Tuesday, July 20, 2010

Kata UMNO kuat, apasal minta ihsan PAS

Heran juga aku tengok pimpinan atasan UMNO ni. Khususnya Presiden dan Timbalannya. Awatnya masih nak 'pujuk' PAS supaya berbincang. Sebelum ni Naib Presiden UMNO si Shafie Bebal dok kata PAS sesat. Lahhh... takkanlah UMNO yang 'maksum' nak ajak PAS yang sesat berbincang. Nanti rosak pulak aqidah UMNO dan ahlinya.

Ni aku nak dok habaq kat UMNO. Mana boleh UMNO dan PAS bergadung sebab UMNO bertuhankan Zionis manakala PAS bertuhankan Allah. Jadi mana boleh berbaik. Lagipun selama ini UMNO sudah terlampau sangat buat jahat pada PAS. Seluruh pimpinan dan ahli PAS tak pernah lupa.

Yang heran tu pasal apa UMNO takut kalah dalam pilihanraya. Bukankah mereka ada segalanya kat dunia ini. Duit, Polis dan SPR.

Bukankah dengan duit tu UMNO boleh beli semua orang. Ahli dan penyokong UMNO boleh dibeli dengan nilai lebih tinggi sikit kot RM300 sorang sebab la ni mereka semua dah ada handphone. Paling koman pun CSL. Ketua Cawangan pulak pakai lebih canggih sikit 3G.

Manakala SPR kan dah lama jadi cawangan UMNO dan mereka boleh buat senarai pengundi hantu dengan banyak di setiap Parlimen. Manakala Polis memang dah terkenal sebagai 'bodyguard' UMNO.

Kadang-kadang dok pelik juga. Macam tu punya hebat cakap berdegar-degar dalam TV dan media bahawa UMNO kukuh dan kuat tapi tak semena-mena dalam diam nak ajak semula PAS berbincang. Ehh... apa barang ni.

Sejarah telah membuktikan bagaimana golongan pemimpin yang jahat dan tidak beriman akan jatuh dalam keadaan hina. Ada yang mati dibunuh seperti Anwar Sadat, ada yang mati dalam keadaan hina dan sesat seperti Mustafa Kamal Ataturk, ada yang mati dalam buangan seperti Shah Iran dan ramai lagi.

Dan begitulah juga yang sedang dihadapi oleh semua barisan pimpinan UMNO yang ada hari ini. Jika mereka tak sempat bertaubat, nescaya mati dalam kesesatan yang nyata dan mayat mereka tak layak disembahyangkan.

Begitulah juga dengan nasib para Ulama' celaka yang jadi penjilat UMNO selama ini. Mereka dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekelian makhluk - Surah Al Baqarah (2) : ayat 159

Yang paling menyedihkan ialah nasib seluruh ahli dan penyokong UMNO yang menjadi pengikut setia tanpa usul periksa disebabkan kejahilan sendiri. Mereka turut sama dihumbankan ke dalam Neraka bersama para pemimpin mereka - Surah Al Ahzab (33) : ayat 66 - 68.

Umno sudah terlalu terdesak, kata Zaid Ibrahim


Bekas ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Zaid Ibrahim menyifatkan parti itu terlalu terdesak sekarang sehingga sanggup meminta belas kasihan dari PAS untuk menyelamatkan mereka.

"Setiap hari mereka meminta belas kasihan PAS untuk menyelamatkan mereka. Mereka tidak berhenti-henti bercakap pasal ‘Selamatkanlah Melayu dan Islam’ sedangkan kita semua tahu maksud yang tersirat ialah ‘Selamatkanlah Umno yang sudah hilang kepercayaan Rakyat sambil bergelumur dengan masalah dalaman hari ini.’

"Yang terakhir sekali, Presiden Umno meminta PAS bersetuju bertemu tanpa sebarang syarat.

"Ini menunjukkan betapa terdesaknya parti yang pada suatu masa dahulu disebut oleh Sanusi Junid sebagai parti Melayu Islam yang terbesar di dunia," kata Zaid dalam blognya.

"Sebagai seorang bekas ahli parti Umno yang telah lama memberi sumbangan dan khidmat sokongan pada parti tersebut — dan walaupun telah dipecat dan dimaki hamun setiap masa dan ketika — saya berasa kasihan melihat Umno yang begitu lemah atau ‘pathetic’ dan hilang maruah sejak kebelakangan ini," tulisnya lagi.

Zaid yang juga bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Ketua Umno Bahagian Kota Bharu berkata, ahli-ahli Umno sudah hilang keyakinan sehingga nak buat mesyuarat pun tak dapat dilakukan dengan sempurna.

Mereka juga sendiri tertanya-tanya apakah relevennya parti itu pada zaman sekarang ini, tulisnya.

Bgai beliau, ahli Umno kini tidak mahu menerima hakikatnya bahawa: budaya politik dan perjuangan serta cara mereka itu sudah tidak boleh digunapakai lagi pada masa kini.

Mereka percaya dengan menggunakan kekerasan, meningkatkan propaganda, dan menakutkan orang Melayu tentang kehilangan hak dan kedudukan mereka dalam negara jika tiada Umno, akan menarik kembali sokongan orang Melayu kepada mereka.

"Betapa silapnya teori politik mereka," tegas Zaid yang baru dilantik sebagai Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan.

Bagi Zaid, ada lima perkara, jika ianya dilaksanakan, mungkin boleh memberi sedikit ruang untuk Umno dihidupkan kembali dan menyelamatkan parti tersebut di PRU 13:

Pertama, kes terhadap Anwar Ibrahim itu tidak diteruskan; kedua, memansuhkan ISA dan segala kuasa yang menahan orang politik; ketiga, bertindak dengan kata sepakat dan secara terhormat dengan Parti Pembangkang (Pakatan Rakyat) tentang dasar-dasar utama ekonomi negara dan pelaksanaannya; keempat, menyerahkan kepada kerajaan Negeri kuasa dan hak mereka yang sah dan wajar; dan terakhir, memberi kebebasan kepada akhbar dan TV supaya berita menjadi sumber maklumat sebenar dan bukan alat dakyah politik.

Sebagai bonus, ketua-ketua Umno dan yang berjawatan menteri atau ketua menteri yang jelas korup dan sekian lama menyalahgunakan kuasa, diberhentikan serta merta dan digantikan dengan pemimpin yang boleh diterima rakyat, cadang beliau.

"Ini adalah cara terhormat untuk sebuah parti sebesar itu berubah atau bertindak untuk memberi nafas dan iltizam baru kepada ahli-ahli mereka yang sekarang ini tenat dan bosan dengan keadaan. Ubahlah cara mereka mentadbir negara ini. Bukan dengan setiap hari menangis dan meminta supaya PAS menyelamatkan mereka," katanya.

"Walaubagaimanapun, saya juga yakin bahawa semua cadangan cadangan ini tidak akan dilaksanakan.

"Orang yang dalam ketakutan selalunya tidak dapat berfikir dengan wajar dan inilah keadaan sebenar Parti Keramat ini.

"Biarlah si lunchai lompat dengan labu-labunya," ujar Zaid dalam tulisannya.

- harakahdaily

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger