Friday, November 6, 2009

Isu Berkaitan PAS

Berikut adalah artikel / berita yang dipilih berhubung isu yang melanda PAS mutakhir ini ;

1. Aziz Bari biadab, mahu guling Presiden PAS — Nasrudin Hassan Tantawi

2. PAS yakin menemukan titik pertemuan di seminar esok

3. PAS bukan takut menang, tapi gagal uruskan kuasa

4. Dilema PAS : Pintu UG tutup tak berkunci?

5. Rekod jenayah: Wakil rakyat PAS ugut saman Jais

6. 'Presiden boneka', Hadi cemburukan Anwar?

7. Seminar PAS bangkit kemelut di S'gor

Selamat membaca. Bukannya tak mahu mengulas pasal PAS ni. Dah naik meluat tak habis-habis dengan isu lapok. Elok-elok "market" tengah melonjak naik, tiba-tiba jatuh merudum dek salah sendiri.

Patutnya di ketika ini PAS harus mempersiapkan diri nak menghadapi PRU13. Dahlah gagal menguasai majoriti pengundi Islam dalam negara, lepas tu dok buang masa pulak dengan Seminar esok.

Sebenarnya PAS ni memang hebat dalam bab seminar, kursus itu dan kursus ini. Lepas tu habok pun tarak. Bila bubar Parlimen nanti, tengoklah saja macamana kelam-kelabutnya PAS menggerakkan jenteranya.

Yang berjaya jadi pemimpin di peringkat Negeri, apatah lagi di peringkat Pusat kadang-kadang lagaknya boleh tahan juga. Bukanlah kata semua macam tu tapi ramailah juga. Kadang-kadang pengaruh PAS di kawasan sendiri pun tak ke mana, dok statik macam tu juga tapi bila berceramah dan bercakap depan orang bukan main lagi. Macam dah takde orang lain yang sehebatnya...

Inilah akibatnya bila tidak berpijak di bumi nyata. Yang jadi ahli biasa lain pula halnya. Sibuk dengan hal masing-masing. Bila PAS perlukan sumbangan nak buat program yang agak "grand" cukup susah nak keluarkan duit. Nak tunggu ditagih barulah nak dihulur. Nak tengok ahli derma RM10 ke atas memang payah nak jumpa walaupun ada. Biasanya antara RM1 - RM3.

Tak tahulah kenapa jadi macam ni ? Apakah ramai di kalangan pimpinan PAS yang ada hari ini hanya nampak gah di luar saja tetapi kosong di dalam (tiada roh).

Hanya Allah saja Maha Mengetahui....

Jazakallah.


No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger