Thursday, July 15, 2010

Najib, Rosmah, Baginda, Deepak disebut Polis Peranchis

Penyiasat persendirian P.Balasubramaniam menghabiskan masa 3 jam suntuk bersama pihak Polis Peranchis pada Isnin lalu dan sepanjang sesi soal-jawab itu, nama Najib, Rosmah, Baginda, ASP Suresh, Deepak dan Diniesh disebut beberapa kali.

"Ada juga beberapa nama baru yang dimaksudkan oleh Bala. Saya tidak pasti samada dia akan dedahkan perkara itu dalam sidang media. Tapi memandangkan ianya menjadi tumpuan utama umum, kemungkinan peguamnya akan buat kenyataan malam ini atau esok," sumber yang rapat dengan penyiasatan itu memberitahu Malaysia Chronicle.

Nama yang dimaksudkan ialah PM Najib, isterinya Rosmah, kawan mereka Razak Baginda, pegawai Polis ASP Suresh, ahli perniagaan Deepak dan abangnya Dinesh.

Pemimpin Malaysia telah dituduh menerima rasuah berjumlah 114,000,000 Euro atau RM570 juta daripada syarikat gergasi pertahanan Peranchis DCNS atas pembelian 2 buah kapal selam Peranchis yang diluluskannya sewaktu menjadi Menteri Pertahanan.

Najib telah menafikan tuduhan itu tetapi dia memamfaatkan syarikat yang dimiliki oleh Razak Baginda dengan penyelarasan dan sokongan perkhidmatan kontrak bernilai RM570 juta.

ASP Suresh memang telah lama dikenali oleh Bala, sementara Deepak ialah rakan Rosmah. Ketika dia muncul setelah lebih setahun bersembunyi di hujung 2009, Bala berkata ASP Suresh dan Deepak adalah individu-individu yang memperkenalkannya pada adik PM Najib, Nazim.

Dalam pertemuan selama sejam selepas Bala menandatangani Pengakuan Bersumpahnya yang melibatkan Najib, Rosmah, Baginda dalam perjanjian pembelian kapal selam, juga dalam pembunuhan penterjemah warga Mongolia Altantuya Shaaribu, yang cuba mengugut Baginda agar membayar komisyen US500,000 yang dijanjikan kepadanya.

"Polis Peranchis mahu tahu apa yang berlaku kepada Bala selepas dia menghilang. Mereka juga mahu tahu kenapa dia melarikan diri dan siapa yang mengarahkannya meninggalkan Malaysia. Mereka mahu melihat dokumen bukti tentang pembayaran yang Bala kata telah terima daripada Deepak," kata sember.

RM5 juta Keluar Malaysia

Memang, pada November 2009 Bala telah mendedahkan bahawa Nazim telah menemuinya di showroom Volkswagon di gedung beli-belah The Curve di negeri Selangor pada 3 Julai 2008. Isteri Nazim yang sedang mengandung turut hadir sama, dia menceritakan.

Menurut Bala, Nazim telah menawarkannya RM5 juta untuk membatalkan Pengakuan Bersumpahnya, segera meninggalkan Malaysia dan mendiamkan diri terhadap kes itu. Bala juga menjelaskan bahawa Rosmah sangat senang hati bila dia bersetuju untuk menarik-balik Pengakuan Sumpah itu dan bersetuju untuk bersarapan pagi dengannya.

Setakat ini, kata Bala dia telah menerima wang RM750,000 dan ada menyimpan beberapa slip bank yang menunjukkan pemindahan RM50,000 ke akaunnya dalam setiap transaksi.

Bekas detektif SB, kehidupan Bala menjadi terumbang-ambing oleh kes pembunuhan Altantuya dan rasuah Scorpene. Minggu lalu pada jam 11 malam SPRM telah membatalkan pertemuan untuk merakam kenyataannya walaupun mereka telah bersetuju untuk melakukannya di sebuah tempat di London, di mana Bala telah berjanji akan melakukan yang terbaik bagi membantu siasatan.

Meskipun tindakan SPRM itu mencurigakan, Bala meneruskannya ke Peranchis, di mana dia telah ditemubual oleh pihak Polis Peranchis di Direction Centrale de la Police di Nanteree Prefecture. Pihak berkuasa Peranchis menyiasat kemungkinan berlakunya rasuah oleh DCNS dan beberapa ahli politik mereka sendiri. DCNS pembuat senjata tentera laut sememangnya dah terkenal dengan rekod rasuah sebagai satu cara untuk mendapatkan kontrak yang besar.

Badan hak asasi Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) turut mendorong pihak Peranchis melakukan siasatan dengan membuat laporan di Paris atas nama seluruh pembayar cukai Malaysia awal tahun ini. Pengarah SUARAM Cynthia Gabriel menjelaskan mereka telah didesak agar bertindak selepas Najib menolak untuk melancarkan sebarang siasatan terhadap segala dakwaan rasuah yang semakin banyak.

Faktor Nazim

Setakat ini, dua buah kapal selam telah pun berada dalam simpanan negara dengan kos RM6.7 bilion, dan walaupun Najib menegaskan kontrak RM570 juta itu diberikan kepada Baginda bukan sebagai komisyen, firma Baginda - Perimekar - tidak mempunyai sebarang pengalaman dan pengetahuan berhubung teknologi kapal selam.

Yang berkaitan dengan kapal selam ini ialah pembunuhan kejam Altantuya yang jelita berumur 28 tahun, yang ditembak di kepala dan badannya telah diletupkan dengan bahan letupan C-4 bagi mengelakkan pengenalan (penghapusan bukti). Dua orang pengawal peribadi Najib dan Rosmah telah dijatuhi hukuman gantung atas pembunuhan itu tetapi masih timbul spekulasi bahawa ada dalang yang terlibat dan mereka masih bebas.

Tapi pendedahan yang terbaru ialah tentang penglibatan Nazim, adik bongsu Najib, seorang arkitek, yang memaksa kerajaan Malaysia membuka semula siasatan selepas menenggelamkan kes itu ekoran 'kehilangan' Bala.

Dicabar dalam Parlimen untuk bertindak, SPRM telah bersumpah akan menyiasat kes yang kompleks ini sehingga ke akar umbi dan berusaha untuk mewancara Bala. Tapi suruhanjaya itu - tertakluk terus di bawah Perdana Menteri - mengejutkan seluruh rakyat dan pemerhati asing bila mengundurkan diri di saat akhir.

"Ianya memberikan gambaran buruk tentang undaag-undang dan tatacara di Malaysia. Jika SPRM boleh menarik diri daripada kes penting dan berprofil tinggi seperti ini, pastinya mereka telah menerima arahan daripada pihak yang paling berkuasa, dan yang sedihnya, kesemua petunjuk terarah kepada Najib sendiri," Tian memberitahu Malaysia Chronicle.

sumber asal

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger