Sunday, May 3, 2009

Menanti Kepupusan UMNO !

UMNO yang selama ini bongkak dan mendabik dada kerana merasakan hanya mereka saja boleh memerintah, tiba-tiba menjadi sebuah parti bacul dan pengecut untuk menghadapi Piliharaya Kecil N12 DUN Penanti pada 31 Mei ini. Ngapa UMNO boleh jadi 'orang bisu'? Masih teraba-raba nak mencari 'calon berkaliber' bagi menentang calon Pakatan Rakyat dari PKR, Dr Mansor Osman.

Kalau dulu pemimpin UMNO sampai bergaduh nak jadi calon dalam PRK. Sampai sanggup jumpa PM agar dipilih sebagai calon. Almaklum sajalah 'confident' menang. Tapi kali ini lain pulak jadinya. Masing-masing takut nak jadi calon. Takut kalah. Apa yang berlaku dah terbalik...

PM Najib 'Altantuya' pula bercakap dalam sidang media menyindir Pakatan Rakyat dengan berkata "Saya rasa YB Penanti tu tak perlu letak jawatan. Dia sepatutnya teruskan tugas sebagai wakil rakyat. Apa perlunya kita buat pilihanraya kecil lagi. Membazir wang rakyat. SPR terpaksa membelanjakan kira-kira RM 2.5 juta bagi setiap piliharaya kecil yang diadakan. Saya rasa Pakatan Rakyat ada motif tertentu di kawasan ini kerana yakin mereka boleh menang. Sebab itulah PKR mendesak wakil rakyat mereka agar letakkan jawatan bagi membolehkan piliharaya kecil diadakan."

Memang pelik dengan kenyataan PM baru ni. Sejak bila pulak anak Tun Razak ni dah pandai cakap soal membazir ? RM 500 juta wang komisen dari pembelian Scorpene tu tak membazir ke ? Komisen RM 450 juta lagi yang masuk ke dalam poket dari pembelian pesawat Sukhoi tu bukan duit rakyat ke ? Tabur wang rakyat untuk meraih undi dalam setiap pilihanraya tu apa namanya ?

Nampaknya si Najib ni sejak dilantik jadi PM cuba nak jadi 'baik' dan bercakap di mana-mana seolah-olah dialah PM yang dinantikan oleh rakyat. Bebaskan 13 orang tahanan ISA (sepatutnya bebaskan semua), beri balik permit Harakah dan Suara Keadilan tapi pengedar kena kacau lagi dan akhbar masih dirampas. Yang terbaru permit AP akan diliberalisasikan, mahu melancarkan "One Malaysia" dan lain-lain lagi program yang nampak macam bagus.

Masalahnya, masyarakat Melayu yang mudah diperdaya dengan slogan, dasar dan pendekatan baru oleh setiap PM yang baru dilantik. Di zaman Mahathir, rakyat digula-gulakan dengan Dasar Penerapan Nilai-Nilai Islam, Bersih, Cekap dan Amanah, Dasar Pandang Ke Timur. Zaman Pak Lah pula terkenal dengan Islam Hadhari, slogan Berkerja Bersama Saya, Bukan Untuk Saya dan slogan Aku Mencari Al-Ghazali". Apa hasilnya ?

Telah terbukti semua slogan dan dasar yang diketengahkan hanyalah semata-mata untuk mengaburi mata rakyat. Hakikat sebenar hanyalah untuk terus berkuasa dan meraih sokongan daripada rakyat Malaysia khususnya bangsa Melayu.

Sejujurnya aku sendiri dah tak tahu apakah yang sepatutnya boleh digelar puak-puak UMNO ni ? Munafiq dah tentu. Perasuah dah pasti. Penyamun berlesen dah memang kerja mereka. Membohong dan memfitnah sudah jadi amalan harian. Ada takde kita gelar saja mereka bangsat. Jadi memang layak UMNO ni ditukar namanya kepada Parti Kebangsatan Melayu Bersatu.

Mungkin ada di kalangan pembaca yang tak bersetuju dengan gelaran ini. Tapi sedarlah jika kita rujuk dalam Al-Qur'an, Allah menyebut golongan sebeginilah yang paling jahat sekali. Malah lebih jahat dari kafir. Allah SWT gelarkan mereka ini sebagai golongan munafiq dan celaka sebab mereka mengaku Islam tetapi kafir di dalam hatinya.

Kita boleh lihat sendiri apa yang telah UMNO buat selama 51 tahun memerintah negara. Antara persoalan yang bermain di fikiran kita ialah ;

1- Ke mana perginya nasib bangsa Melayu yang selama ini mereka dakwa pembela Melayu ?

2- Apa dah jadi dengan nasib Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan ?

3- Mengapa boleh berlaku gejala murtad di kalangan orang Melayu sehingga melangkaui jumlah suku juta orang ?

4- Apa dah jadi dengan tulisan jawi ?

5- Mengapa negara yang begini kaya dengan hasil mahsulnya menjadi sebuah negara yang rapuh ekonominya sehingga rakyat dihimpit dengan bebanan hidup yang semakin mendesak ?

6- Ke mana pergi biasiswa anak orang Melayu hari ini sehingga setiap anak Melayu yang berjaya melanjutkan pelajaran ke IPTA dan IPTS terpaksa menanggung bebanan hutang dengan Skim Pinjaman PTPTN ?

7- Bagaimana kedudukan Islam dalam negara ?

8- Mengapa sehingga saat ini orang Melayu masih ketinggalan dalam semua bidang termasuk ekonomi ?

Fikirlah sendiri persoalan-persoalan ini.

Balasan Allah Terhadap UMNO/BN

Kini sudah sampai masanya UMNO menerima balasan di atas segala kejahatan yang dilakukan. Kita boleh lihat sendiri bagaimana sokongan masyarakat bukan Islam terhadap Pakatan Rakyat. Walau pelbagai tohmahan, tuduhan dan provokasi yang dilakukan terhadap Pakatan Rakyat namun semuanya tak menjadi. Serba tak kena.

UMNO macam terkena sampok apabila menyedari DAP sudah mula memahami Islam yang dibawa oleh PAS. UMNO sedar bagi meneruskan 'legacy' pemerintahan dalam negara mereka perlukan sokongan masyarakat Cina dan India untuk menguasai lebih 2/3 Parlimen. Namun perkembangan mutakhir ini menampakkan sokongan padu Cina dan India terhadap Pakatan Rakyat.

UMNO sedar walaupun zahirnya PKR yang mengetuai Pakatan Rakyat, namun hakikat yang perlu diakui semua pihak yaitu PAS sebenarnya sebagai nakhoda dalam bahtera PR. Kewibawaan PAS dalam menempuh pelbagai onak dan duri serta cabaran yang mendatang telah terbukti. Sejak isu 2 ADUN dari PKR dan 1 dari DAP 'melompat', kemudian diikuti tindakan seorang lagi ADUN Penanti dari PKR letak jawatan, maka seluruh rakyat mengalihkan perhatian mereka kepada PAS. Pasti bermain di benak fikiran rakyat "Kenapa UMNO/BN tidak berani mengganggu YB dari PAS ?

Tentu PAS ada rahsia mendidik yang berkesan sehingga semua wakil rakyat PAS dengan izin Allah SWT tetap ampuh dan tabah dalam menghadapi ujian sogokan, fitnah, mehnah dan pelbagai lagi tribulasi. Sejarah membuktikan bagaimana 5 ADUN PAS di Kelantan dengan mudah menolak habuan RM5 juta seorang yang cuba disogok oleh UMNO agar melompat. Ketika itu hanya 1 kerusi saja yang membezakan PAS dengan BN. 23 PAS dan 22 BN.

Patutnya orang Melayu dah lama sedar hakikat ini. Tapi apakan daya, memang itulah perangai bangsa Melayu ni. Mereka hanya fikir asal boleh makan, minum dan ada tempat tinggal oklah... Tak kiralah negara ni nak lingkup ke atau apa sajalah asalkan tak kena pada batang hidung sendiri sudahlah... Pasal murtad bila ditanya mereka jawab "Bukannya keluarga aku yang murtad." Tanya pasal biasiswa pula mereka kata "Apa nak risau. Sekarang kan ada PTPTN." That's is the low class mentality of Malay community.

Berdoa' terus agar UMNO dan BN akan terus berkubur dalam PRU13.

Wassalam.

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger