Friday, May 29, 2009

Pemilihan PAS - Ramalan Nujum Pak Belalang

Nujum Pak Belalang nak buat ramalan pasal pemilihan pimpinan PAS dalam Muktamar yang bakal berlangsung beberapa hari lagi. Ramalan ini hanya untuk kerusi Timbalan Presiden dan Naib Presiden saja.

Untuk jawatan AJK PAS Pusat, Nujum Pak Belalang tak mampu nak buat ramalan sebab 'mangkuk jampi' kecil sangat. Kalau besar tu mudah sikit sebab ramai sangat calonnya.

Dijangka akan berlaku pertandingan sengit sampai hangit bagi jawatan Timbalan Presiden memandangkan 3 individu yang bertanding mempunyai pengaruh dan imej tersendiri.

YB Ustaz Hj Nasharudin Mat Isa - bekas pensyarah Universiti dan juga seorang ahli akademik yang fasih berbahasa Inggeris dan Arab. Seorang yang mudah mesra dengan sesiapa saja. Sikapnya yang profesional dan 'low profile' sangat disenangi ramai samada kawan maupun lawan.

YB Dato' Hj Husam Musa - mantan Naib Presiden yang disebut sebagai 'Kumpulan Erdogan'. Pernah mendapat pengiktirafan antarabangsa sebagai Ahli Parlimen Terbaik Komanwel kerana hujahnya yang bernas berserta dengan fakta hasil research yang dibuat. Pendekatan politiknya yang agak rasional dan terbuka. Cumanya agak sedikit kontroversi apabila membuat kenyataan akhbar "Saya sedia bertanding jawatan Timbalan Presiden PAS kerana mahu membetulkan halatuju PAS". Agak mengecewakan juga apabila didedahkan tentang sikapnya yang agak kurang menyenangkan baru-baru ini di studio TV9.

Hj Mohamad Sabu - mantan Naib Presiden dan sangat popular di Malaysia. Di mana saja ada demonstrasi, maka disitulah dia berada mengetuai demonstrasi. Ceramahnya pasti dihadiri oleh ribuan pendengar. Hujahnya menarik dan tidak pernah lekang dari unsur-unsur lawak menyindir. Kerap ditangkap Polis khususnya berhubung dengan demonstrasi dan perhimpunan aman. Mudah mesra dengan sesiapa saja. Terkenal dengan jolokan 'Ayam Tambatan PAS'.

Bagi jawatan Timbalan Presiden ini, Nujum Pak Belalang meramalkan Ustaz Nashrudin Mat Isa mampu mempertahankan jawatannya. Salah satu faktor kerana berlakunya pertandingan 3 penjuru. Dalam konteks ini ianya memberikan kelebihan undi pada beliau.

Manakala untuk jawatan Naib Presiden, ketiga-tiga penama berikut dijangka menang ;

1- YB Dato' Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man

2- YB Hj Salahuddin Ayub

3- YB Dr. Mujahid Yusof Rawa

Nujum Pak Belalang mengharapkan agar perwakilan buatlah pilihan secara profesional dan bijak bagi memastikan barisan pimpinan baru mampu menjana PAS sebagai sebuah parti dan jamaah Islam yang syumul dalam era globalisasi yang semakin mencabar ini. Juga persediaan yang mantap dan bersepadu dalam menghadapi PRU13 kelak.

Jazakallah.

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger