Tuesday, March 3, 2009

PPSMI : Kebodohan & Kebangsatan Pimpinan UMNO

Tak tahulah apa lagi gelaran yang sesuai diberikan kepada puak-puak bangsat di kalangan pimpinan UMNO ni. Dahlah Islam ditolak, tulisan jawi dimansuhkan, hak orang Melayu dibuang, harta negara dan wang rakyat dirompak, peruntukan Sekolah Agama Rakyat disekat sebaliknya untuk sekolah Kristian diberi sehingga RM50 juta, pasal mengugut rakyat No.1, memfitnah orang dah jadi amalan biasa, orang yang dibunuh pun dah ramai, skandal seks sana-sini, menipu dalam pilihanraya sudah pasti dan pelbagai lagi perangai keji puak-puak iblis ni.

Sebut saja apa yang takde kat Malaysia ? Semuanya ada. Minyak, emas, perak, sawit, getah, kopi, koko dan pelbagai lagi industri yang merupakan pendapatan negara. Tapi apa yang berlaku pada ekonomi negara hari ini ? Lemah dan haprak. Hari ini ekonomi negara lemah dan jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan Korea Selatan dan Taiwan. Dulu Korea Selatan pernah belajar dari Malaysia tentang pembangunan ekonomi tetapi sekarang mereka telah mendahului Malaysia 5 tahun ke hadapan. Dengan Singapura tak payah cerita.

Kenapa ini boleh berlaku ?

Jawapannya mudah. Sebab Malaysia hari ini diperintah oleh golongan munafiq, tak amanah, penyamun dan perompak. Mereka jadikan Malaysia ni macam bapak dia punya. Segala perancangan dan dasar kerajaan yang dibuat hanya semata-mata untuk kepentingan peribadi, keluarga dan kroni mereka sendiri. Semuanya mesti 'masuk dalam kocek'. Sebut saja apa yang mereka tak sapu. Beli pesawat Sukhoi dan kapal selam Scorpene sapu RM 950 juta. Buat lebuhraya Utara Selatan, sapu berbilion ringgit, buat Putrajaya dapat 'rompak' ribuan juta, bina KLIA dapat lagi ratusan juta.

Begitulah juga dengan PPSMI ini. Semuanya 'masuk' kocek. Ini adalah idea dan dasar Mahathir. Si mamak tua nilah yang beriya-iya sangat mahu Matematik dan Sains diajar dalam Bahasa Inggeris. Alasan 'paling bodoh' yang diberikan kerana mahu meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan pelajar. Tak tahulah siapa yang dok ajar si mamak tua ni ? Sepatutnya kaedah pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris itu sendiri yang dipertingkatkan.

Untuk perlaksanaan PPSMI ini, kerajaan membelanjakan RM 3,000,000,000 (RM 3 bilion). Saya sengaja tulis angka sebenar sebab banyak orang Melayu UMNO ni bodoh Matematik. Dia ingat bilion ni sikit. Yang dia orang tahu cuma 'angguk' saja. Bajet yang sebesar ini digunakan untuk ;

1- Mencetak semula buku teks Matematik dan Sains ke dalam Bahasa Inggeris. Dari Tahun 1 hingga ke Tingkatan 5. Untuk urusan ini, syarikat percetakan milik kroni atau rakan sekutu yang boleh 'berkerjasama'. Nilai projek mencetak ni pun mencecah bilion ringgit.

2- Pembelian komputer riba dan set lengkap LCD Projector sebagai alat bantu mengajar. Dilaporkan harga yang ditetapkan oleh pembekal (kroni) kepada Kementerian Pelajaran bagi setiap 1 set lengkap (sebuah laptop Dell, LCD Projector dan Skrin) ialah RM 15,000. Sedangkan harga sebenar di pasaran hanya sekitar RM 7,500 sahaja. Mana pergi baki yang RM 7,500 ? Jawabnya masuk 'kocek'.

3- Kursus bagi guru-guru Matematik dan Sains serta dibayar elaun khas 'sengsara' mengajar dalam Bahasa Inggeris.

Semuanya adalah kerana duit. Masuk kocek. Sebab itulah golongan 'celaka' ini beriya-iya sangat mahu pertahankan PPSMI. Saya pinjam cakap Tuan Guru Haji Hadi. Manakala pelakon drama dan teater yang tak asing lagi, Khalid Salleh pula menggelar golongan ini sebagai 'baghal'.

Sudahlah pelajar-pelajar Bumiputera lemah dalam Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains. Kemudian diubah pula pengajaran dan pembelajaran ke atas dua matapelajaran ini dalam Bahasa Inggeris. Hasilnya pelajar yang 'bangang' semakin bertambah bangang jadinya. Untuk nak menyembunyikan kesilapan dan kelemahan dasar PPSMI, maka 'level' subjek Matematik dan Sains direndahkan lagi. Begitu juga soalan yang dibuat dalam PMR dan SPM, levelnya rendah bagi memastikan calon yang lulus biar ramai. Lepas tu 'berkokoklah' Menteri Pelajaran pondan dalam TV membuat kenyataan "Keputusan Matematik dan Sains meningkat. Bilangan calon yang lulus 86%. Ini membuktikan dasar PPSMI yang dilaksanakan oleh kerajaan berjaya."

Begitulah juga para pemimpin dan penyokong UMNO yang lain. Mereka tumpang 'berkokok' sama sedangkan anak-anak mereka sendiri pun 'bodoh' dalam Matematik dan Sains.

Kalau setakat lulus dengan markah D, nak buat apa. Diketawakan saja oleh para pelajar Cina yang memang dah terkenal dengan penguasaan mereka dalam dua matapelajaran ini.

Saya tahulah bagaimana level pelajar Melayu khususnya dalam subjek Matematik. Dengan pengalaman sepanjang 8 tahun mengajar Matematik Tingkatan 1, 3 dan 4, saya berani nyatakan di sini bahawa secara keseluruhan pelajar Melayu yang mampu menguasai subjek ini hanyalah sekitar 20% sahaja.

Saya masih ingat dalam tahun 1992, kerajaan UMNO melalui Kementerian Pendidikan telah mengubah syarat untuk lulus SRP. Jika sebelum itu, pelajar wajib lulus Bahasa Malaysia dan Matematik dalam SRP. Kemudian diubah kepada hanya wajib lulus Bahasa Malaysia sahaja.

Perubahan syarat ini jika dilihat secara kasar nampak macam elok kerana dapat mengurangkan bilangan pelajar Melayu yang gagal ke Tingkatan 4. Hakikatnya, tindakan ini menyebabkan pelajar Bumiputera semakin hilang minat untuk belajar Matematik. Sudahlah mereka lemah dan ditambah pula 'perangsang' tak perlu lulus Matematik dalam PMR. Boleh naik ke Tingkatan 4.

Saya masih ingat apabila syarat ini dikuatkuasakan, ramai pelajar yang bercakap dengan saya "Cikgu, senang hati kami kerana boleh naik ke Tingkatan 4 walau tak lulus Math."

Di sini saya nak dedahkan betapa ketinggalannya Sistem Pendidikan dalam negara kita jika dibandingkan dengan Singapura. Saya pernah melihat sendiri Buku Matematik yang digunakan oleh Kementerian Pendidikan Singapura. Sukatan Matematik Tingkatan 3 di Singapura sama dengan Sukatan Matematik Tingkatan 5 di Malaysia. Bermakna pelajar Tingkatan 3 di Singapura boleh menjawab soalan Matematik SPM.

Inilah akibatnya jika dibiarkan golongan manusia 'celaka' memerintah negara. Segala harta kekayaan milik negara dan rakyat dijadikan macam harta bapak mereka sendiri. Rakyat terpaksa 'membayar' dengan harga yang tinggi disebabkan kebodohan sebilangan lagi rakyat yang terus memilih pemimpin sebegini.

Tunggu dan lihat saja apa yang akan berlaku jika dibiarkan mereka terus berkuasa !

Jazakallah.

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger