Tuesday, November 17, 2009

Che Det Sindir Anwar Penasihat Ekonomi...

Walaupun salah seorang yang aku menyampah dalam negara ini ialah Mahathir tetapi kadang-kadang terfikir juga memang si tua ni orangnya brilliant. TGNA sendiri akui akan kebijaksanaan Che Det semasa jadi PM. Kata TGNA "PM Mahathir ni memang orangnya bijak tapi sayang kecerdikannya itu tidak digunakan untuk Islam...."

Kalau kita pi Alor Setar, kita akan terjumpa sebuah klinik yang bernama Klinik Maha (Mahathir + Hasmah). Masa aku kat Kedah dulu, ramai yang dok habaq kalau orang susah datang ke kliniknya dia bagi "free of charge" saja. Masa tu Che Det dan Mak Mah sendiri yang handle klinik mereka sendiri. La ni orang lain yang jaga.

Tak sangka rupanya manusia bernama Mahathir bin Mohamed Kayukuty ni mulia hatinya. Suka tolong orang susah. Tapi yang heran tu pasai apa boleh berubah perangai jadi Maha Firaun bila dah berkuasa ? Habis wang rakyat disapu untuk keluarga dan kroni. Mungkin agaknya Che Det ni tak dapat didikan Islam yang sempurna dari keluarga. Apa yang nak diherankan bila dah pegang jawatan PM, makin terserlah dia punya sikap anti-Islam itu.

Kita jangan lupa dalam buku Malay Dilema karangannya dia ada menyebut "Orang Melayu akan ketinggalan jika terlampau ikut Islam (peraturan dan hukum-hakam). Si tua ni juga seorang pemuja kepada Kamal Atartuk laknatullah (Bapa Pemodenan Turki).

Semalam Che Det sindir Anwar pasal perlantikan sebagai Penasihat Ekonomi Selangor. Katanya " Anwar tak tahu pasal ekonomi. Kalau bercakap memanglah dia pandai". Tambahnya lagi Selangor akan bankrupsi bila lantik Anwar sebagai penasihat.

Si mamak ni rasa dia ni terlampau bijak dalam semua bidang. Orang lain semua tak betul. Tak payahlah nak dok sibuk pasal Anwar lagi. Biaq pilah Selangor nak lantik Anwar jadi penasihat ekonominya. Mungkin Mahathir terlupa siapa Khalid Ibrahim. Takkanlah MB Selangor tak tahu menilai siapa yang layak atau sebaliknya untuk jawatan tersebut.

Udah-udahlah tu Che Det ooi... Hang pun dah tua. Tak lama lagi dah nak pi kuboq. Bawak-bawaklah diri tu ke mesjid dan banyak bertaubat. Bacalah tafsir Al-Qur'an hang yang dalam bahasa Inggeris tu. Takkanlah hang tak tahu macamana nasib Kamal Atartuk masa dia mampoi dulu. Bumi pun tak nak terima dia. Berapa kali cuba ditanam tapi dimuntahkan semula oleh bumi. Itulah akibatnya jika hidup menentang Islam. Hang pun boleh tahan juga macam Kamal Atartuk. Semuga hang tak senasib dengan Ataturk bila mati nanti.

Mahathir lupa siapa yang jadi PM waktu negara dilanda krisis ekonomi dalam tahun 1998. Mengapa dengan begitu mudah nilai ringgit terus jatuh mendadak berbanding USD ? Persoalannya kenapa Dollar Singapura dan Brunei masih mampu bertahan. Disebabkan Mahathir terlalu rakus dan sombong dengan pertumbuhan 8% sepanjang 5 tahun, akhirnya negara dan rakyat jadi mangsa ekoran krisis tersebut. Pelbagai projek mega dibuat. Di waktu yang sama Mahathir begitu ghairah untuk melahirkan seberapa ramai jutawan segera dalam UMNO. Semua projek yang bernilai puluhan dan ratusan juta dicipta. Negotiate tender. Semua anak-beranak dan kroni Mahathir kenyang dengan projek. Akhirnya negara berbelanja melebihi simpanan (rizab). Datang saja tsunami 98, serta-merta ekonomi menjunam. 1 USD = RM 3.800.

Lepas tu Mahathir salahkan George Soros si penyangak matawang. Maka percayalah rakyat khususnya ahli dan penyokong UMNO yang memang dah sedia bebal. Hari-hari media serang George Soros.

Punyalah bodoh kita sebagai rakyat boleh percaya cakap si mamak tua ni. Yang sebenarnya dia yang bodoh mengurus ekonomi negara, lepas tu George Soros dijadikan kambing hitam. Satu dunia tahu memang si billionaire Soros ini buat duit dalam pasaran matawang. Dah memang kerja dia begitu. Nak buat apa salahkan dia. Sebenarnya sapa yang bodoh ? Mahathir atau Soros ?

Lu fikirlah sendiri...

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger