Saturday, May 30, 2009

Caution ! Virus UMNO Dah Mula Menyerang PAS

Terkini ! Seorang calon Timbalan Presiden PAS akan mengadakan pertemuan dengan seluruh pimpinan PAS Kawasan dan Perwakilan Muktamar di Bandar Batu Gajah, Gopeng, Perak jam 9.00 malam tadi.

SMS yang masuk ke dalam handphone mso seperti berikut ;

Assamualaikum, tuan-tuan YDP, TYDP, NYDP, SETIAUSAHA, DAN PERWAKILAN KE MUKTAMAR, adalah dijemput untuk menghadiri majlis dialog dengan calon Timbalan Presiden (nama). Pada 30 Mei Jam 9:00 malam. Bertempat di Markas PAS Batu Gajah, No 21 Bandar Baru Batu Gajah Gopeng sebelah FT Supermerket. Jalan Batu Gajah. Berdepan simpang masuk Taman Tasik SM Noor. Turut menjemput dan hadir sama (nama). Seberang pertanyaan tempat hubungan YDP Batu Gajah. (Nama dan telefon) atau (nama dan telefon) dan (nama dan telefon).- 8:48 am 30/05/09.

Di antara 3 calon yang bertanding jawatan ni, Abg Mat (Hj Mohamad Sabu) telah mengesahkan berita yang dimaksudkan itu bukan beliau. Malam ni dia akan berada di Penanti memantau perjalanan kempen malam terakhir.

Cuma ada tinggal 2 calon lagi yang dimaksudkan dalam SMS tersebut. Mungkinkah Ustaz Nasharudin yang dimaksudkan ? Atau pun Hj Husam Musa yang terkenal dengan pelbagai gelaran dan kenyataan kontroversinya ? Mungkin pembaca boleh meneka siapakah gerangan calon Timbalan Presiden yang nak melobi ni.

Persoalannya, mengapa perkara sedemikian boleh juga berlaku dalam PAS ? Selama ni ahli yang ikhlas dan jujur beranggapan PAS bersih daripada sebarang unsur tidak sihat seperti melobi, berkempen, berkroni dan pelbagai lagi penyakit sebagaimana yang berlaku dalam UMNO. Tup-tup, akhirnya terbongkar juga. Memang benar wujud unsur-unsur negatif ini dalam PAS.

Dalam SMS tersebut ada dinyatakan tujuan pertemuan itu diadakan adalah semata-mata untuk berdialog dengan calon Timbalan Presiden. Dialog ke atau melobi ? Sejujurnya aku yakin memang tiada tujuan lain pertemuan ini dibuat melainkan untuk melobi agar semua perwakilan akan mengundinya.

Apakah pertemuan ini bukannya politik wang ? Takkanlah sekadar pertemuan saja tanpa makan dan minum ? Paling tidak pun nasi minyak atau baryani. Bukan susah nak diurus, tempah saja makanan dengan catering. Everything is under control. Tak masuk akal jika calon Tim. Presiden hanya bagi minum air mineral saja. Jatuhlah standard.

Jika diingat balik apa yang pernah disebut oleh Ustaz Mohamad Daud Iraqi dalam ucapannya di Machang beberapa minggu lepas tu memang betullah... Bagai nak raq pimpinan PAS buat kenyataan media menegaskan tiada bukti berlakunya rasuah politik dalam PAS. Nah ! sekarang jawablah.... Apa yang berlaku malam ni di Batu Gajah bukan rasuah politik ke namanya ?

Aku sendiri pernah menyebut dalam artikel sebelum ini bahawa pimpinan PAS bukannya maksum. Berapa ramai pimpinan PAS yang sudah mencapai darjat Nafsu Mutma'inah ? Masih terlampau ramai di kalangan pimpinan PAS yang ada hari ini berada pada tahap Nafsu Mulhamah. Mungkin ada yang lebih teruk lagi.

Bukan senang oh nak mencapai darjah Nafsu Mutma'inah ni. Perlukan guru yang mursyid sebagai pembimbing. Tanyalah pada Tuan Guru Nik Aziz bagaimana cara dan kaedahnya untuk mensucikan hati.

Mengapa si ********* ni tak pasal-pasal nak buat pertemuan dengan semua pimpinan kawasan dan perwakilan seluruh negeri Perak ? Adakah dia dah mula rasakan bayangan kecundang ?

Sebagai ahli PAS, kita perlu menyedari haram hukumnya jika kita memilih calon yang melobi untuk menang jawatan. Haram hukumnya mencalonkan individu yang dikenalpasti meminta-minta jawatan. Mesti dihentikan segera virus UMNO yang sudah mula nak merebak dalam PAS.

Macamana aku tak marah. Belum pernah berlaku majlis seumpama ini sepanjang 54 tahun Muktamar PAS berlangsung. Inilah kali pertama berlaku dalam sejarah Muktamar PAS. Kalau sejarah positif yang dicipta pada kali ini, oklah. Malangnya apa yang berlaku adalah perkara yang tak sepatutnya.

Ya Allah, aku sangat sayangkan jamaah Islam PAS ini. Ku pohonkan kepada Mu Ya Allah agar lindungilah jamaah ini daripada sebarang fitnah, mehnah dan tribulasi yang boleh menggugat keharmonian dan kekuatan yang sedia terbina sekian lama. Ya Allah, janganlah Kau biarkan kami bersendirian dalam menghadapi ujian ini.

Berikut adalah ulasan mso yang perlu dibaca ;

Si Desperado Sedang Menggila Dalam PAS

SELALUNYA bila kepala sudah buntu atau otak menjadi ‘sebok’ menyebabkan seseorang yang cerdik atau sasa itu boleh jatuh terjepak di tengah jalan. Pening menyebabkan seseorang tidak lagi menjadi waras. Haluan perjalanan juga akan hilang dan kabur. Landasan perjalanannya jadi berpecah-pecah dan hilang fokus.

Begitulah lumrah seseorang yang sudah pening dan tidak dapat mengawal kewarasannya. Seseorang itu akan melakukan apa saja untuk bertindak. Apa-apa saja, macamlah gajah naik minyak!

Peraturan, hukum, bukti dan apa-apa sudah tidak diguna pakai lagi. Dia akan bertindak di luar garis akal budi kemanusiaan. Strategi as syaitaniah juga dipraktikan. Jangan peduli apakah ianya dimurkai Tuhan atau pun dibenci Nabi, yang penting perjalanan si pening itu untuk menggapai kuasa dapat diteruskan.

Dalam heboh kempen untuk merebut menjawat tertinggi dalam Pas yang akan dilangsung beberapa hari lagi, saya tengok ada orang yang telah desperate apabila dia sudah nampak bayangan kekalahan. Dia sudah jadi kelam kabut. Germeciangan diluar sudah disalah tafsirkan sebagai persiapan sebuah keranda untuknya.

Juteru dia jadi panik, jadi mabok dan akan merembas apa saja sehingga sanggup dan tergamak meletakkan dirinya lebih hina daripada haiwatunatik. Walhal yang berbunyi di sana itu orang membaiki longkang, tetapi dirasai ia adalah pukulan tukul ke atas paku terakhir untuk keranda untuknya.

Begitulah aksi si desperado. Segala bunyi dirasakan tertempa ke arahnya. Segala kata-kata, sinikal dirasakan menyua ke dalam telinganya. Walhal segala bunyi itu untuk semua orang. Kenapa? Jawabanya kerana dia sudah pening dan tertekan dan tidak ada keyakinan kepada diri sendiri yang digahkan dunia selama ini.

Iya, demi untuk hidup dan survive, orang tertekan akan menjadi seperti kucing jinak. Meskipun ia baik, alim tetapi kalau sudah sampai tertohok di dinding, dia bisa menjadi bengis dan mencakar sesiapa saja. Tujuannya satu untuk menyalamatkan diri yang dirasakan terancam.

Dalam suasana begitu ia terlupa bahawa orang yang menghampirinya bukan untuk membunuhnya bahkan untuk menyelamatkannya, tetapi kerana otak kucing, dia bersangka sebaliknya.

Begitulah nasib si kucing yang tidak tahu menilai alam, diri dan nawaitu orang lain ke atasnya. Orang yang niat untuk membantu dianggap sebagai musuh lalu dicakar semahunya. Meow... meoww....

Ada beberapa maklumat yang tersampai ke telinga saya bagaimana aksi si desperado ini bertindak kotor. Ia menggunkan berbagai tektik yang tidak halal tanpa mengira di mana dia berdiri. Dia sedia melakukan kebusukan mekipun dia berada di atas mimbar dalam masjid?

Terdengar si desperado ini telah bermain kotor dengan membuat fitnah kepada calon lain. Antara ayat-ayat yang sampai kepada saya ialah, calon desperado berkenaan telah menuduh calon lain itu sebagai tidak sembahyang dan main perempuan di luar negara. Kata-kata ini sungguh jijik dan kotor. Kata-kata lahir dari halkum seorang yang hilang maruah dan kredibiliti.

Nampaknya fiil dan perangai Yahudi sudah pun digunakan. Ajaran Yahudi yang dibenci itu sudah dianuti oleh ahli Pas. Dan strategi dan tektik Yahudi telah dipraktikan dan dibawa ke dalam Pas. Sungguh malang sekali. Kejadian ini katanya berlaku di Johor dan disebarkan secara halus di beberapa tempat lain.

Pas harus menyekang segera kempen memburukan calon oleh calon ini. Budaya dalam Umno yang dikecam dan dikutuk selama ini nampaknya sudah memasuki ke dalam rumah Pas. Malahan ianya nampak lebih ganas dari Umno. Orang-orang yang membawa budaya ini haruslah ditolak oleh perwakilan tanpa maaf!

Pas yang meletakkan agama di hadapan tidak seharusnya sedia dipimpin oleh calon sedemikian rupa!

Barangkali ada patutnya kalau jawatankuasa pemilihan yang dipengerusikan Mustafa Ali memantau dan menyiasat kejadian ini. Beliau harus bertindak tegas. Kalau perlu mungkin tindakan membatalkan calon berkenaan boleh dilakukan. Adalah bahaya bagi Pas kalau tertakdir Allah sengaja memilih orang seperti ini untuk memimpin Pas. Doa desperado tidak seharusnya ditadah dan diaminkan.

Ia akan membawa celaka besar kepada parti Islam itu. Kesucian dan keikhlasan perjuangan Pas yang dibina atas prinsip dan konsep al dinul hayat untuk membela agama, bangsa dan negara tentulah akan tercabul dek perbuatan anak-anak Yahudi si desperado ini.

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger