Monday, May 11, 2009

Nizar Menteri Besar Sah Perak

Hanya ucapan syukur ke hadrat Allah SWT.

Kira-kira jam 3.30 petang tadi, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan bahawa Datuk Seri Mohd.Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Tahniah kepada para Hakim yang profesional dalam membicarakan kes ini kerana tegas dan adil dalam membuat keputusan.

Keputusan ini merupakan satu tamparan hebat bagi Najib dan ADUN BN di Perak. Kita sarankan kepada Dr. Zambry, MB Perak yang 'haram' tu... silalah berambus dari Pejabat MB. Muka tak tahu malu. Rakyat Perak sendiri meluat dan menolak dia sebagai MB.

Berikut laporan dari malaysiakini ;

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengumumkan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar sah Perak setelah digugurkan jawatan tersebut awal bulan lalu.

Mahkamah juga memutuskan menteri besar BN Datuk Seri Zambry Abdul Kadir dan enam exconya mengosongkan dengan kadar segera pejabat mereka - di Bangunan Perak Darul Ridzuan di Ipoh.

Dalam penghakimannya, hakim Abdul Aziz Abd Rahim berkata seseorang menteri besar hanya boleh dipecat melalui undi tidak percaya di DUN, seperti kes Stephen Kalong Ningkan.

Hakim menambah, dalam kes pelucutan Mohamad Nizar, tiada persidangan dewan diadakan untuk meluluskan usul sedemikian.

Dalam penghakimannya, Abdul Aziz berkata jika Sultan Perak mahu meletakkan Mohamad Nizar meletakkan jawatan, maka baginda sepatutnya mengambil sidang DUN untuk mengemukakan usul tersebut.

Permohonan peguam Zambry, Cecil Abraham untuk menangguhkan penghakiman tersebut ditolak oleh mahkamah.

Mengulas kemenangannya, menteri besar Pakatan Rakyat itu berkata beliau akan menghadap Sultan Perak berhubung penghakiman mahkamah tersebut.

Jazakallah.

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger