Wednesday, July 7, 2010

Bala akui Rosmah, Deepak tajanya di London, kata Peguam

Nampaknya Najib dan Rosmah terperangkap dengan 'permainan' mereka dalam nak menutup serapatnya penglibatan mereka dalam kes pembunuhan Altantuya yang paling kejam di dunia. Pada ketika para penjilat dan pengampu pasangan No.1 negara ini dok sibuk pasal Raja Petra yang melarikan diri ke London serta mendakwa PKR sebagai penaja blogger terkenal itu, tiba-tiba satu 'counter-attack' dari London menyebut "Rosmah, Deepak yang menaja PI Bala di London.

Pada perkiraan Rosmah dia boleh tutup mulut Bala dengan wang RM5 juta yang dijanjikan setelah Bala menarik balik pengakuan sumpahnya. Dan pembayaran tersebut memang diuruskan oleh Deepak (kroni Rosmah) si tauke permaidani yang paling kaya di Malaysia. Dengar khabar dibayar secara bulanan.

Jelas sekali perhitungan Rosmah silap. Sapa pun yang berada pada situasi Bala tentunya merasa khuatir akan keselamatan isteri dan anaknya. Jika Altantuya boleh dibunuh sebegitu rupa, adalah tidak mustahil diri dan keluarganya boleh dilenyapkan begitu saja. Sebagai bekas anggota Polis tentunya Bala amat arif dengan 'kerja kotor' skuad khas PDRM dalam menghapuskan bukti kes profil tinggi.

Jadi dia terpaksa 'bersetuju' untuk menarik balik akuan sumpahnya dan meninggalkan negara setelah 'dipujuk' sendiri oleh adik Najib dan Deepak. Dalam sistem undang-undang rimba yang menjadi amalan pemerintah yang diketuai UMNO membuktikan sudah tiada jaminan keselamatan bagi rakyat marhain.

Sebagai rakyat Malaysia, seharusnya ucapan syabas diberikan di atas keberanian Bala yang terus istiqamah untuk mendedahkan siapakah dalang sebenar di sebalik kematian Altantuya yang begitu tragis.

Tidak lupa juga kepada brother Raja Petra...

DAP kemuka usul 'Deepak, Rosmah taja Bala'

Ahli parlimen Bakri, Er Teck Hwa hari ini memfailkan usul berhubung kenyataan peguam Americk Sidhu bahawa penyiasat persendirian, P Balasubramaniam mendakwa segala kos sara hidupnya di kota London dibayar oleh seorang usahawan permaidani, Deepak Jaikishan atas suruhan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Usul itu dibuat di bawah peraturan 18 mesyuarat Dewan Rakyat.

“P Balasubramaniam sebagai seorang saksi dalam kes pembicaraan pembunuhan Altantuya telah lari ke London dengan sebab-sebab yang tidak diketahui dan masih dikehendaki oleh SPRM untuk soal-siasat.

“Manakala Raja Petra Kamaruddin yang didakwa melanggar Akta Hasutan 1948 selepas mendedahkan artikel 'Lets send the Altantuya murders to hell' turut lari ke sana juga.

"Artikel tersebut telah menghuraikan hubungan YAB Perdana Menteri dengan Altantuya Shaariibuu sehingga kes pembunuhan tersebut berlaku yang kononnya Altantuya tahu sangat kes-kes skandal yang melibatkan YAB Perdana Menteri,” katanya.


Menurut Er, kes pembunuhan Altantuya adalah satu isu yang hangat dibincangkan dan kini menjadi bahan gurauan di media antarabangsa sehingga menjejaskan imej negara.

“Sungguhpun kes ini telah selesai dibicarakan di mahkamah, tetapi susulannya ialah kerajaan Mongolia telah menawarkan tajaan sepenuhnya kepada bapa Altantuya, Setev Shaariibuu supaya mengemukakan dakwaan ke atas kerajaan Malaysia yang dikatakan bertangguhjawab atas kematian anaknya."

“Lebih-lebih lagi dilaporkan bahawa pihak media luar negara seperti TVB, Hong Kong telah merancang dan akan menyiarkan satu cerita bersiri berkaitan kes pembunuhan Altantunya ini di seluruh saluran TV dunia yang turut memalukan kita,” kata Er.

Menurut wakil DAP itu, nama isteri perdana menteri yang didakwa sebagai “dalang dalam kes pelarian Balasubramaniam yang bersangkutan dengan kes Altantuya diungkitkan dalam kenyataan Malaysia Today ini akan dibaca melalui laman web seluruh dunia yang akan memberikan sesuatu impak yang negatif kepada imej negara.”

“Saya minta dewan membahaskan isu ini untuk menjelaskan kesahihan kenyataan tersebut yang bertujuan untuk mengembalikan kewibawaan negara kita,” katanya.

- malaysiakini

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger