Saturday, November 21, 2009

Bagus Tapi Menjengkelkan ....

Sejak kebelakangan ini SPRM (Suruhanjaya Pembunuh Rakyat Malaysia) cukup rajin menahan dan mendakwa golongan ikan bilis dalam UMNO. Terkini 6 Pemuda UMNO Bahagian Kota Tinggi ditahan kerana disyaki terlibat dengan rasuah.

Memang tindakan ini nampak macam bagus tetapi menjengkelkan. Percayalah ini hanyalah permainan jijik pentadbiran dan politik Najib bagi memulihkan keyakinan rakyat terhadap parti hapraq itu. SPRM tak usah nak berselindung di sebalik penahanan yang dibuat. Mengapa tidak ditahan dan didakwa Najib, Khir Toyo dan ramai lagi pemimpin atasan UMNO yang jelas ada bukti penyelewengan dan rasuah yang dilakukan. Bukan sedikit wang rakyat yang ditipu dan disapu. Ratusan juta.

Begitu juga dengan Skandal PKFZ yang jelas wujud penyelewengan tetapi SPRM, Polis dan BPR senyap. Adalah juga dipanggil seorang dua menteri untuk diambil keterangan, lepas tu senyap. Bukannya apa hanya sekadar "lakonan bangsat" SPRM untuk menyedapkan mata dan telinga rakyat memandang dan mendengarnya.

Yang lebih menjelekkan kita bila SPRM cukup pantas bertindak jika ada 'laporan palsu' dibuat terhadap para pemimpin pembangkang. Sampai mati seorang Setpol kepada EXCO PR Selangor 'dikerjakan' oleh para pegawai SPRM. Hari ini kubur mendiang Teoh Beng Hock digali semula untuk dilakukan bedah siasat kedua oleh Pakar Patologi Thailand, Dr Pornthip Rojanasunand.

Sewajarnya 6 Pemuda UMNO Kota Tinggi yang ditahan ni perlu sedar diri mereka dijadikan "korban" oleh pemimpin atasan. Baru terlibat dengan rasuah bernilai RM 40 ribu, dah kena tahan. Presiden kamu sekarang Najib, sekali beli kapal selam dapat RM500 juta. Sebelum tu dah sapu RM 450 juta hasil pembelian pesawat Sukhoi. Ada tak SPRM pergi tahan dan dakwa dia dan juga pemimpin atasan UMNO yang lain ?

Sebenarnya lucu juga bila tengok gelagat Pemuda UMNO Bahagian ni. Kadang-kadang jawatan cuma AJK Bahagian saja tapi dia punya kerek bukan main lagi. Lepas tu berebut-rebut kejar projek kecil-kecilan. Kalau nasib baik dapatlah satu dua projek yang bernilai RM 200,000. Untung adalah dalam RM 40 ribu kot. Lepas tu tukar kereta baru yang agak glamour sikit. Kalau jadi kroni rapat Ketua Bahagian / YB, nafas projek tu agak panjanglah sikit agaknya. Itu pun terpaksa hulur sana, hulur sini. Paling lama boleh bertahan 2 hingga 4 tahun kalau masih duduk dalam Bahagian. Jika sebaliknya, pendek kata jadi "miskin balik". Dan dah memang ramai pun yang kena bankrapsi. Itu pun masih bodoh juga. Dok lagi dalam UMNO. Pemimpin atasan mereka semakin hari semakin kaya raya.

Kalaulah pecacai UMNO macam Pemuda Kota Tinggi ni masih dok bangang lagi lepas ni, tak tahulah....

Benarlah kata Hishamudin Rais yang selama ini UMNO melaksanakan "Projek Membodohkan Orang Melayu". Seorang sahabat saya pula menyebut "Sial Punya UMNO".

Kesian bangsaku yang telah diperbodohkan UMNO selama 52 tahun....

Adios.

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger