Wednesday, July 28, 2010

Keengganan Hasan Ali saman Mufta Perak undang spekulasi

Sebagai ahli PAS yang tiada sebarang jawatan dalam parti, sudah tentu saya dan juga ahli PAS yang lain tertanya-tanya apakah rasionalnya Dr Hasan Ali bertemu dengan Mufta Perak Harussani 2 bulan lalu, sehari sebelum mesyuarat Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam yang dipengerusikan oleh PM Najib.

Memanglah tak salah mana-mana pimpinan PAS nak bertemu dengan sesiapa pun namun sebelum sebarang tindakan diambil, seharusnya difikirkan terlebih dahulu natijah dan implikasinya. Apatah lagi pertemuan itu dibuat dengan seorang individu yang memang dah dikenalpasti sebagai golongan ulama' cari makan yang sanggup melakukan apa saja mengikut kehendak parti pemerintah.

Sewajarnya sebagai seorang Pesuruhjaya PAS Negeri, Dr Hasan perlu berhati-hati dalam setiap tindak-tanduknya. Walaupun pertemuan itu atas kapasiti antara Exco Agama dan Mufti namun PJ Selangor harus mempertimbangkan juga dari sudut implikasi politik sebab pihak musuh (UMNO) sentiasa mencari ruang dan kesilapan kita untuk mereka gendang semula isu 'Kerajaan Perpaduan' yang telah dipadamkan oleh PAS sendiri.

Seharusnya orang seperti Dr Hasan sudah matang dalam sepak-terajang politik pihak musuh. Namun ianya mengecewakan kita.

Isu kerjasama UMNO-PAS

Apa yang disebut oleh TPM Muhyiddin Yassin bahawa terdapat pemimpin kedua-dua parti UMNO dan PAS yang datang berjumpanya bagi membincang dan meminta pandangan beliau berhubung cara untuk menyatupadukan kedua-dua parti tersebut hanyalah merupakan satu perangkap untuk menjerat PAS dan memecah-belahkan Pakatan Rakyat.

Percayalah, hakikatnya UMNO tidak mahu bersama PAS. Mereka sengaja mainkan isu ini sebagai satu propaganda untuk meraih simpati masyarakat Melayu Islam yang semakin manjauhkan diri dari parti mereka.

Kita perlu sedar UMNO kini sangat bimbang dengan sokongan padu masyarakat Cina pada Pakatan Rakyat mutakhir ini. Walaupun berlaku sedikit penurunan di kalangan masyarakat India namun ianya masih mencemaskan UMNO.

Di sudut geografi politik pula, majoriti generasi pertengahan dan muda banyak menetap di kawasan bandar dan pinggir bandar. Kumpulan ini terdedah kepada sumber maklumat tanpa sempadan (ICT) yang lebih telus dan tepat. Sebab itulah baru-baru ini kita sendiri melihat bagaimana menggilanya KDN menyekat pengedaran akhbar milik Pakatan Rakyat. Semuanya ini bertujuan untuk menyekat pengundi luar bandar yang 'buta ICT' daripada mendapat maklumat tepat dan telus dari akhbar PR.

Agak menggusarkan juga bila mana KDN nampak lebih 'berlembut' sikit dengan Harakah bila meluluskan pembaharuan permit akhbar milik PAS itu baru-baru ini sedangkan permit milik PKR dan DAP masih digantung. Mungkin ini salah satu 'psywar' UMNO untuk memecah-belahkan Pakatan Rakyat dan kaitannya dengan isu "Kerajaan Perpaduan" yang sedang mereka gendang semula ketika ini.

Dalam konteks ini, Hasan Ali seharusnya peka akan implikasinya bila isu kerjasama ini dimainkan semula oleh UMNO. Kesannya adalah kepada pengundi Melayu yang kebanyakannya mudah terpengaruh dengan laporan media perdana milik UMNO. Inilah masalahnya.

Untuk menang dalam Pilihanraya kita perlukan undi rakyat. Walaupun UBN itu jahat dan rasuah tetapi mereka masih memerintah sebab undi yang diberi rakyat pada BN.

Dalam sistem demokrasi 'kuku besi' yang diamalkan oleh UBN selama ini sepatutnya mengajar dan mematangkan diri kita betapa peri pentingnya setiap tindakan, keputusan dan gerakerja kita memerlukan ketelitian secara kolektif bagi mencapai visi yang diidamkan.

Apabila PAS Selangor membuat keputusan tidak akan menyaman Mufta Perak, sudah tentu UMNO 'bergembira' kerana isu kerjasama UMNO-PAS boleh terus dipalu mereka. Ianya juga akan mengundang pelbagai spekulasi dalaman di kalangan ahli PAS sendiri.

Bagi saya, Pesuruhjaya PAS Selangor harus menyaman Mufta Perak yang dah nyanyuk dan pandai berbohong itu. Secara tak langsung tindakan saman ini akan menutup terus serapat-rapatnya 'pintu' isu kerjasama UMNO-PAS.

Saya amat bersetuju dengan saranan MP Shah Alam.

Ingatlah, UMNO memang parti Melayu tetapi sesat. Dan UMNO juga adalah musuh Islam NO.1 dalam negara.

Salam pagi Rabu - 0216

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger