Thursday, November 12, 2009

Qur'an Reciter V4.0 Beta

Klik Imej (Enlarge)

Selama ini posting saya banyak menyentuh tentang isu yang berlaku dalam negara dan juga beberapa artikel tazkirah untuk renungan bersama. Namun pada kali ini saya nak cerita pasal software komputer pulak. Secara jujur saya memang boleh dikategorikan sebagai spesis yang "gila komputer dan perisian". Setiap hari saya pasti akan cari perisian baru untuk didownload sebagai "stock" untuk customer yang hantar PC mereka pada saya. Dekat seguni perisian dalam simpanan hard disk.

Selama ini saya dah cuba mencari beberapa perisian Al-Qur'an untuk diinstallkan dalam laptop kesayangan saya. Memang dapat tapi kurang memuaskan hati sebab fungsi perisian tersebut kurang menarik. Setakat ini laptop saya sudah ada beberapa perisian Al-Qur'an seperti Qur'an Digital, Qur'an In Word dan Qir'at Qur'an Reciter.

Cari punya cari, akhirnya pagi semalam terjumpa satu perisian Al-Qur'an yang saya kira memenuhi ciri-ciri fungsi yang saya kehendaki. Nama perisian tersebut ialah Qur'an Reciter Version 4.0 Beta. Perisian ini adalah Freeware.

Cumanya memerlukan sedikit kesabaran untuk download perisian ini. Semuanya ada 9 file yang mesti dimuat turun (download). Masa yang diambil untuk proses download dengan Streamyx Broadband 1Mbps kira-kira 2 jam sebab jumlah saiz failnya 438 MB. Yang jadi punca speed download perlahan pasal saya lakukan download 7 fail serentak. Lepas tu saya tertidur. Baki 2 fail saya download kemudian. Itu pun bergantung pada server. Nasib baiklah semalam Streamyx tak buat hal dan server website perisian tersebut kira okay.

Secara purata speed download antara 25 KB/s hingga 80 KB/s bila download lebih dari 4 fail serentak. Jika satu persatu, speed download agak laju sehingga 150 KB/s. Waktu saya download semalam antara jam 3.30 pagi hingga 6.00 pagi.

Kelebihan perisian ini kita boleh baca atau mendengar bacaan Al-Qur'an dengan paparan ayat demi ayat beserta terjemahan dalam Bahasa Melayu dan Inggeris. Paparan ayat dan terjemahannya akan bertukar secara automatik mengikut bacaan. Kita juga boleh buat pilihan samada mahu mendengar bacaan secara terus dari ayat 1 hingga akhir dalam setiap surah ataupun memilih fungsi bacaan ayat demi ayat.

Anda boleh download sendiri perisian ini di link berikut ;

http://www.shaplus.com/free-quran-software/quran-mp3-software/QuranReciter/quranreciter-free-download.htm

Jika malas, boleh dapatkan CD-Rom perisian ini secara PERCUMA dari saya. Anda cuma perlu bantu kos saya dalam proses penyediaan CD ini sehingga sempurna. Hanya RM5 saja. Perbelanjaan pos ditanggung oleh anda sendiri. No HP : 013-722 0038

Jazakallah.

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger