Monday, May 11, 2009

Inilah Masa Bubar DUN Perak

Dengan keputusan mahkamah petang tadi, MB Perak yang sah Datuk Seri Mohd.Nizar Jamaluddin akan mohon menghadap dan memohon restu Sultan Perak bagi pembubaran DUN segera memandangkan kemelut yang semakin bercelaru berlaku di negeri itu.

Kita mengharapkan Sultan Azlan Shah akan bertindak profesional dan tidak mengulangi kesilapan yang sama lagi. Selaku 'payung' kepada rakyat Perak, baginda mesti memperkenankan agar DUN Perak dibubarkan segera bagi memulihkan semula suasana 'haru-biru' yang berlaku angkara perbuatan durjana UMNO/BN.

Adalah amat penting piliharanya diadakan semula di Perak bagi meredakan kemelut ini. Biar rakyat Perak tentukan sendiri kerajaan mana pilihan mereka. Kalau UMNO/BN anak jantan (walaupun diketahui memang bacul dan pondan), mereka tak perlu takut untuk menghadapi pilihanraya ini.

Manakala Pakatan Rakyat memang sedari awal sudah memohon restu Sultan agar DUN dibubarkan apabila kemelut berlaku dulu. Tapi malangnya pada waktu itu Sultan Azlan Shah telah bertindak 'menyebelahi' UMNO. Akibatnya, baginda lihat sendiri betapa cemperanya negeri jajahannya.

Iyalah, kita nak marahkan sangat Sultan ni pun tak guna. Dia dah tua. Akalnya pun dah lemah. Hanya menghitung hari saja menanti kehadiran Izra'il. Cuma apa yang kita harapkan agar kali ini baginda bertindak bijak demi kemakmuran dan keharmonian hidup rakyatnya.

Dilaporkan MB Haram BN, Zambry akan meninggalkan pejabatnya di bangunan pentadbiran Kerajaan Perak esok bersama para Exconya.

Persoalannya, adakah Sultan Perak sedia menerima Nizar menghadap dan memperkenankan untuk pembubaran DUN ?

Just wait and see what will happen next...

Apa Kata PM Najib ?

PM Najib 'Altantuya' pula menasihatkan rakyat Perak supaya bertenang dan tidak terlalu teruja dengan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang mengisytiharkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar yang sah.

"Kita akan selesai segala masalah," kata Najib ketika diminta mengulas keputusan mahkamah tersebut.

"Kita akan merayu terhadap keputusan itu dan kita harap mendapat tarikh awal untuk melakukannya. Saya tidak boleh mengulas banyak kerana perkara ini masih dalam bidangkuasa mahkamah."

"Jadi, saya mahu katakan bahawa kita mempunyai kes yang kuat, kedudukan yang kuat dan kita akan merayu terhadap keputusan itu," tambahnya.

Ditanya sama ada pilihanraya mengejut patut diadakan, Najib menjawab: "Saya tidak dapat mengulas perkara itu kerana ianya bergantung kepada kebijaksanaan Sultan Perak."

Ditanya sama ada beliau akan menghadap Sultan Perak, jawabnya : "Saya boleh jumpa baginda pada bila-bila masa. Tetapi tidak mengapa, ia di bawah bidang kuasa baginda".

Ditanya sama ada pilihanraya mengejut tindakan terbaik menyelesaikan kemelut Perak, Najib berkata: "Saya tidak mengulas banyak, langkah pertama kita adalah merayu terhadap keputusan itu."

Mengenai tarikh untuk membuat rayuan tersebut, Najib berkata: "Kita akan dapatkan tarikhnya (untuk merayu) secepat mungkin. Kemungkinan esok."

Sekian.

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger