Sunday, July 4, 2010

Kenanglah jasa Polis, kata Hisham

Sapa kata kita tak kenang jasa Polis dan juga tentera yang bertugas untuk menjaga keamanan negara. Persoalannya sekarang kenapa hari ini pasukan Polis dipandang serong oleh masyarakat sehingga ada satu 'trademark' diberikan kepada mereka secara umum, yaitu rasuah. Malah di kalangan masyarakat Islam yang kuat agamanya tidak akan membenarkan anak-anak mereka menjadi Polis.

Hishamuddin selaku Menteri KDN perlu sedarlah sebelum menyuruh rakyat hormat dan kenang jasa Polis, adalah lebih baik perbetulkan diri sendiri dan juga pasukan di bawah jagaannya.

Selama ini siapa yang memperalatkan Polis untuk kepentingan politik? UMNO atau pembangkang? Siapa yang dok belasah pemimpin pembangkang dan rakyat dalam beberapa demonstrasi aman sebelum ini? Siapa yang dok ajar Polis bertindak kasar terhadap rakyat yang menyokong pembangkang? Siapa yang dok belasah banduan yang ditahan reman sehingga mati? Siapa yang melakukan pembunuhan dalam Peristiwa Memali? Siapa yang dok belasah Anwar Ibrahim dengan niat bunuh dalam tahun 1998 dulu?

Dalam isu rampasan kuasa di Perak, kenapa Polis digunakan untuk menghalalkan perancangan keji UMNO? Kenapa KPN Musa Hasan yang didakwa terlibat dengan sendiket dadah, ah long, pelacuran, perjudian dan kongsi gelap tidak dipecat?

Bayangkanlah, kalau dah Ketua Polis Negara sendiri boleh menjadi pelindung kepada big boss sendiket haram, macamanalah rakyat nak respect kat PDRM?

Tengok saja kes bunuh adik Aminulrasyid. Kenapa KPN masih nak berdolak-dalih. Kenyataan yang dibuat begitu jelas cuba nak melindungi kesalahan jenayah anggotanya. Seharusnya sebagai seorang KPN, beliau mesti bertindak tegas dalam kes sebegini, bukannya mencipta pelbagai alasan. Lepas tu boleh cakap macam orang tak berakal "Kalau rakyat dah tak percaya kat Polis, saya akan arahkan anggota Polis tak perlu lagi buat rondaan dan benteras jenayah." Apa... si Musa ingat dia ke yang bayar gaji Polis. Gaji dia sendiri pun dibayar oleh rakyat.... Cakap macam orang bodoh.

Hishamuddin tak perlu nak susah payah minta masyarakat kenang jasa Polis. Perlu diingat, selagi UMNO yang menerajui negara, maka jangan diharaplah rakyat mahu hormat kepada PDRM.

Rakyat juga sedar bukan semua anggota Polis yang berperangai macam Musa Hasan. Dan memang ada pegawai dan anggota Polis yang bersih dan baik. Cuma jumlahnya terlampau kecil. Nisbahnya 1 daripada 1,000. Namun Hishamuddin perlu sedar yang selama ini UMNO-lah yang bertanggungjawab mendidik dan merosakkan iemj serta integriti PDRM, SPRM, Kastam, SPR dan lain-lain agensi yang terlibat dengan rasuah.

Sudah terlampau banyak kebobrokan PDRM. Terlalu amat sukar untuk rakyat memaafkan Polis yang dilihat bukan lagi menjalankan tugas utamanya sebagai pasukan keselamatan tapi lebih kepada menjaga dan melindungi kuasa politik, jenayah, penyelewengan para pimpinan UMNO.

Hishamuddin kena beri penjelasan kepada rakyat beberapa persoalan ini ;

1- Kenapa sepupunya PM Najib dan Rosmah tidak dipanggil PDRM dalam kes pembunuhan Altantuya walhal mereka memang terlibat berdasarkan beberapa fakta?

2- Kenapa Zahid Hamidi tidak dipanggil oleh Polis dalam kes memukul seorang pemuda Kelantan yang berkawan dengan anaknya?

3- Kenapa Polis boleh jadi 'bodoh' dalam menyiasat kes kematian Teoh Beng Hock?

4- Kenapa Polis terus diperalatkan dalam kes fitnah Liwat 2?

5- Kenapa Polis digunakan dalam rampasan kuasa di Perak?

... dan banyak lagi bukti yang menunjukkan Polis hari ini menjadi pecacai UMNO?

Waima apa pun, selepas Musa Hasan berhenti, UMNO akan pastikan pengganti Musa mesti daripada kalangan orang yang boleh diperbudakkan.

Mampus UMNO, Baiklah PDRM.

1 comment:

Unknown said...

Assalamualaikum. Saya baru mengenali blog saudara dan mula meminati mengikuti blog saudara. Untuk artikel ini, saya minta maaf, saya kurang bersetuju dengan kenyataan saudara. Saya tak rasa pihak polis boleh dilabel sebagai perasuah. Saya akui memang ada segelintir polis yang makan rasuah yang telah mencalarkan imej polis. Pada pandangan saya, bekas KPN iaitu Tan Sri Musa telah cuba menjalankan tugasnya dengan sebaiknya. Sebagai KPN, sudah pasti beliau menerima tekanan dari pihak 'atasan'. Beliau juga ada memberi kenyataan yang memang ada arahan dari pihak 'atasan' kepada pegawai bawahan beliau tanpa pengetahuan beliau. Kita tidak tahu mungkin sesetengah tindakan polis berada di luar pengetahuan beliau dan diarahkan oleh pegawai bawahan beliau setelah menerima arahan dari pihak 'atasan'. Saudara pasti dan yakin ke bila satu hari nanti pakatan rakyat memerintah malaysia, tiada arahan yang tidak sepatutnya datang dari pihak kerajaan kepada pihak polis. Saya ingin sekali melihatnya nanti. Jika ya, syabas kepada pakatan rakyat. Saya ingin sekali bertanya kepada saudara. Adakah benar dan yakin pakatan rakyat termasuk dari pihak Pas sendiri tidak akan mengamalkan kronisme setelah memerintah nanti? Saya bagi contoh Kulim Hi-Tech Park (KHTP). Kenyataan yang saya katakan nanti saya sendiri tidak pasti sama ada benar atau tidak. Sekadar berkongsi maklumat melalui research saya sendiri dan mendengar sendiri dari orang yang dekat dengan pengurusan KHTP. Setelah kerajaan Kedah diambil alih Pas, kerajaan telah mengenakan tekanan kepada presiden ketika itu, Dato' Ahmad Shukri yang dilihat sebagai pro-BN sehingga akhirnya beliau meletakkan jawatan. Dato' Ahmad Shukri adalah orang yang sama2 membangunkan KHTP daripada kawasan yang tiada nilai kepada yang ada sekarang. Kemudian MB Kedah, Ustaz Azizan melantik saudaranya sendiri iaitu Tn Hj Muhammad Sobri yang tidak mempunyai pengalaman dalam pengurusan syaikat multinasional sebagai presiden baru. Adakah itu bukan dikategori sebagai amalan kronisme? Bukan kah ramai lagi individu di luar sana yang lebih berpengalaman dan berpengetahuan boleh dilantik sebagai presiden. Satu lagi, adakah benar kenyataan saudara mengatakan bekas KPN melindungi sindeket2 haram? Jika benar, boleh kemukan buktinya. Tanpa bukti yang kukuh, kita tidak boleh mengatakan perkara tersebut. Itu sudah dikira sebagai fitnah. Saya berharap saudara boleh memberi komen dan penjelasan kepada komen saya ini. Saya bukan lah individu yang berpengalaman dalam bidang politik. Saya hanyalah insan biasa yang baru berusia 20-an yang mempunyai kelemahan sendiri. Minta maaf jika komen saya ini menyinggung perasaan saudara dan orang lain yang membacanya. Sekian dari saya. Assalamualaikum.

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger