Wednesday, July 14, 2010

Oh ya? Jadi mari dapatkan saya

Raja Petra Kamaruddin

Inilah masalahnya dengan sesetengah Melayu bila anda bawa mereka keluar dari kampung dan hantar mereka ke sekolah. Mereka fikir disebabkan mereka telah ke sekolah bermakna mereka sudah menerima pendidikan.

Adakah mereka hanya faham sekadar itu saja maksud ke sekolah, maka anda perlu ke sekolah? Ini tidak bererti anda seorang terpelajar. Selepas itu, anda boleh bawa Melayu keluar dari kampung tetapi anda tidak selalu boleh ambil kampung dari Melayu.

Dan inilah masalah dengan sebahagian Melayu yang selalu hantar kepada saya surat-benci dan Melayu UMNO dan Melayu dalam Utusan Malaysia dan Berita Harian mahupun para blogger UMNO. Mereka masih bercakap tentang nak mendapatkan saya. Baiklah, berhenti berbicara dan mari dapatkan saya. Tetapi terlebih dahulu dapatkan pendidikan dan berhenti memalukan seluruh bangsa Melayu dengan semua percakapan bodoh.

Dan juga termasuk KPN dan Peguam Negara dan Menteri UMNO yang selalu menyanyi dengan nada bodoh yang sama. Mereka semua mempamerkan yang mereka tidak tahu undang-undang. Dan ini menyedihkan kerana mereka seharusnya menjadi ahli parlimen dan penguatkuasa dan mempertahankan undang-undang. Namun mereka tidak memahami undang-undang.

Apa yang mereka rancang untuk dapatkan saya? Adakah mereka mahu menampar saya dengan perintah penahanan baru di bawah ISA? Penahanan tanpa bicara tidak diamalkan di UK. Selanjutnya, apa saja yang saya tulis sejak Februari 2009 telah ditulis di luar Malaysia. Dan Malaysia tidak mempunyai sebarang bidang kuasa di atas apa yang saya buat di luar negara. Negara tuan rumah saya berhak menahan dan mendakwa saya dalam apa jua keadaan yang dirasakan saya terlibat dengan jenayah di tanah mereka.

Sebagai contoh, di UK, saya boleh masuk ke perkahwinan gay (kini, dibuat di gereja) dan, seperti Elton John, boleh menerima ucapan tahniah daripada PM British.

Malaysia tidak boleh mengekstradisi saya untuk kes liwat yang saya buat di UK dan bukan di Malaysia - di mana liwat adalah satu jenayah. Justeru jenayah yang telah berlaku di Malaysia dan semestinya jenayah di kedua-dua Malaysia dan UK - jenayah berganda - sebelum Malaysia mengekstradisi saya.

Atau mereka berhasrat untuk menghentam saya dengan tuduhan baru? Mungkin atas kesalahan di bawah Akta Rahsia Rasmi ekoran Kertas Kabinet PKFZ yang saya dedahkan?

Maaflah, di UK mereka ada Akta Kebebasan Maklumat. Maka ianya bukan satu jenayah bila mendedahkan maklumat tentang penyelewengan kerajaan. Bahkan, itu adalah sebalikya. Di UK ianya merupakan satu jenayah jika menyembunyikan maklumat penyelewengan. Jadi di sini di UK saya akan diberi anugerah, bukannya waran tangkap.

Mungkin mereka mahu menuduh saya semula dengan tuduhan lama yang telah digugurkan (pembebasan tanpa syarat)? Baiklah, di sana hanya ada 2 tuduhan. Satu untuk hasutan dan yang satu lagi jenayah fitnah.

UK tidak ada lagi Akta Hasutan. Undang-undang ini telah dimansuhkan pada 1 Januari tahun ini. Jadi, di bawah dua kesalahan ini, mereka tidak boleh mengekstradisi saya untuk kesalahan itu. Bermakna hanya tinggal satu tuduhan, jenayah fitnah.

OK, mari kita bercakap pasal satu tuduhan yang tinggal.

Saya telah didakwa memfitnah Rosmah Mansor. Tapi Rosmah bukanlah pegawai kerajaan. Dia hanyalah isteri Perdana Menteri Najib Tun Razak, perosak rumahtangga yang telah merampas suami wanita lain. Hanya kerana dia pasangan seks Najib, ini tidak menjadikannya sebagai pegawai kerajaan. Maka undang-undang jenayah fitnah tidak tertakluk kepada dirinya. Bagaimana, kemudian, bolehkan saya didakwa atas kesalahan fitnah?

Adakah ini bermakna jika saya memfitnah setengah dozen wanita lain kemudiannya saya akan berhadapan dengan enam tuduhan jenayah fitnah lagi hanya kerana Najib ada melakukan hubungan seks dengan mereka dan kerana itu juga mereka sekarang secara resminya bekerja dengan kerajaan Malaysia?

Bila kata Melayu bodoh, marah. Tapi kalau dah bodoh nak kata apa lagi?

Waima apa pun, tak mengapa. Mari dapatkan saya. Mohonlah untuk mengekstradisi saya. Kemudian mari lihat apa yang mahkamah katakan tentang ini.

Kesalahan apa yang telah saya lakukan di bawah tuduhan jenayah fitnah? Saya telah menandatangani Pengakuan Bersumpah di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di hadapan peguam dan pendaftar mahkamah. Kemudian peguam saya telah menghantar kepada Pendakwaraya dalam perbicaraan pembunuhan Altantuya.

Di UK ini bukan jenayah. Ia adalah tugas. Jika anda ada maklumat tentang kemungkinan sesuatu jenayah dilakukan - walaupun jika anda tidak pasti tetapi ada kemungkinan - kemudian anda mesti melaporkannya. Dan inilah yang sebenarnya saya buat, saya laporkan.

Dan di UK sesiapa yang membuat laporan jenayah akan diberikan perlindungan dan tidak boleh didakwa atas jenayah yang dilapornya. Tapi apa yang berlaku pada saya di Malaysia - saya telah ditahan dan didakwa kerana buat laporan jenayah.

Berikut ialah apa yang dikatakan oleh Mahkamah British :

The utility of a properly managed system of informers is recognised throughout the common law world. As long as crimes are committed, informers have a role to play in their investigation and prosecution. They may either be professional informers, acting for self-serving purposes, or they may be ordinary citizens, motivated by public-spiritedness. Whatever their reason, it is in the public interest that nothing should be done which is likely to discourage persons of either class from coming forward (R v Rankine [1986] 1 QB 861 at 865).

Anda perlu lebih 'pencerahan'? Kemudian baca 4 lampiran di bawah yang menjelaskan isu ini.

Seorang yang melaporkan jenayah tidak boleh didakwa, seperti apa yang mereka lakukan terhadap saya di Malaysia. Inilah pekara yang KPN dan Peguam Negara (atau blogger UMNO, Menteri, dll) seperti tidak mahu tahu. Dan inilah sebabnya mereka perlukan lebih pendidikan tentang bagaimana peranan undang-undang.

Dan hanya setelah mereka menerima pendidikan seharusnya mereka berusaha untuk mengekstradisi saya. Jika tidak, maka bahkan bukan-peguam seperti saya akan terus berlegar di sekeliling mereka. Dan ini akan buat Melayu lagi malu.

sumber asal

- MalaysiaToday

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger