Thursday, July 29, 2010

Adakah kita rela negara bankrap pada 2015?

Di mana letak duduknya akal dan minda yang dikurniakan oleh Allah kepada kita semua? Dan ke mana perginya sumpah setia kita kepada Allah dan Rasul-Nya setiap kali mengucapkan kalimah Syahadah dalam solat sebanyak 9 kali sehari semalam dalam solat fardhu? Tidak boleh berfikirkah walau sejenak atas apa yang sedang melanda negara kita sejak merdeka?

Sengaja saya utarakan beberapa persoalan di atas agar kita umat Islam dapat bermuhasabah diri dan merenung dengan sedalam-dalamnya tentang apakah sebabnya negara kita hari ini sedang ditimpa bala' besar secara berterusan oleh Allah SWT.

Antara bala' besar itu, antaranya;

1. Fitnah murtad - dianggarkan kira-kira 250,000 anak orang Islam yang telah murtad. Dari angka tersebut, 150,000 daripadanya telah memohon untuk menukar nama mereka di JPN kepada nama bukan Islam.

2. Zina - peningkatan yang mendadak perlakuan zina di kalangan remaja sekolah dan universiti. Peningkatan mendadak kes pembuangan bayi akibat perbuatan ini.

3. Rasuah - gejala ini sudah menjadi amalan biasa dalam negara yang melibatkan semua peringkat. Dalam tahun 2009 saja sejumlah RM28 bilion wang rakyat lesap akibat penyelewengan dan rasuah di bawah kerajaan UMNO/BN.

4. Jenayah - peningkatan yang begitu membimbangkan sehingga kepada peringkat pembunuhan kejam Altantuya menggunakan bahan letupan C4.

5. Ekonomi jatuh - kedudukan ekonomi dan kewangan negara semakin pupus akibat penyelewengan dan rasuah yang dilakukan oleh para pemimpin utama negara. Hari ini tiada satu pun pelaburan swasta samada domestik atau asing yang melabur. Siapa yang berani melabur dalam sebuah negara yang penuh korupsi dan melaksanakan undang-undang rimba. Sejak tahun 1982 hingga 2010, anggaran wang rakyat yang dibazirkan, dirompak dan diseleweng berjumlah RM500 bilion (0.5 trilion).

6. Hutang - dilaporkan jumlah hutang negara meningkat kepada RM 405.1 bilion dalam tahun 2010.

Kenapa semua ini boleh berlaku dalam sebuah negara yang kaya-raya dengan hasil mahsul buminya?

Inilah jawapan Allah dalam Surah Muhammad (47) : ayat 22 ;

فَهَلْ عَسَيْتُمْ إِن تَوَلَّيْتُمْ أَن تُفْسِدُوا فِي الْأَرْضِ وَتُقَطِّعُوا أَرْحَامَكُمْ

(Kalau kamu tidak mematuhi perintah) maka tidakkah kamu harus dibimbang dan dikhuatirkan jika kamu dapat memegang kuasa kamu akan melakukan kerosakan di muka bumi dan memutuskan hubungan silaturrahim dengan kaum kerabat?

Dalam tafsir pimpinan Ar-Rahman, Ulama' menghuraikan ayat ini sebagai "Rakyat tak selamat bila ada pemimpin yang berbuat sesuka hati mengikut hawa nafsunya seperti menahan orang tanpa bukti. Pemimpin begini dilaknat Allah."

Sudah begitu jelas Allah memberitahu kita semua supaya jangan sekali-kali memilih pemimpin yang tidak beriman dan jahat tetapi malangnya masih ramai di kalangan orang Melayu yang mengaku diri mereka Islam tetapi dalam waktu yang sama lebih percaya kepada kata-kata para pemimpin munafiq UMNO daripada nasihat Allah sendiri.

Atas kedegilan dan kebodohan sendiri, maka terimalah padahnya hari ini. Pemimpin atasan hidup kaya-raya dengan harta puluhan dan ratusan juta manakala rakyat marhain terus menderita dengan pelbagai penindasan yang dibuat seperti baru-baru ini subsidi untuk rakyat dipotong, subsidi untung IPP (kroni) dikekalkan.

Samada mahu percaya atau sebaliknya, terpulanglah. Yang pasti rakyat akan terus disembelih dengan pelbagai kenaikan menggila jika masih lagi memberi mandat kepada UBN untuk memerintah negara dalam PRU13 kelak.

Antara yang pasti dinaikkan nanti ialah petrol dan diesel. Saya menjangkakan harga kedua-dua bahanapi ini akan dinaikkan sehingga RM2.50 seliter bagi petrol dan RM2.30 bagi diesel.

Dalam keadaan tiada pelaburan swasta domestik dan tiada kemasukan pelaburan asing, ditambah pula dengan bebanan hutang negara yang hampir mencecah RM500 bilion serta diburukkan lagi dengan segala penyelewengan dan rasuah yang berterusan, maka tidak mustahil negara ini akan bankrap menjelang 2015.

Kalau benar mahu wariskan negara ini kepada anak cucu kita, maka wajiblah kita jatuhkan BN dalam PRU13 kelak.

Sebagai umat Islam, kita wajib kembali kepada ajaran Al-Qur'an dan Sunnah sepenuhnya. Ingatlah bahawa kehidupan kita tidak berakhir di sini. Tangan yang mengundi akan menjadi saksi di Padang Mahsyar kelak bila mana mulut semua terkunci.

Jangan sampai kita termasuk dalam golongan manusia seperti yang diterangkan oleh Allah dalam Surah Al Ahzab (33) : ayat 66-68.

Pada masa muka mereka dibalik-balikkan dalam Neraka, mereka berkata (dengan sesalnya): Alangkah baiknya kalau kami dahulu (semasa di dunia) taat kepada Allah serta taat kepada Rasul Allah. Dan mereka berkata lagi: Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami telah mematuhi kehendak ketua-ketua dan orang-orang besar kami, lalu mereka menyesatkan kami dari jalan yang benar. Wahai Tuhan kami, berilah mereka azab sengsara dua kali ganda dan laknatkanlah mereka dengan laknat yang sebesar-besarnya!

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger