Thursday, July 22, 2010

Apa bodohnya kita yang Islam ni sokong UMNO?

Apa lagi yang tak jelas pada kita semua tentang kesesatan UMNO ini? Dah terang lagi tersuluh bila Pesiden UMNO pertama Almarhum Tunku mengesahkan sendiri bahawa UMNO ialah parti kebangsaan Melayu berfahaman sekular. Sekularisma ini adalah fahaman Kristian yang memisahkan agama dengan politik. Kalau dah UMNO itu sendiri mengambil fahaman Kristian sebagai dasar partinya, apa bodohnya kita yang Islam ini boleh ikut dan sokong parti sebegini.

Umat Islam harus memahami bahawa banyak perkara yang boleh menyebabkan iman dan aqidah kita rosak. Malangnya ramai di kalangan kita khususnya orang Melayu dok faham yang boleh menyebabkan iman dan aqidah rosak bila menyembah patung atau berhala dan memuja keramat saja.

Walhal terlampau banyak perkara yang boleh merosakkan iman dan Aqidah kita tanpa sedar. Antaranya ;

1- bila mana kita menyakini tiada politik dalam Islam,

2- bila mana kita menyakini bahawa Islam dan politik mesti dipisahkan. Tak boleh campur,

3- bila mana kita menyakini bahawa ada sistem lain yang lebih baik daripada Islam,

4- bila mana kita menyakini bahawa Al-Qur'an itu baharu,

5- bila mana kita menyakini bahawa hukum Hudud tak sesuai di zaman sekarang,

6- bila mana kita menjadi ahli atau menyokong sesuatu pertubuhan yang telah diketahui membawa ajaran atau berfahaman sesat,

7- bila mana kita redha dan sokong samada dalam hati atau perkataan atau perbuatan terhadap mana-mana kenyataan yang menghina dan mempersendakan Islam

Perisiwa Berdarah Memali sehingga meragut 14 nyawa yang tak berdosa merupakan bukti jelas tentang kemunafiqan pimpinan UMNO. Kita nak tanya apa dosa Ustaz Ibrahim Libya sehingga dia dan 13 rakannya dibunuh oleh Polis atas arahan pimpinan atasan UMNO bila menerima desakan daripada Ketua UMNO Bahagian Baling ketika itu.

Walhal Ustaz Ibrahim hanya menyeru dan mendidik umat Islam Baling menjadi orang yang benar-benar beriman dan bertaqwa kepada Allah. Selain tugas rasminya sebagai mudir di Madrasah Islam Islahiah Baling, beliau juga mengajar ilmu agama kepada penduduk di situ. Mendidik penduduk Baling agar sentiasa mengamalkan solat berjamaah, menuntut ilmu, menutup aurat, memelihara aqidah dan mengutamakan kehidupan Akhirat.

Adakah semua yang dilaksanakan oleh Assyahid Ustaz Ibrahim Libya ini salah? Malahan beliau difitnah dan dituduh sebagai penjenayah yang boleh menggugat keselamatan negara sehingga kerajaan di bawah Mahathir menghantar segerombolan pasukan Polis yang lengkap dengan kereta perisai untuk membunuh beliau.

Kita semua tahu UMNO bimbang dengan ketegasan dan pengaruh Ustaz Ibrahim Libya bila mana kuliahnya semakin mendapat tempat di hati masyarakat Islam Baling dan juga di negeri-negeri lain seperti Perlis, Penang dan Perak. Kebimbangan UMNO bertukar menjadi ketakutan bila mana ceramah Assyahid di pentas PAS dihadiri oleh ribuan umat Islam walau di mana saja beliau berceramah.

Apa erti semuanya ini?

Jawapannya tiada lain melainkan UMNO takut jika semakin ramai umat Islam faham tentang Islam, maka dengan sendirinya sokongan terhadap PAS akan meningkat dan ianya boleh menggugat pengaruh dan sokongan terhadap parti Melayu itu. Maka tiada jalan lain untuk menyekatnya melainkan dengan menangkap atau menamatkan terus riwayat Ustaz Ibrahim Libya.

Segala tindak-tanduk UMNO selama ini tiada bezanya dengan tindakan Abu Jahal dan Abu Lahab bersama pengikutnya yang menghalang kerja dakwah Rasulullah S.A.W. di Mekah sehingga kepada tahap perancangan mahu membunuh Baginda S.A.W.

Oleh kerana tentangan dari pihak musyrikin Mekah ketika itu amat kuat dan hanya segelintir saja penduduk Mekah yang menerima Islam, maka Allah SWT telah memerintahkan Rasulullah berhijrah ke Madinah bersama dengan golongan yang telah beriman (Muhajirin) bagi menegakkan Daulah Islamiyyah (Negara Islam) terlebih dahulu di sana dengan sokongan golongan Ansar serta penduduk Madinah yang memang menanti ketibaan Baginda bersama rombongannya.

Peristiwa besar Hijrah Rasulullah ini sebagai bukti jelas bahawa Islam dan politik tidak boleh dipisahkan.

Jadi, kepada orang Islam yang masih dok percaya dengan fahaman dan doktrin UMNO yang mengatakan tiada politik dalam Islam, silalah bertaubat segera sebelum ajal tiba. Takde gunanya segala amalan kita selama ini jika masih percaya kepada fahaman sesat sekular pegangan UMNO.

Terjemahan ayat 1 - 3 dalam Surah Muhammad (47) ;

Orang-orang yang kafir serta menghalangi (dirinya dan orang lain) dari jalan Allah (Islam), Allah sia-siakan segala amal mereka. Dan (sebaliknya) orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal yang soleh serta beriman kepada Al-Quran yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w yang ialah kebenaran dari Tuhan mereka, Allah mengampunkan dosa-dosa mereka dan menjayakan keadaan mereka (di dunia dan di akhirat). Berlakunya yang demikian, kerana sesungguhnya orang-orang yang kafir menurut perkara yang salah dan sesungguhnya orang-orang yang beriman menurut perkara yang benar dari Tuhan mereka. Demikianlah Allah menerangkan kepada umat manusia akan sifat dan akibat bawaan mereka masing-masing.

Adakah kita mahu termasuk dalam golongan orang yang menghalang dan menentang Islam?

Tepuk dada tanya iman...

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger