Saturday, May 9, 2009

Najib & Rosmah Akan Lingkupkan Negara ?

Apa yang berlaku di DUN Perak semalam merupakan indikator jelas kezaliman UMNO/BN sudah jejak ke siling. Kezaliman bermula di era Mahathir, disambung oleh Pak Lah dan dikhatamkan oleh Najib 'Altantuya'. Inilah kemuncak pada kezaliman UMNO/BN. Apa yang nak dihairankan dengan manusia sebangsat Najib ni. Dia sanggup lakukan apa saja atas arahan bininya. Semua orang dah tahu siapa yang arahkan Altantuya dibunuh.

Semalam rakyat Perak khususnya boleh melihat sendiri bagaimana Najib menggunakan Polis untuk melakukan rampasan kuasa di dalam Sidang Dewan Undangan Negeri. Tindakan paling jakun dan tak bertamaddun ini menggambarkan betapa 'desperate' UMNO/BN dalam mempertahankan 'tindakan haram' mereka. Persoalannya ;

1- Apa perlu UMNO/BN menggunakan Polis jika mereka merasakan tindakan merampas Kerajaan PR Perak dulu tu sah di sisi undang-undang ?

2- Kenapa Najib dan pecacai pengangkat najisnya macam diserang 'gila babi' bertindak mengarahkan Polis mengepung seluruh kawasan sekitar Bangunan SUK menjelang pembukaan Sidang DUN ?

3- Bukankah Hakim yang membicarakan kes Perak ni dah disusun dan diberikan skrip dalam membuat keputusan yang menyebelahi UMNO/BN ?

Inilah hakikat sebenar perangai pemerintah yang zalim dan korupsi. Mereka sanggup lakukan apa saja demi mempertahankan kuasa. Hanya dengan kuasa mereka boleh terselamat daripada sebarang tindakan undang-undang. Buatlah apa saja bentuk penyelewengan dan jenayah, mereka 'kebal' dengan kuasa itu. Seluruh jentera kerajaan seperti Polis dan BPR sedari dulu telah dijadikan 'hamba abdi' kepada UMNO/BN.

Kita sebagai rakyat akan membuat keputusan muktamad dalam PRUI3 kelak. Demi maruah dan hak kita sebagai rakyat, UMNO/BN mesti dikuburkan segera demi menyelamatkan negara ini daripada musnah dan bankrap.

Sewaktu menanti penerbangan pulang ke Malaysia, saya menemui seorang sahabat di Jeddah International Airport pada 29 April lalu. Dia memberitahu yang Najib dan kuncu-kuncunya menyedari dalam PRU13 nanti Pakatan Rakyat mampu mengambil-alih pemerintahan negara. Sumber ini diperolehi daripada rakan-rakannya yang bertugas di JPM. Dilaporkan Najib dan kroninya sedang merangka 'pelan tindakan' bagi membolot segala harta kekayaan negara sebelum PRU13. Juga pelan untuk melarikan diri .

Jika sahih maklumat yang diberikan oleh sahabat itu, tak mustahil Najib dan kuncunya akan meninggalkan bebanan hutang negara bertimbun kepada kerajaan baru Pakatan Rakyat kelak. Kita jangan lupa bagaimana 'cerdiknya' kerajaan BN Kelantan di bawah MB Mohamed Yaakob yang meninggalkan bebanan hutang kerajaan negeri berjumlah RM 780 juta kepada Kerajaan APU yang mengambil-alih pemerintahan dalam tahun 1990.

Namun atas kebijaksanaan pemerintahan TG Nik Aziz selaku MB, hutang lapuk peninggalan BN itu dapat dibayar kepada Kerajaan Pusat tahun demi tahun sehingga hampir selesai kini. Lebih membanggakan kita sepanjang PAS memerintah Kelantan, Kerajaan Negeri tidak pernah membuat sebarang pinjaman dengan Kerajaan Pusat. Inilah bukti janji Allah. Apabila golongan hamba-Nya yang beriman dan bertaqwa yang dipilih sebagai pemimpin, maka negeri yang diperintah itu akan diberkati dan dirahmati oleh-Nya.

Untuk pengetahuan pembaca, negeri yang paling banyak hutang dengan Kerajaan Pusat ialah Johor Darul UMNO. Hutangnya hampir mencecah RM3 bilion. Sah, UMNO/BN memang jelas bodoh memerintah. Yang mereka pandai hanyalah rasuah, merompak dan menyeleweng wang rakyat. Cuba tanya orang Melayu kat Johor tu ;

1- Segala pusat perniagaan dan beli-belah yang ada di seluruh Johor tu milik siapa dan siapa yang berniaga ?

2- Rumah-rumah setinggan yang ada di sekitar Johor Bahru tu siapa yang duduk ?

3- Mana perginya tanah milik orang Melayu di Johor yang kini hanya tinggal 11 peratus saja ?

4- Apa dah jadi dengan Amanah Saham Johor ?

5- Siapa yang tukar cuti hari Jumaat kepada hari Ahad ?

6- Kondomonium mewah di sekitar Johor Bahru termasuk di Danga Bay tu milik siapa ?

Kekecohan yang berlaku di Perak ini akan menjadi satu anjakan paradigma kepada kesedaran dan kebangkitan rakyat dalam negara. Apa yang dikesalkan ialah tahap kesedaran masyarakat Melayu yang masih rendah. Ini berpunca daripada 'fahaman khurafat' yang ditanamkan oleh UMNO sejak sekian lama dengan propaganda "Hanya UMNO yang boleh memerintah. Tanpa UMNO orang Melayu akan dihina dan ditindas." Fahaman khurafat ini juga menyebabkan 'AQIDAH masyarakat Melayu yang beragama Islam semakin hari semakin rosak.

Sebagai rakyat, kita bertanggungjawab ke atas negara. Segala kekayaan dengan segala hasil mahsul bumi tidak boleh dibiarkan terus dirompak oleh puak-puak pemimpin UMNO/BN ini. Hidup kita semakin dihimpit kesusahan. Dibebani dengan pelbagai kenaikan harga barang keperluan. Sedangkan pemimpin hidup bersenang-lenang dengan hasil rasuah dan rompakan harta negara. Rakyat yang miskin terbiar begitu saja manakala kroni yang kaya pula semakin melambak harta mereka. Kezaliman yang dilakukan terhadap rakyat sudah melampaui batas. Pemimpin pembangkang dan para penyokongnya diugut, dipukul dan ditangkap dengan sewenang-wenangnya tanpa sebab. Kebebasan bersuara disekat. Perhimpunan aman yang dijamin oleh perlembagaan dianggap perhimpunan haram.

Anggota Polis dikerah menjadi pelindung UMNO. Nak buat macamana. KPN dilantik oleh UMNO. Bukan ikut 'seniority'. Sapa tak kenal si Musa Hassan. Godfather kepada tauke Along No.1 dalam negara.

Inilah hakikat pemerintah yang zalim. Kita semua tahu bagaimana Firaun dan Namrud memerintah sehingga mendakwa diri sebagai tuhan. Apa yang dilakukan oleh pemimpin UMNO/BN ini sama saja. Cuma tak mengaku tuhan saja. Namun segala perangai dan tindak-tanduk mereka jelas berlagak macam tuhan. Manakala para penyokong mereka bertindak 'memberhalakan pemimpin'.

Secara peribadi, saya tidak akan sekali-kali sudi untuk menyembahyangkan mayat para pemimpin dan ahli-ahli UMNO. Mayat mereka tidak layak untuk disembahyangkan kerana dengan sengaja mengingkari sebahagian besar isi kandungan Al-Qur'an. Sepatutnya puak-puak ini kalau mati, bungkus saja mayat mereka dan humbankan saja ke dalam mana-mana lubang tanah yang ada.

Kita jangan lupa apabila Allah SWT menegur Rasulullah S.A.W. kerana mengimamkan solat jenazah Abdullah bin Ubai. Rasulullah terpaksa mengimamkan solat itu di atas permintaan anak lelaki Abdullah bin Ubai yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya. Sebenarnya Rasulullah sendiri tahu yang Abdullah bin Ubai itu merupakan bapak munafiq di Madinah.

Orang Melayu wajib meninggalkan UMNO sebelum terlambat.

Jazakallah.

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger