Monday, March 9, 2009

Himpunan PPSMI : Polis UMNO 'Menggila' Lagi

Inilah negaraku Malaysia. Diperintah oleh golongan manusia zalim dan berketurunan jakun. Tidak pernah mahu mengakui kesalahan dan kelemahan sendiri. Bersikap macam Fira'un dan Namrud. Apa yang mereka buat semua betul dan sempurna, orang lain semuanya salah. Bila merasakan diri tergugat dan rakyat mula membenci, maka digunakan pelbagai ugutan dan ancaman bagi mengekalkan kuasa.

Ianya berlaku kepada seluruh negara umat Islam yang diperintah oleh golongan sekular dan munafiq.

Jika di Eropah dan Amerika, tentera dan polis mereka digunakan untuk menjaga keselamatan rakyat dan memerangi musuh. Kita sendiri pernah melihat di kaca TV bagaimana rakyat mereka juga kerap berhimpun secara aman dan berdemonstrasi bagi menyatakan rasa tidak puashati terhadap sesuatu dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan tanpa sebarang gangguan dan kejadian yang tidak diingini. Malah pihak polis diarahkan menjaga keselamatan rakyat yang berhimpun secara aman. Tiada yang kena pukul dengan cotar, tiada semburan 'water cannon' dan tiada sebarang tangkapan dibuat. Semuanya berjalan lancar, aman dan damai.

Malangnya apa yang berlaku di negara umat Islam adalah sebaliknya. Termasuklah Malaysia negara jakun. Tentera dan Polis digunakan untuk membelasah rakyat sendiri dan melindungi musuh. Rakyat yang menyokong parti pembangkang dikenakan pelbagai sekatan, ugutan. Golongan ulama' amilin yang menyampaikan dakwah Islamiyyah kepada rakyat disekat, ditahan dan dilokap. Ada juga yang difitnah dengan tuduhan membawa ajaran sesat. Parti Islam dianggap sebagai musuh utama dalam negara. Pelbagai cara dan muslihat digunakan untuk menyekat kemaraan pengaruh PAS dalam masyarakat. Semuanya ini dilakukan oleh pemimpin UMNO sekular kerana mengikut telunjuk Amerika yang memang memusuhi Islam.

Sebab itulah saya katakan pemimpin sekular dalam negara umat Islam menggunakan pasukan keselamatan untuk membelasah dan menangkap rakyat sendiri, dalam waktu yang sama menjaga hati dan keselamatan musuh Islam. Lihat saja apa yang berlaku di Mesir, Jordan dan Arab Saudi. Semua pemimpin ketiga-tiga negara ini menjaga kepentingan Amerika dan menindas rakyat sendiri. Jika terdapat gerakan Islam yang dikenalpasti oleh Amerika sebagai 'pengganas', maka pemimpin Arab ini akan bertindak mengikut telunjuk 'rakan' mereka. Akan berlakulah penangkapan, pemenjaraan terhadap rakyat sendiri yang disyaki terlibat dalam gerakan Islam ini.

Begitulah juga yang berlaku di Malaysia. Serupa saja. Benarlah sebagaimana yang pernah disebutkan oleh DSAI bahawa Malaysia mengamalkan "Law Of The Jungle".

Polis Malaysia yang ada hari ini benar-benar dah jadi BARUA UMNO. Ini bukanlah satu yang pelik kerana anggota Polis yang ada hari ini 'sudah kenyang' dengan duit haram. Dari KPN sehinggalah anggota bawahan. Bayangkanlah daripada 1,000 anggota Polis, yang tak makan rasuah hanya seorang sahaja. Ini didedahkan sendiri oleh bekas anggota Polis sendiri. Bermakna 99.9 % Polis yang makan 'duit tepi' ini.

Mengikut kajian yang dibuat oleh Transparency International (Malaysia) bagi kedudukan ranking TIGA Jabatan Kerajaan paling buruk (juara) di segi rasuah adalah seperti berikut ;

Pertama : Polis Di Raja Malaysia (PDRM)
Kedua : Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)
Ketiga : Jabatan Kastam dan Eksais

Oleh kerana pasukan Polis yang ada hari ini telah diubah tugas utamanya kepada menjaga kepentingan dan keselamatan UMNO/BN dan para pimpinannya, justeru kadar jenayah yang berlaku dalam negara semakin meningkat.

Bayangkanlah, pemimpin UMNO yang dilaporkan rasuah, terlibat dengan pembunuhan dan pelbagai penyelewengan tidak pernah ditangkap atau didakwa. Sebaliknya orang yang membuat laporan tentang penyelewengan dan jenayah itu pulak yang didakwa dan ditahan.

Dia orang ingat Malaysia ini 'kepala bapak' dia punya ke ?

Para pemimpin UMNO/BN dan Polis diingatkan jangan terlampau tunjuk 'samseng' dengan rakyat. Sepatutnya mereka perlu insaf dan sedar kerana rakyat Malaysia masih boleh bersabar dengan segala kebiadapan mereka selama ini. Rakyat dari kalangan penyokong parti pembangkang masih patuh dan taat dengan arahan pimpinan mereka. Masih boleh sabar walaupun ditendang, dipukul dengan cotar, disembur air berasid dari water cannon, ditahan dan dilokap.

Tunggulah saat bila mana kebangkitan rakyat secara menyeluruh berlaku dalam PRU13 kelak. Jika diizinkan Allah dan Pakatan Rakyat memerintah, kami rakyat Malaysia yang ditindas selama ini akan menuntut agar seluruh pimpinan UMNO/BN yang rasuah, terlibat dengan jenayah dan penyelewengan mesti dihadapkan ke Mahkamah Rakyat. Begitu juga dengan Polis. Kami tidak rela manusia durjana seperti ini dibiarkan bebas begitu saja.

Anggota Polis kena sedar gaji yang dibayar kepada mereka setiap bulan adalah wang rakyat. Bukan duit UMNO. Rasuah yang diambil akan membawa mereka ke dalam Neraka.

Bertaubatlah wahai Polis.

Adios.

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger