Saturday, July 10, 2010

Pelik kenapa Najib takut 'Altantuya'?

Sewaktu kempen sedang berjalan rancak di PRK Bukit Gantang tahun lalu, saya sempatlah juga berada di sana bersama sahabat. Antara banyak banner yang dipasang oleh parti-parti politik, terselit satu banner ada lambang Polis dan SPR yang tertera "Dilarang menyentuh isu Altantuya sebagai bahan kempen."

Adalah amat mudah untuk difahami apakah maksud banner ini. Punyalah takut UMNO/BN sehingga terpaksa Polis/SPR tempah satu banner khas. Kalau benar Najib tidak terlibat dalam pembunuhan Altantuya, apa perlunya dia takut tak memasal.

Bila isu Altantuya dilarang keras untuk dijadikan bahan kempen, bermakna pihak yang menyediakan banner itu tanpa sedar mengiyakan dakwaan pihak tertentu tentang penglibatan Najib dan Rosmah dalam pembunuhan kejam itu. Namun banner tersebut tidak lama dipasang. Mungkin pihak yang memasangnya sedar tindakan bodoh mereka itu sebenarnya membuka pekong "big boss" mereka.

Walaupun Najib pernah bersumpah dengan Al-Qur'an untuk menafikan hubungannya dengan Altantuya namun kemunafiqannya sudah tidak boleh disorok lagi. Kawan baiknya sendiri Abdul Razak Baginda mengadu pada PI Bala tentang perkara berikut;

1- Najib yang memperkenalkan Altantuya kepadanya dalam satu pameran berlian di Singapura.

2- Najib mengakui memang ada melakukan hubungan seks dengan Altantuya.

3- Najib meminta beliau menjaga Altantuya dan sediakan segala keperluannya kerana bimbang kedudukannya sebagai TPM tergugat dan tiada peluang untuk jadi PM.

Ironisnya, kenapa adik Najib sendiri Nazim dan Deepak Jaikishan (kroni Rosmah) pergi menemui PI Bala dengan niat memujuk, mengugut, memaksa dan menawarkannya RM5 juta untuk membuat Pengakuan Sumpah 2 (PS2) bagi membatalkan Pengakuan Sumpah 1 (PS1) dalam tempoh tak sampai 24 jam selepas SP1 ditandatangai.

Apakah erti semuanya ini???

Kita kena sedar kes pembunuhan Altantuya ini merupakan klimaks betapa dahsyatnya penyalahgunaan kuasa, penyelewengan, rasuah dan bobroknya sistem keadilan dalam negara.

Peguam Negara, Polis dan mahkamah digunakan untuk 'membersihakan' nama orang yang berkuasa walaupun memang terlibat dengan jenayah berat sekalipun.

Memang benar takde siapa yang nampak sapa yang dok tembak Altantuya, kemudian letupkan jasadnya dengan C4 hingga berkecai. Dan memanglah mana ada penjenayah dalam dunia ini yang bunuh orang secara terang-terangan. Namun akhirnya tertangkap juga ekoran penyiasatan rapi pihak CSI serta dibantu dengan teknologi terkini termasuk ujian DNA.

Dan begitulah juga dalam kes Altantuya. Malangnya kes Altantuya ini membabitkan orang No.2 negara pada ketika itu sebelum naik No.1 hari ini. Seperti biasa Polis sudah menerima 'skrip' dalam menjalankan siasatan tersebut.

Oleh kerana undang-undang negara ini hanya memberi keadilan kepada golongan atasan saja, maka terjadilah beberapa tindakan Polis yang meloyakan kita. Orang yang membuat Pengakuan Bersumpah pulak yang ditahan, didakwa dan disiasat walhal niat mereka mahu membantu siasatan Polis dalam kes ini.

Kalau benar Polis dan SPRM menjalankan tugas secara profesional, mengapa tak tahan dan siasat Nazim (adik Najib) dan Deepak (kroni Rosmah) yang mengugut dan memaksa PI Bala membuat PS2 bagi membatalkan PS1-nya. Mereka juga menjanjikan RM5 juta kepada Bala.

Pihak Polis dan SPRM tak usah 'berlakon' di depan rakyatlah... Majoriti rakyat sudah semakin cerdik dan tahu menilai serta kenal benar dengan Polis dan SPRM. Rakyat juga tidak pernah lupa dengan konspirasi politik 1998 hingga DSAI meringkuk dalam penjara selama 6 tahun tanpa bersalah.

Ya, memang benar sekarang Najib dan Rosmah bebas melakukan apa saja demi kuasa rakus mereka. Sementara kedudukan No.1 negara masih dalam genggaman, maka bolehlah memperhambakan Peguam Negara, Polis dan SPRM untuk menyembunyikan segala perbuatan jenayah dan rasuah mereka.

Walau pada zahirnya pasangan iblis ini nampak ceria setiap kali muncul di khalayak umum, namun percayalah mereka berdua sentiasa berada dalam ketakutan dibayangi oleh Altantuya 24 jam sehari. Dan yang paling ditakutinya ialah kehilangan kuasa.

Ketakutan ini semakin kronik bila PI Bala melakukan 'counter-attack' dari London. Ditambah pulak siasatan pihak berkuasa Peranchis berhubung skandal rasuah Scorpene.

Mungkin percaturan Najib Rosmah bahawa isu Altantuya ini dah selesai bila Mahkamah Tinggi mendapati 2 anggota Polis (Azilah Hadri dan Sirul Azhar) bersalah membunuh Altantuya dan dijatuhi hukuman mati.

Walau mahkamah dan menjatuhi hukuman mati terhadap mereka berdua, namun rakyat merasakan 2 anggota Polis ini adalah mangsa kambing hitam untuk menyelamatkan orang di koridor kuasa. Cara perbicaraan dijalankan menimbulkan kesangsian umum. Hakim bertindak macam pendakwa.

Waima apa pun, tunggulah rakyat membuat keputusan dalam PRU13 nanti. Kita akan pastikan seluruh penjenayah, penyangak dan penyamun VVIP yang bermaharajalela sekarang ini akan dibawa ke muka pengadilan untuk diadili dalam mahkamah rakyat.

Segala kekayaan mereka hasil daripada rompakan harta negara dan rakyat akan kita rampas kembali dan pulangkan kepada perbendaharaan.

Sejarah membuktikan mana-mana pemimpin zalim dan menindas rakyat pasti akan jatuh dalam keadaan hina. Saddat, Saddam, Kamal Ataturk, Shah Iran, Taksin dan ramai lagi, semuanya jatuh dengan kuasa rakyat.

Kalau kita sayangkan negara dan masa depan anak cucu kita, lakukanlah perubahan dalam PRU13 kelak.

"Rakyat bijak, negara selamat"

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger