Sunday, April 26, 2009

'Unity Government' Ditangguh Bukan Dibatal

Fakta 1 : Ulasan Haji Hadi

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata perbincangan dengan pemimpin Umno berhubung cadangan penubuhan kerajaan perpaduan terpaksa ditunda kerana beliau perlu menilai terlebih dahulu kepimpinan baru Umno dan BN di bawah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menurutnya, hasrat untuk membincangkan cadangan tersebut adalah dengan kepimpinan dahulu iaitu sewaktu pentadbiran bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Sehubungan itu, beliau menolak dakwaan kononnya beliau menarik balik cadangan itu bagi menjaga kepentingannya dalam mempertahan jawatan Presiden parti yang mungkin dicabar dalam muktamar agung parti Jun depan.

"Cadangan ini (kerajaan perpaduan) semasa Abdullah, tetapi sekarang (Umno) di bawah pimpinan baru (Datuk Seri Najib).

"Pada masa itu, pada dasarnya saya setuju, tapi sekarang lainlah ceritanya apabila Umno di bawah kepimpinan baru."

Berdasar kepada perkembangan semasa dalam parti itu, terdapat kalangan akar umbi PAS yang tidak setuju dengan rundingan dengan Umno itu.

Source : malasyiakini.com

Fakta 2 : Komen TG Nik Aziz

“Ya, jika BN mahu kita bersama, mereka mestilah bersedia memberikan kita jawatan - jawatan yang penting yang kita akan laksanakan program Islam di dalamnya. Berikan Kementerian Kewangan dan Kementerian Pendidikan misalnya. Kita nak jadi PM mesti mereka tak terima. Jadi kita minta apa yang penting untuk kepentingan rakyat dan negara. Kita boleh bersama.”

Source : nikabduh.wordpress.com

Komentar Saya

Merenungkan kenyataan dan komen 2 pimpinan tertinggi PAS ini membayangkan cadangan Unity Government oleh Hj Hadi masih belum diabaikan sebaliknya ditangguh buat sementara waktu ekoran berlakunya pertukaran kepimpinan negara hari ini kepada Najib.

Saya melihat kenyataan yang dibuat oleh Hj Hadi dan komen oleh Nik Aziz ini mempunyai maksud yang tersirat. Kita harus yakini kewibawaan dan ketaqwaan kedua tokoh ulama' ini. Mereka pastinya mempunyai hujah ilmiah berdasarkan ilmu di dada mereka berhubung isu yang sedang hangat diperkatakan di kalangan para penyokong PAS dalam negara. Ada yang pro dan kontra.

Secara jujur, saya sendiri memang tidak bersetuju dengan konsep 'Unity Government' sebab sejarah telah membuktikan bahawa UMNO sejenis makhluk yang 'munafiq'. Mereka sanggup melakukan apa saja demi kepentingan sendiri. Setelah dapat apa yang dimahukan, mereka akan bertindak melanggar perjanjian. Justeru memang selayaknyalah UMNO dipanggil "Umat Munafiq Nombor One."

Sebagai ahli PAS, memang kita berhak menyuarakan isi hati samada setuju atau sebaliknya namun jangan sekali-kali kita melenting dan bertindak melulu. Saya sendiri memandang isu ini secara menyeluruh khususnya dalam suasana politik tanahair ketika ini.

Mungkin TG Hj Hadi dan TG Nik Aziz ada alasan tersendiri dalam isu ini apabila menyedari dan melihat negara ini semakin menuju kehancuran. Juga menyedari umat Islam dalam negara sudah semakin rosak pegangan 'aqidahnya sehingga jumlah yang murtad melebihi suku juta. Gejala kerosakan akhlak di kalangan remaja Islam sudah mencapai tahap yang kritikal. Semuanya ini berlaku kerana negara diperintah golongan pemimpin yang juga rosak 'aqidah dan akhlaknya.

Lihat saja betapa gagalnya sistem pendidikan negara hari ini. Rakyat dididik dengan satu sistem yang mementingkan duniawi semata-mata. Pendidikan Islam hanya sebagai pilihan kedua. Hasilnya lahirlah generasi yang hanya faham Islam kulit dan akhirnya hanya tinggal Islam pada namanya saja.

Agak bernasib baik kerana masih ada sistem pengajian pondok di beberapa buah negeri seperti di Kelantan, Kedah, Terengganu dan Perak.

Begitu juga dengan ekonomi dan kewangan negara yang diurustadbir oleh kumpulan manusia yang tamak haloba dan tidak amanah. Akibatnya ekonomi negara menjadi rapuh, hutang bertambah, rakyat semakin susah, bertambahnya pengangguran dan inflasi meningkat.

Walau apa jua 'posibilty', saya tetap yakin bahawa isu 'Unity Government' ini akan lenyap begitu saja. Dalam politik hari ini, segalanya boleh berlaku. Kita yakin TG Nik Aziz dan TG Haji Hadi orang yang bijak berpolitik. Kedua ulama' ini tidak akan mudah 'terpedaya' dengan permainan musuh samada dari dalam maupun luar. Kita lihat sajalah nanti...

Sebagai ahli PAS, kita wajib terus berdoa' semuga Allah terus mengukuhkan lagi jamaah PAS yang kita sayangi ini. Perlu disedari bahawa PAS ditubuhkan bukan setakat mahu menegakkan Daulah Islamiyyah semata-mata malahan ianya juga sebuah jamaah yang bertanggungjawab mengajak umat manusia untuk mentauhidkan Allah. Kembali kepada ajaran Al-Qur'an dan Sunnah. Meninggalkan fahaman toghut yang memisahkan agama dengan politik.

Insya'Allah, PAS telah berjaya membuktikannya. Ahli PAS semakin bertambah ramai manakala masyarakat Cina dan India sudah mula memahami Islam hasil daripada penerangan dan dakwah PAS selama ini. Sudah ada di kalangan ahli Kelab Penyokong PAS yang memeluk Islam. Tembok antara PAS dengan DAP juga telah roboh. Semuanya ini berlaku di atas kehendak dan pertolongan Allah SWT.

Jazakallah.

Dari Tanah Haram Mekah.

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger