Tuesday, March 31, 2009

Maha Firaun Is Back !!!

Dulu keluarnya si mamak ni dari UMNO hanyalah sementara kerana terlampau marahkan Pak Lah yang terminate projek meganya Jambatan Bengkok. Ramai tak tahu yang Mahathir pernah cakap jika Pak Lah tarik balik pembatalan projek tersebut, dia akan hentikan serangannya terhadap pentadbiran Pak Lah.

Lucu juga lihat perangai si tua ni. Macam budak-budak pun ada. Sebelum ni bukan main lagi dia hentam Pak Lah dan UMNO seolah-olah dah tak ada orang lain lagi yang 'maksum' macam dia. Sampai cakap "Saya tak rela diri saya tercemar jika hadir ke majlis yang dicemari dengan rasuah."

Tak pasal-pasal si mamak ni boleh berubah fikiran untuk 'menajiskan' dirinya datang ke PWTC pada hari penutup Perhimpunan Agong Parti Najis tu. Tak tahulah 'iblis' mana yang goda dia sehingga dia sanggup 'menodai' dirinya yang 'kudus' dan 'maksum' tu. Mungkin iblis yang bernama 'Maharaja Jib' menggoda dia agar datang dengan menjanjikan beberapa perkara sekiranya masuk UMNO semula. Antaranya mungkin;

1- Akan dilantik sebagai Penasihat kepada Najib selaku Presiden UMNO dan PM.

2- Mukhriz akan dilantik sebagai Menteri Penuh, bukannya Khairy.

3- Projek Jambatan Bengkok akan diteruskan.

4- Membatalkan projek 5 Koridor Pembangunan Wilayah yang dibuat oleh Pak Lah

Dengan kemasukan semula Mahathir ke dalam UMNO, ianya jelas memberikan tekanan kepada Pak Lah agar meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri. Dan inilah sebenarnya tujuan utama Mahathir apabila mengisytiharkan dirinya masuk UMNO semula pada hari akhir Perhimpunan Agong UMNO Sabtu lalu. Dendam kesumatnya pada Pak Lah masih tidak sirna lagi. Gambar Najib, Mahathir dan Pak Lah berpegang tangan tu hanyalah retorik bagi menunjukkan ketiga-tiga pemimpin ini 'bersatu semula' demi kepentingan UMNO. Dan rakyat melihat UMNO akan kembali kuat seperti dulu.

Hakikatnya Najib dan Mahathir sedang melancarkan 'operasi melanyak' Pak Lah agar segera meninggalkan Putrajaya. Macamana Pak Lah dulu 'menghalau' Mahathir sehingga terpaksa melepaskan jawatan PM, sekarang gilirannya pula.

Najib sangat mengharapkan si mamak ni kembali semula ke pangkuan UMNO. Hanya inilah saja cara yang paling efisyen untuk memaksa Pak Lah menyerahkan jawatan PM kepadanya. Pak Lah pastinya 'panas' dengan situasi yang berlaku ini. Mungkin Pak Lah tidak menyangka yang Mahathir akan hadir ke PWTC dan 'declare' akan masuk UMNO semula. Manakala Najib yang memang telah berpakat dengan 'bekas bosnya' hanya relaks saja pada hari tersebut. Menampakkan wajah cerianya kerana sedang menghitung 'jam' untuk mengangkat sumpah sebagai orang No.1.

Jika Najib jadi PM, yang pasti Mukhriz akan dilantik Menteri Penuh. Bapanya pula akan dilantik macam Lee Kuan Yiew. Jika ada bantahan di kalangan pimpinan UMNO atas perlantikan Mukhriz, Najib boleh cakap "Kita buat dasar baru. Penjawat jawatan penting dalam UMNO tidak semestinya akan dilantik dalam Kabinet. Kita mahu mewujudkan kaedah pembahagian tugas yang lebih efisyen samada dalam kerajaan ataupun parti. Masing-masing ada tugas berat yang perlu dipikul".

Apa pun kita yakin UMNO sedang menuju kehancuran. Dan amatlah malang bagi Malaysia dan seluruh warganya mendapat seorang Perdana Menteri 'pembunuh', perasuah dan berakhlak keji. Begitulah juga dengan bakal 'First Lady' yang memang terkenal dengan kerakusannya mengumpul kekayaan.

Rakyat Malaysia perlu 'membayar dengan harga yang tinggi' bagi menghadapi zaman 'gelap' di bawah pemerintahan 'Maharaja Jib' dan 'Queen Mah'. Penasihatnya pula Maha Firaun.

Sayonara.

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger