Tuesday, November 10, 2009

Dr Asri Sedia Terjun Dalam Politik .... Takbir

Sebelum ini saya pernah kritik bekas Mufti Perlis kerana enggan terjun dalam perjuangan Islam. Selepas diminta turun dari jawatan mufti, beliau lebih suka berdakwah melalui saluran TV Astro dan program-program yang dianjurkan oleh pihak tertentu.

Memang tidak salah meneruskan dakwah melalui media TV dan radio kerana ianya merupakan salah satu medium yang berkesan untuk menyampaikan risalah Allah. Namun perlu diingat pihak media perdana hari ini dikuasai oleh UBN. Sudah tentu segala intipati dakwah yang nak kita sampaikan dipastikan tidak menyentuh tentang aqidah perjuangan Islam (politik Islam) sebab mereka cukup takut rakyat tahu hal ini.

Dan begitulah juga apa yang berlaku di negara-negara Timur Tengah. Kita sendiri boleh lihat bagaimana Amerika menjadikan ketua-ketua negara Arab sebagai boneka mereka bagi memastikan sistem pendidikan di negara masing-masing membuang sukatan pelajaran berkaitan perjuangan dan politik Islam. Selain dari itu no problem.

Pihak pentadbiran Amerika sendiri pernah meminta kerjasama Presiden Hosni Mubarak laknatullah agar melakukan perubahan besar terhadap sukatan pelajaran yang diajar di Universiti Al-Azhar.

Mengapa pihak musuh Islam yang didalangi oleh Yahudi ini cukup takut dengan sistem pendidikan Islam yang syumul ini ? Dan hari ini gerakan Yahudi melalui Pertubuhan Freemason telah berjaya menguasai dunia termasuk negara umat Islam. Hanya 3 negara terkecuali yaitu Iran, Palestin dan Lubnan.

Dalam konteks ini saya kira Dr Asri lebih arif. Takkanlah orang yang ada Phd sepertinya masih bangang lagi dalam bab politik dan perjuangan Rasulullah SAW.

Sebenarnya apa yang berlaku pada beliau baru-baru ini merupakan satu 'teguran direct' daripada Allah SWT yang mahu menyedarkan dirinya dari 'tidur lena'. Dr Asri kena faham orang sebijaknya perlu berada pada tempatnya. Dah berapa ramai golongan akademik yang terjun ke dalam perjuangan Islam bersama PAS.

Salah seorang daripadanya ialah Naib Presiden sendiri. Tuan Ibrahim Tuan Man. Bekas pensyarah UiTM Shah Alam. Salary sebagai lecturer saja paling koman pun RM 10 ribu sebulan. Tapi kenapa orang yang kecil molek ini sanggup tinggalkan gaji sebesar itu dan terjun dalam perjuangan Islam yang penuh duri dan ranjaunya ? Pada ketika ini Tuan Ibrahim sedang berada di Tanah Suci Mekah untuk mengerjakan ibadah Haji. Semuga Allah kurniakan kepadanya Haji Mabrur. Insya'Allah.

Seorang lagi Naib Presiden yang saya kira pengalamannya boleh dijadikan pembakar semangat pada kita semua yang masih dok was-was nak masuk PAS. Beliau adalah YB Salahuddin Ayub. Sepanjang penglibatannya dalam PAS selama lebih 30 tahun, pelbagai ujian dan cabaran yang dihadapinya termasuk berehat sebulan di Penjara Kajang bersama Mahfuz Omar.

Pernah satu ketika beliau diuji oleh Allah apabila dijemput untuk berceramah di Pontian. Pada ketika itu dalam koceknya hanya tinggal 10 sen saja selepas selesai ceramah di Pontian sedangkan keesokan paginya dia perlu pulang ke Batu Pahat. Secara logiknya beliau memang tidak boleh pulang namun dengan berkat keyakinan padunya terhadap janji dan pertolongan Allah, dia berserah. Secara kebetulan adiknya memberitahu "Esok saja abang balik BP saing dengan saya sebab saya pun nak ke sana". Bila sampai BP adiknya mahu menghulurkan sedikit wang namun ditolaknya sambil berkata "Tak payah. Abang ada duit....". Ini serba-sedikit kisah perjalanan hidup seorang pejuang Islam.

Berbalik kepada Dr Asri, saya dengan rasa syukur ke hadrat Allah mengalu-alukan hasrat beliau untuk terjun dalam dunia politik tanahair. Marilah bersama dalam perjuangan Islam. Kami warga PAS memang menantikan 'kehadiran' beliau dalam jamaah ini. Dengan ilmu dan kedudukan beliau selaku bekas Mufti pastinya memberi 'impak' kesedaran masyarakat Islam dalam negara ini. Ahlan Wasahlan...

Berikut adalah artikel berita berkenaan isu penangkapan beliau baru-baru-baru ini ;
Semuga Allah SWT membuka hati Dr Asri segera menyertai PAS .... Takbir

Jazakallah.

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger