Monday, May 4, 2009

Awasi Makhluk Perosak Dalam PAS

Selama ini kita dok habaq kat orang perebutan jawatan dalam parti satu kemestian dalam UMNO. Para pemimpin atasan depa dok sibok kempen dengan menaboq wang ke setiap bahagian bagi memastikan pencalonan mereka. Semua orang dok tahu perebutan jawatan dalam UMNO adalah semata-mata untuk mendapat 'tempat buat duit'. Depa yang dok rebut jawatan tu bukan setakat taboq wang malahan mencari bomoh syaitan first class bagi menjamin kedudukan dan kemenangan. Pendek kata semua pemimpin UMNO di semua peringkat dok buat benda serupa.

Tup tup... la ni PAS pulak dilanda wabaq yang serupa. Dengaq cerita dah ada di kalangan pimpinan PAS yang melantik 'ejen' untuk melobi. Ada yang bermurah hati mengeluaqkan derma jihad peribadi kepada PAS Kawasan yang memerlukan sumbangan. Kalau ikhlas berderma baguihlah tapi rupanya ada udang di sebalik mee. Mengharap agar PAS Kawasan mencalonkan mereka bagi jawatan yang diimpikannya. Kalau kena PAS Kawasan yang luruih bendoi dan menyangka derma yang dihuluqkan itu benaq-benaq ikhlas, maka malanglah bagi orang yang huluqkan derma tersebut.

Paling menyedihkan apabila sudah ada kumpulan yang cuba melaga-lagakan TGNA dengan TGHH. Dengaqnya ada beberapa individu yang berada di keliling TGNA memainkan peranan jahat untuk melagakan kedua-dua pimpinan tertinggi itu dengan harapan bos depa akan berpeluang naik jadi Presiden. Pendedahan yang dibuat oleh Nik Abduh sangat mengejutkan kita semua. Tahniah kepada Nik Abduh yang berani membuat pendedahan demi kebaikan jamaah Islam yang kita semua sayangi ini.

Aku nak habaq kat depa yang dok sibuk melobi dan terlalu ambitious sangat ni. Hangpa kena ingat PAS adalah jamaah Islam. Jangan dok bawak perangai UMNO. Muhasabahlah diri hangpa dulu sebelum terlambat. Hangpa tak malu ka dengan Allah. Biasanya orang yang dok minta dan impikan jawatan ni akan kecundang akhirnya di tengah jalan. Jika ada perwakilan yang dok gatai tangan pilih golongan ambitious ni juga akan mendapat dosa. Haram hukumnya memilih pemimpin yang dok melobi dan inginkan jawatan. Bukan aku yang dok keluaqkan fatwa tapi Ulama' amilin yang bagitau.

Perebutan jawatan dalam PAS yang sedang dok hingaq dan hangat la ni adalah ekoran sokongan rakyat terhadap Pakatan Rakyat. Jadi ada di kalangan pimpinan PAS dari kumpulan Profesional ni dah mula terkena 'sampok' gila kuasa. Depa rasa sudah sampai masanya jawatan Presiden tidak semestinya Ulama'. Sebab depa dok rasa golongan ulama' ini terlampau tegas dalam hukum-hakam. Justeru akan melambatkan proses menawan Malaysia. Sebenaqnya aku sendiri pernah dok dengaq dari mulut golongan Profesional di kalangan pimpinan pemuda yang dok kata jawatan Presiden tak semestinya ulama' sebab PAS ada Majlis Syura'.

Nilah masalah. Baru dok pegang segulung ijazah Sarjana Muda maupun Sarjana dah mula dok rasa diri terlampau bijak. Kadang-kadang yang dok bercakap tu, PAS di tempat sendiri pun tak terurus malah tiada perubahan positif. Nilah yang dikatakan tak tahu nak ukuq baju sendiri. Kalau bercakap memang hebat sehingga orang yang dok dengaq pun boleh lena. Bila suruh buat kerja tak tahu. Yang dia tahu mengarah saja. Cakap tak serupa bikin. Jika dulu pernah jadi ahli UMNO dan ada jawatan samada di peringkat Bahagian atau Negeri, biasanya perangai lamanya dalam UMNO akan dibawa ke dalam PAS.

Secara peribadi aku sama-sekali tidak bersetuju jika jawatan Presiden dipegang oleh golongan Profesional buat masa ini. Golongan Ulama' Amilin mesti terus diletakkan sebagai peneraju PAS. Jika ada individu dan kumpulan tertentu yang cuba mengubahnya, mereka harus 'dipancung' terus agar jangan jadi 'parasit' dalam PAS. Baru setahun jagung duduk dalam PAS dan memegang jawatan di peringkat pusat maupun negeri sudah mula berangan nak jadi Presiden. Porahhhh...

'Kumpulan jahat' ini sebenarnya 'take for granted' sebab hari ini mereka lihat PAS semakin mendapat sokongan dari semua lapisan masyarakat. PAS telah berjaya menawan hati masyarakat bukan Islam dalam negara dengan tumbuhnya Kelab Penyokong PAS macam 'cendawan tumbuh selepas hujan'. Pasai apa 'kumpulan jahat' ni sekarang beriya-iya sangat mahukan jawatan Presiden tidak semestinya Ulama'?

Untuk jawab persoalan ini amat mudah. Jika dilihat senario politik hari ini adalah tidak mustahil Pakatan Rakyat mampu memerintah negara selepas PRU13. Bila PR berjaya jadi pemerintah, maka jawatan TPM pasti menjadi rebutan sekiranya Anwar Ibrahim jadi PM kelak. Tapi aku sendiri memang tak setuju jika Anwar jadi PM. Habis Islam dipijaknya dengan cara halus. Tobat lahum aku memang tak percaya kat Anwar ni sebab dia disahkan sendiri oleh Dr Yusof Qardawi menjadi alat kepada Amerika. Seorang pemimpin Asean lagi yang sewaktu dengan Anwar ialah Gus Dur.

Mutakhir ini PAS dilihat sebagai paling relevan dalam menerajui negara. Pemerhati politik sendiri mengakui PAS telah berjaya menembusi 'pasaran' masyarakat bukan Islam. Senario ini membuktikan masyarakat bukan Islam telah mula memahami dengan jelas bahawa Islam yang dibawa oleh PAS adalah sangat adil kepada semua pihak tanpa mengira soal agama, bangsa dan warna kulit. Dengan lain perkataan PAS dilihat lebih qualified dalam menerajui negara menjelang PRU13 nanti.

Justeru dengan melihat perkembangan ini, maka di kalangan pimpinan PAS yang 'gila kuasa' dan 'ambitious' ini mula membina network masing-masing bagi memastikan kroni mereka akan mengisi jawatan penting dalam hiraki kepimpinan PAS Pusat termasuk jawatan Presiden. Bila Pakatan Rakyat berjaya memerintah negara, kumpulan ini pastinya akan menjawat jawatan dalam Kabinet Malaysia di bawah Kerajaan Baru Pakatan Rakyat. Sapa yang tak nak ohh jawatan Menteri dan Timbalan Menteri. Glamour bah...

Perlu disedari bahawa Anwar Ibrahim sendiri tidak berapa gemar jawatan Presiden PAS dari kalangan Ulama' Amilin. Anwar merasakan ianya merupakan satu halangan kepadanya apabila jadi PM kelak sekiranya jawatan Presiden PAS masih dipegang oleh Ulama'. Sebab itulah sekarang sudah wujud kumpulan 'Team Anwar' dalam PAS yang mula ghairah untuk mendaki sehingga berjaya menjawat jawatan Presiden. Perkara ini mesti dihalang segera. Jangan dibiarkan kumpulan 'makhluk perosak' ini terus menari mengikut rentak Anwar dalam PAS. Mesti 'dihabisin' segera kumpulan ini sebagai pengajaran kepada yang lain yang dah mula dok berangan yang bukan-bukan.

Tidak dinafikan peranan golongan Profesional ini juga amat penting dalam PAS. Kita tidak pernah lupa sewaktu di zaman Almarhum Ustaz Fadhil Noor dulu ada slogan "Memprofesionalkan Ulama' dan Mengulama'kan Profesional." Namun golongan profesional yang ada janganlah terlalu ghairah untuk menjadi Presiden. Kalau setakat Timbalan tu bolehlah dibincangkan dalam Syura' Ulama'. Adakah masih tak memadai dengan jawatan Naib Presiden ? Sebelum ni tak pernah dok hingaq pun pasal nak rebut jawatan tersebut. Kenapa hari ini dah mula jadi lain ? Adakah pasai PAS dah mula popular dan semakin menyerlah kewibawaannya serta bakal menerajui pemerintahan negara ?

Semuga Allah SWT terus memelihara dan melindungi jamaah PAS yang syumul ini daripada anasir-anasir jahat.

Jazakallah.

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger