Thursday, January 13, 2011

Si Khir Toyo ni buang tebiat ko apo?

Iyolah... kadang-kadang tu manusia boleh berubah jadi baik bilo dah terkeno 'jentikan' Allah. Samoado dio betoi-betoi berubah atau sokojap yo atau sajo nok tunjuk alim, itu kito tak boleh nak kirolah... Hanya Allah sajo Yang Maha Mengetahui. Penulis agak tokojut sesaat bilo terpandang tajuk "Khir Toyo serah balik gelaran Dato' Seri" di malaysiakini.

Kalo dipandang selapis yo tindakan Khir ni nampak macam ikhlas tapi rasonya biarlah kito cuba kupas dari pelbagai sudut. Sobab orang UMNO ni kan boleh dipercayo sangat. Mereko ni fasik atau munafiq. Bukan suko menghukum tapi nak buat macam mano kerana nama UMNO itu sendiri dah macam tu. United Munafiqun National Organization.

Allah dah pesan sekiranya dapat khabar berita dari golongan fasik, hendaklah disiasat terlebih dahulu kesahihannya.

Tindakan Khir memulangkan semula darjah kebesaran Selangor itu pasti mengundang pelbagai spekulasi di kalangan pemerhati politik. In person, harus dipuji tindakan yang tak dijangka oleh sesiapa pun itu.

Ada beberapa persoalan timbul susulan daripada tindakan tersebut.

Pertamanya, apakah Khir sendiri sudah dapat 'mimpi' yang perbicaraan rasuah itu tidak akan menyebelahinya. Penulis katakan demikian kerana seluruh makhluk planet bumi ini dah faham benor dengan sistem 'Mahkamah Beruk' di negara ini. Lebih-lebih lagi perbicaraan yang melibatkan ahli politik.

Tidak sukar untuk rakyat membuat ramalan jika kes itu melibatkan pimpinan utama UMNO. Jika pemimpin itu orang kesayangan No.1, datanglah seribu aduan atau laporan Polis/SPRM yang dibuat terhadapnya, nescaya tiada sebarang tindakan. Tapi kalau memang nak kena 'tendang', memadai dengan satu atau dua laporan Polis/SPRM dibuat, Peguam Negara akan membuka fail pendakwaan. Dan inilah yang berlaku.

Keduanya, tidak mustahil pendakwaan ini ada muslihat politik.

Bila Selangor terlepas ke tangan Pakatan Rakyat dalam PRU12 lalu, UMNO dilihat macam 'gila talak'. Pelbagai rancangan keji dan jahat dilakukan untuk memburukkan imej kerajaan PR di negeri terkaya itu. Bermula dengan fitnah terhadap Exco Elizabeth Wong, diikuti sisatan SPRM terhadap Teoh Beng Hock hingga Setpol itu ditemui mati di atas bumbung tingkat 5 bangunan SPRM.

Selepas 2 percubaan itu gagal malah memburukkan lagi reputasi UMNO, usaha diteruskan dengan memfitnah kerajaan PR negeri dalam isu kecurian pasir, namun gagal juga kerana kecurian itu sebenarnya berlaku semasa UMNO memerintah.

Ada kemungkinan tindakan mendakwa Khir atas kes rasuah serta tindakan memulangkan gelaran Dato' Seri itu semata-mata untuk memulihkan imej UMNO Selangor yang teruk tercalar selama ini dengan isu rasuah, penyelewengan, mahligai wakil rakyat dan isu syarikat air Syabas.

Dan yang paling 'menyiksa' UMNO bila kerajaan PR mendedahkan penyelewengan yang berlaku dalam perjanjian konsesi antara Syabas dengan kerajaan pusat. Selama ini rakyat Selangor tidak sedar bahawa mereka telah 'disembelih' semahunya oleh Syabas dengan tarif air yang tinggi. Bayangkanlah jika gaji CEO saja mencecah RM433 000 sebulan. Setahun RM5.2 juta.

Kalaulah benar muslihat itu, apakah rakyat Selangor akan mempercayainya?

Waima apa pun penulis percaya Khir Toyo tidak akan ke penjara. Kalau bersalah, hanya akan dijatuhkan hukuman denda. Kalau kena denda RM1 juta pun, apalah sangat baginya.

Pintu taubat masih terbuka luas untuk Khir Toyo. Cuma dia perlu melaksanakan beberapa syarat. Antaranya ;

- memulangkan kembali segala harta kekayaan yang diseleweng kepada kerajaan negeri,
- memohon maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat Selangor,
- meninggalkan UMNO.

Penulis mengharapkan bekas MB itu masih ingat teguran Almarhum ayahnya.

Salam pagi Jumaat.

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger