dah diduga dari awal. Tindakan serupa juga dilakukan dalam kes pembunuhan Mustakizah, Norita, Altantuya serta kematian misteri Teoh Beng Hock. Seluruh instrumen kerajaan digunakan untuk menyembunyikan segala bentuk jenayah VVIP dan kroni mereka.

Bagi penulis, ini bukan sekadar menjadi punca kekeruhan hubungan diplomatik malah akan mengundang sentimen prasangka negatif di kalangan rakyat Indonesia terhadap warga Malaysia di masa akan datang. Pepatah ada menyebut 'Disebabkan nila setitik, habis susu sebelanga.

Sudah tiada lagi keadilan untuk rakyat bawahan samada di Malaysia maupun Indonesia. Kebebasan dan keadilan hanya untuk golongan atasan yang berkuasa dan berpengaruh. Yang kaya ditatang dan dipuja manakala yang miskin terus dizalimi, ditindas dan diperlakukan macam binatang.

Wahai rakyat Malaysia, bangunlah dari lena mu. Jangan dibiarkan minda itu terus-menerus di'bohsia'kan oleh UMNO laknatullah. Wajib dihentikan segera segala bentuk jenayah, penyelewengan, rasuah, pembohongan dan kezaliman yang berlaku selama ini.

Renungkanlah wajah anak-cucu kita sejenak. Merekalah yang bakal mewarisi negara ini. Jangan kita wariskan sebuah negara yang muflis dan rosak kepada mereka.

Salam pagi Ahad.

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger