Wednesday, November 25, 2009

Siapa Sebenarnya Ariffahmi

Tulisan ini bukanlah untuk nak membela atau menghentam sesiapa. Apa yang dilontarkan ini hanyalah lahir dari gerak hati yang merasakan memang ada yang tak kena dalam isu PMBK Kelantan. Dan Ariffahmi pun baru meletakkan jawatan sebagai CEOnya. Dalam sidang media, Tok Guru sebut dia menasihati menantunya agar meletakkan jawatan kerana nak elak terus berlaku fitnah bukan kerana masalah Arrifahmi dalam PMBK. Manakala Ariffahmi pulak menyatakan perletakan jawatannya ini dibuat atas dasar kepentingan parti.

Entahlah, mungkin agaknya hati saya ni kurang bersih agaknya. Tapi jauh di sudut hati ini merasakan memang ada yang tak kena dengan si Ariffahmi ni. Antara sebabnya ;

1. Mengapa dia letakkan jawatan dalam sela-masa lebih kurang seminggu selepas memecat Syed Azidi (Kickdefella) ?

2. Kenapa Presiden PAS dan beberapa pimpinan PAS Pusat begitu pantas bertindak menemui Nik Aziz dan meminta beliau menasihati menantunya agar meletakkan jawatan sebagai CEO PMBK ? Apakah PAS Pusat sendiri mula merasakan 'bahaya besar' boleh melanda Kelantan jika isu ini tidak ditangani segera ?

3. Kalau benar Ariffahmi rekodnya bersih sepanjang 8 tahun dalam PMBK, apa perlu takut dengan segala pendedahan Syed Azidi ?

Saya nak komen pun tak boleh sebab bukan kenal dengan menantu Nik Aziz ni. Adalah lebih baik kita baca beberapa siri artikel oleh Syed Azidi sebab dia sendiri bertugas sebagai pegawai di PMBK sehingga hari dia dipecat minggu lalu.
Anda buatlah penilaian sendiri siapa sebenarnya menantu Nik Aziz ini.

Saya menyeru umat Islam agar memasang niat yang ikhlas dan betul jika mahu menyertai PAS. Sertailah PAS hanya semata-mata kerana Allah.

Jazakallah.

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger