Monday, March 23, 2009

Wasiat Pak Lah Kepada Najib...

Manusia yang bernama Abdullah bin Ahmad Badawi ni rupanya dari spesis yang tiada pendirian. Sebelum ini disahkan dia telah menyediakan jadual tugasnya sebagai PM sehingga bulan Jun. Maksudnya dia tak akan meletakkan jawatan sebagai PM pada 1 April ini. Yang membuatkan kita 'confident' Pak Lah tidak letak jawatan PM dalam masa terdekat berdasarkan beberapa fakta seperti ;

1- Pertemuan 6 mata antara beliau, Anwar dan Syeikh Mahmud di Madarasah Nurul Iman.

2- Pertemuannya dengan Tengku Razaleigh

3- Pertemuannya dengan beberapa orang wakil rakyat dan Ketua Bahagian UMNO di pejabatnya.

Namun hasil perbincangan dari beberapa pertemuan ini nampaknya gagal memujuk dan mempengaruhi Pak Lah supaya menangguhkan dulu hasratnya untuk melepaskan jawatan No.1 negara.

Diberitakan, sebelum Pak Lah berlepas ke Kuwait untuk lawatan terakhirnya sebagai ketua negara, beliau telah memberi 'wasiat' kepada Najib. Khabarnya, antara isi wasiat tersebut Pak Lah meminta Najib melantik menantunya Khairy Jamaluddin sebagai Menteri Penuh jika dia menang dalam pertandingan jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia.

Jika benarlah penyerahan wasiat ini, jelas menunjukkan Pak Lah akan meletakkan jawatannya sebagai Perdana Menteri pada 1 atau 2 April ini. Najib dijangka akan mengangkat sumpah sebagai PM pada 4 April.

Jam 9.30 malam tadi Pak Lah selamat sampai ke tanahair daripada Kuwait dengan pesawat khas. Ketibaannya di Lapangan Terbang Tentera Udara Subang hanya disambut kira-kira 50 orang yang terdiri daripada budak-budaknya saja. Tiada seorang pun Menteri Kabinet yang datang menyambut kepulangannya. Indikator ini benar-benar menjelaskan bahawa Pak Lah tetap melepaskan jawatan PM. Secara tidak langsung menjawab segala teka-teki sebelum ini kononnya dia akan 'delay his resignation as a PM'.

Sebenarnya Pak Lah memang berhasrat untuk meneruskan tugasnya sebagai PM sehingga Jun ini tetapi dia tak mampu bertahan dengan desakan para penyokong Najib yang dah tak sabar untuk mendapatkan 'habuan' daripada Najib yang bakal menerajui negara. Bagi kroni Najib di peringkat pusat, habuan itu sudah tentu berupa jawatan Menteri atau Timbalan Menteri. Manakala penyokong Najib yang berada di peringkat negeri dan bahagian, inilah saat yang dinantikan mereka.

Geng Najib yang mendesak Pak Lah agar berhenti bukanlah kerana Pak Lah menjadi punca kekalahan teruk BN dalam PRU12 lalu. Juga bukan disebabkan pengaruh UMNO semakin lemah. Sebab utama mereka mendesak Pak Lah berundur kerana 'sakit hati' semua projek disapu oleh anak menantu dan kroni Pak Lah. Pasal tulah mereka 'benci' dengan Pak Lah.

Mana ada lagi perjuangan untuk membela bangsa Melayu dalam UMNO hari ini. Yang ada hanyalah 'perjuangan' memperkayakan diri dan keluarga masing-masing. Perangai pimpinan UMNO dan para penyokongnya kini tidak ubah seperti 'penyamun berlesen'. Dalam filem Nujum Pak Belalang arahan P.Ramlee sendiri ada menunjukkan babak sindiran yang berlaku hari ini pada UMNO. "Satu untuk kau, satu untuk aku. Dua untuk kau, dua untuk aku. Tiga untuk kau, tiga untuk aku....."

Malangnya apa yang berlaku dalam UMNO hari ini lebih buruk lagi daripada babak filem Nujum Pak Belalang ni. Para penyamun di kalangan pimpinan atasa UMNO akan berkata begini kepada para penyokongnya : "Satu untuk kau, sepuluh untuk aku ......"

Nampak gayanya... lingkuplah Malaysia di bawah Najib Razak dan bininya si Rosmah.

Tahniah kepada orang Melayu yang mengundi BN dulu, kini dan selamanya...

Tunggulah jawapan daripada Allah SWT di atas kedegilan kamu memilih pemimpin yang jahat dan munafiq...

Adios.

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger