Monday, March 2, 2009

Kenapa Firdaus Ismail Masuk UMNO ?

Sebelum menyertai UMNO, Datuk Firdaus Ismail merupakan Imam Besar Mesjid Negara. Beliau mengambilalih jawatan ini daripada Ustaz Taib Azamuddin yang meletakkan jawatannya untuk bertanding dalam PRU10 bagi kerusi Parlimen Baling dalam tahun 1999.

Memang agak mengejutkan juga bagaimana seorang al-Hafiz boleh menyertai UMNO, sebuah parti kebangsaan yang berfahaman sekular ini. Dengar khabar si pondan Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Hishamuddin mempelawanya untuk bersama pemuda dan dijanjikan dengan 'habuan' serta tawaran bertanding di Parlimen Permatang Pauh. Nampaknya si Firdaus ni 'tewas' juga dengan pujukan ketua sayap kanan parti 'syaitan' yang memerintah negara.

Rupa-rupanya ada cerita di sebalik kemasukannya ke dalam UMNO. Sungguh tak aku sangka yang si Pirdaus ni lebih cintakan dunia dari Akhirat.

Sewaktu aku masih menetap di Johor, aku pernah menjemput Y.B. Ustaz Taib Azamuddin untuk berceramah di Batu Pahat. Setelah selesai program ceramahnya di Seri Merlong Rengit, keesokan harinya aku menghantar beliau ke Ayer Hitam untuk dijemput pula oleh PAS Kawasan Labis. Dalam perjalanan, kami berbual panjang. Salah satu pertanyaan aku ialah berhubung kemasukan si Pirdaus ni ke dalam UMNO.

Ustaz Taib menjelaskan bahawa dia pernah menemui Pirdaus setelah mendapat maklumat berhubung hasratnya untuk menyertai UMNO. Lebih kurang beginilah cerita Ustaz Taib pada aku ;

"Ana pergi jumpa Pirdaus dan nasihatkan dia agar terus kekal dengan jawatan Imam Besar Mesjid Negara dan jangan masuk UMNO. Ana sebut kat dia apa kurangnya dengan jawatan Imam Besar ni. Semuanya ada. Sama taraf macam Ahli Parlimen. Ada kenderaan rasmi, pemandu peribadi, diberikan lesen senjata, ada permit AP dan pelbagai kemudahan lain. Enta tahu apa yang Pirdaus cakap ? Dia kata kat ana "Ustaz, kalau ana terus jadi Imam di Mesjid Negara, sampai bila pun ana tak boleh jadi kaya." Ana betul-betul terkejut bila dia bagi alasan macam tu. Dah dia cakap macam tu, kita tak boleh buat apa-apa. Dia nak kejar dunia..."

Memang benar kata Ustaz Taib Azamuddin bahawa Pirdaus kejar dunia. Kata Ustaz Taib lagi "Ilmu yang ada pada Pirdaus akan akan ditarik balik oleh Allah SWT. Kita akan lihat sendiri perubahan perangai dia bila dah masuk UMNO."

Demi mencapai cita-cita nak jadi kaya, maka si Pirdaus 'bangang' ni pun masuklah ke dalam 'perangkap dunia' yang dipasang oleh UMNO. Kemudian dalam PRU11 2004, dia bertanding sebagai calon BN (Barisan Neraka) menentang Datin Seri Wan Azizah (Keadilan). Keputusannya dia kalah dengan 590 undi setelah pengiraan semula undi dibuat.

Bila diumumkan kalah, maka si Pirdaus naik berang lalu bertindak menendang peti undi. Hancurlah cita-cita dan harapan untuk bergelar Yang Berhormat. Duduk dalam Exco Pemuda UMNO Malaysia dilantik sebagai Pengerusi Biro Pertanian. Patutnya Biro Agama. Kartun betul... Awal-awal lagi si Pirdaus ni dah diperbodohkan oleh UMNO... Nasib kaulah Pirdaus... Kau yang sendiri pilih untuk jadi "tentera syaitan". Tunggu sajalah jawapan daripada Allah.

Bayangkanlah betapa 'dungu' mantan Imam Besar ni. Dia tak sedar ke yang UMNO hanya mahu mempergunakannya semata-mata. Sudah jelas di depan mata bahawa UMNO sengaja letakkan dia bertanding di kawasan 'hitam' BN di Permatang Pauh. Betul punya 'mangkuk' si Pirdaus ni. Tengoklah selepas ini, adakah Mukhriz yang bakal menerajui Pemuda akan terus memberi ruang kepadanya untuk berada dalam Exco Pemuda atau terus ditendang keluar. Rasanya peluang dia nak bertanding lagi dalam PRU13 pun tipis. Pendek kata, si Pirdaus ni hanya akan jadi pecacai saja dalam UMNO tak lama lagi.

Cuba kalau dia dengar nasihat Ustaz Taib Azamuddin, sudah tentu dia lebih dihormati oleh masyarakat Islam dan yang lebih utama mendapat keredhaan Allah.

Perlu kita sedari bahawa UMNO akan menggunakan golongan-golongan agama ini sebagai pecacai mereka dengan tujuan untuk mengaburi mata masyarakat Islam agar dilihat bahawa mereka juga membawa Islam.

Kita jangan lupa propaganda UMNO sejak zaman Mahathir lagi bagi mengimbangi pengaruh PAS yang semakin kuat. Kempen "Bersih, Cekap, Amanah" dan "Penerapan Nilai Islam" yang dibuat zaman Mahathir hanyalah gimik semata-mata untuk 'menghiburkan' hati umat Islam. Zaman Pak Lah lagi hebat dengan agama baru "Islam Hadhari" dan kempen "Bekerja Bersama Saya, Bukan Untuk Saya".

Semuanya ini merupakan kerja-kerja musuh Islam bagi menghalang kebangkitan Islam yang sedang mara. Pihak musuh Islam dari luar sentiasa memerhati peluang dan ruang yang ada bagi menggunakan individu-individu berpengaruh dalam negara ini bagi tujuan jahat mereka. Samada individu dalam kerajaan maupun pembangkang.

Salah seorang individu berpengaruh dari pembangkang yang dijadikan alat oleh Amerika untuk menghalang kebangkitan Islam ini ialah Anwar Ibrahim sendiri. Anwar didapati terlibat secara langsung dengan salah satu institusi di Amerika (RAND Corporation) yang menubuhkan Moderate Islamic Network. Objektif penubuhan Moderate Islamic Network ini adalah untuk menghalang secara halus dan licik kebangkitan Islam secara menyeluruh dalam negara umat Islam.

Umat Islam perlu sedar dan insaf bahawa musuh-musuh Islam tidak pernah berdiam diri. Mereka sentiasa merancang serta mempunyai dana yang besar untuk menghancurkan Islam dengan pelbagai cara yang kita sendiri tidak sedar.

Sebagai contoh, Kelab Rotary dan Lions yang dah lama bertapak di Malaysia dengan pelbagai program mereka yang 'nampak baik' di mata masyarakat. Sebenarnya kedua-dua pertubuhan ini adalah milik Yahudi.

Marilah kita kembali kepada Islam yang sebenar. Semuga Allah meredhai dan menerima kita semua sebagai seorang Islam apabila mati kelak.

Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah (2) : ayat 208 ;

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا ادْخُلُوا فِي السِّلْمِ كَافَّةً وَلَا تَتَّبِعُوا خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ ۚ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُّبِينٌ

Ertinya : Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam agama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata.

Jazakallah.

2 comments:

L said...

uhh,, gitu. 'jahat' jugak eh ustaz firdaus... tp lagi jahat kan orang yang mencaci mencela...?? nak hadis @ ayat quran x? xyhla kan.. sebab tuan belog lg taw kan.... islam xpenah mengajar kita menghina . islam apa yg kamu guna? islam hadhari? islam pas? islam pkr? atau islam Allah?

Skull78 said...

Assalamualaikum,jika tuan blog ni masih lagi hidup atau siapa2 yang masih boleh access blog ni,saya mohon untuk delete semula article ni sbb semua benda ni benda lepas so lebih baik jika dibuang,jika semua ni fitnah maka setiap kali orang baca x kiralah 300 tahun depan pon,tuan empunya blog still dpt dosa,walaupon semua ni bukan fitnah tpi fakta,still mohon delete la kerana membuka aib itu adalah perkara yang dilarang,mohon kerjasama.Memandangkan ustaz firdaus sudah tiada kena mengena dgn politic anymore so lebih elok kalau delete article ni,terima kasih

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger