Sunday, July 18, 2010

Pakej Ransangan Ekonomi hanya retorik / untuk kroni

Dalam bajet 2010 lalu, PM Najib telah mengumumkan Pakej Ransangan Ekonomi (NEP) di Dewan Rakyat dengan mengemukakan beberapa cadangan dan sasaran yang mahu dicapai oleh kerajaan yang diketuainya. Setiap kali bajet dibentangkan, sudah tentu kebanyakan daripada kita tak pernah ambil kisah. Lagipun majoriti rakyat hanyalah makan gaji, bukannya korporat. Bagi kakitangan kerajaan pula, apa yang mereka tunggu hanyalah pengumuman bonus. Kalau ada suka. Jika sebaliknya, menyumpah.

Baiklah. Mari kita lihat 2 sasaran penting yang menjadi harapan kerajaan melalui Pakej Ransangan Ekonomi yang melibatkan bajet hampir RM100 bilion. Adakah ianya berjaya atau sekadar retorik atau mahu mengkayakan diri, keluarga dan kroni?

Pertama - Middle Income Trap (satu idea model ekonomi baru)

Idea ini bermaksud pendapatan yang sudah melebihi kepakaran, kebolehan dan kemampuan rakyat Malaysia. Sasarannya untuk mencapai pertumbuhan pendapatan 10% per kapita setahun.

Menurut Prof Dr Jomo, untuk mencapai sasaran ini dengan kadar pertambahan penduduk 2% setahun, negara perlu mencapai pertumbuhan ekonomi sekurang-kurangnya 12% setahun secara berterusan. Dalam konteks ini, ianya adalah angan-angan kosong.

Bagaimana kerajaan pimpinan Najib mahu mencapai sasaran ini jika Pakej Ransangan Ekonomi ini tidak berasaskan kepada sektor pembuatan dan perkilangan sebagaimana dalam tahun 80an dan 90an dulu. Dan sejak krisis 1997/98 sektor perkilangan semakin mengecut dan tiada sebarang tindakan yang diambil untuk meransangnya balik.

Kerajaan hanya bergantung kepada sektor perkhidmatan nilai tinggi (High Value Added Services) daripada perkhidmatan kewangan. Malangnya kedudukan kewangan Malaysia semakin merosot secara relatif.

15 tahun lalu Malaysia adalah negara No.1 dalam sistem kewangan Islam tetapi tidak lagi sekarang. Kini Malaysia sudah jatuh ke tangga No.4. Hari ini Britain di kedudukan pertama, kedua ialah Singapura dan Hong Kong di tempat ketiga.

Jika Malaysia sendiri telah tewas dalam persaingan di sektor kewangan Islam, bagaimana sasaran pertumbuhan 10% per kapita setahun mahu dicapai?

75% daripada rakyat negara ini terdiri daripada golongan makan gaji samada yang berkerja di sektor awam maupun swasta. Dan di sudut agihan penduduk pula, lebih 60% tinggal di kawasan bandar dan pinggir bandar.

Carta di bawah menunjukkan pekerjaan rakyat Malaysia mengikut sektor.

Secara keseluruhan kadar kemiskinan dalam negara turut meningkat daripada 3.5% (2007) kepada 3.7% (2010). Namun begitu, jurang pendapatan antara kaum dapat dikurangkan walaupun dalam margin yang rendah. Nisbah pendapatan antara Cina dengan Melayu ialah 1.38% manakala antara India dan Melayu pada kadar 1.1%.

Pemilikan Saham

Pemilikan Melayu/Bumiputera dalam sektor ini tidak banyak berubah sejak awal 80an lagi. Dulu pada kadar 20% dan sekarang hanya 22% saja. Peningkatan cuma 2%.

Kegagalan penguasaan Melayu dalam pemilikan saham adalah berpunca daripada Dasar Penswastaan yang dibuat oleh Mahathir sewaktu menjadi PM. Dia tidak mahu beri peluang kepada orang Melayu untuk menguasai pemilikan saham ini.

Kita masih ingat bagaimana Mahathir beri saham kepada keluarga dan kroninya pada harga terendah sebelum saham diapungkan. Dan setengahnya pula diberi secara percuma saja. Kemudian mereka yang dapat anugerah saham ini menjual semula pegangannya mengikut harga pasaran semasa untuk mendapatkan keuntungan serta membayar balik hutang bank sewaktu mahu membelinya. Inilah cara para ahli keluarga dan kroni pimpinan negara buat duit.

Akibat daripada tindakan ini ianya telah mengurangkan bahagian yang dimiliki oleh Melayu/Bumiputera. Kita sendiri pun tahu berapa ramai di kalangan rakyat berbangsa Melayu yang mampu membeli saham-saham yang berharga tinggi.

Secara keseluruhan pendapatan Melayu/Bumiputera telah meningkat 8% setahun selama 4 dekad. Satu peningkatan yang cukup tinggi tetapi peratusan ini tidak berubah ekoran dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan UMNO/BN.

Malangnya peningkatan yang membanggakan ini melalui DEB hanya dinikmati oleh segelintir Melayu/Bumiputera yang rapat dengan pemerintah saja. Para kroni. Bagi rakyat bawahan hanya menggigit jari dan meleleh air liur.

Kedua - Pertumbuhan Ekonomi Negara

Sejak krisis ekonomi 1997/98, pertumbuhan ekonomi negara hanya berlaku disebabkan oleh perbelanjaan awam (kerajaan). Manakala pelaburan swasta hampir tiada atau tidak berkembang.

Faktor penting yang membolehkan Malaysia menyaingi atau melebihi Singapura dan negara-negara lain ialah pelaburan dalam negeri (Domestic Invesment). Tanpa pelaburan swasta ini, nescaya ekonomi negara akan terus mengecut dan akhirnya lumpuh.

Dalam konteks pelaburan, kita perlu sedar pelabur domestik sama-sekali tidak bergantung kepada pelabur luar. Tetapi para pelabur asing akan mengikut dan melihat pelabur domestik. Jika tiada berlaku sebarang pelaburan domestik, bagaimana pelaburan asing mahu masuk ke Malaysia?

Malangnya Malaysia selalu beranggapan dan bergantung kepada pelaburan asing untuk menjana pendapatan dan ekonomi negara. Inilah satu kesilapan besar yang mesti diubah segera.

Sejak 1998, pelaburan swasta telah jatuh mendadak. Hari ini pelaburan swasta hanya tinggal 1/3 saja berbanding sebelum berlaku krisis. Yang meningkat hanyalah pelaburan awam (kerajaan). Perbelanjaan kerajaan saja yang terus meningkat dan dapat mengekalkan kadar pertumbuhan antara 4 - 6% setahun. Kadar pertumbuhan ini hanya berasaskan penggunaan.

Untuk jangkamasa panjang ekonomi negara tidak akan berkembang hanya dengan penggunaan saja. Sepatutnya pelaburan awam (kerajaan) memainkan peranan penting untuk terus menggalakkan pelaburan swasta terus berkembang maju.

Namun apa yang berlaku sejak lebih sedekad lalu, pelaburan awam telah dijadikan satu-satunya harapan sebagai penjana ekonomi negara dan dalam waktu yang sama terus mengabaikan pelaburan swasta.

Kesimpulan

Inilah punca utama kegagalan apa yang diharapkan oleh kerajaan Najib dalam nak mencapai sasaran pertumbuhan pendapatan 10% per kapita setahun. Yang pasti Wawasan 2020 hanyalah retorik semata-mata bagi melunakkan hati rakyat yang bengong.

Untuk bersaing di peringkat antarabangsa, seluruh rakyat mesti dibangunkan terlebih dahulu dengan sistem pemerintahan yang adil, amanah, telus dan berintegriti. Bukannya syok sendiri dengan memijak orang lain demi mempertahankan kezaliman, rasuah dan penyelewengan yang dilakukan.

"BN Jatuh, Ekonomi Pulih dan Rakyat Sejahtera"

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger