Sunday, March 29, 2009

Mahathir 'Menajiskan' Dirinya ?

Kenapa Saya Tidak Hadir ?

1. Ramai kenalan saya yang fikir saya tidak hadir pembukaan mesyuarat Perhimpunan Agung UMNO kerana anak saya Mukhriz kalah pertandingan Ketua Pemuda.

2. Memanglah saya terasa sedih kerananya.

3. Tetapi sebab yang sebenar saya tidak hadir ialah oleh kerana Pemuda UMNO secara langsung dan terbuka merestui politik rasuah.

4. Mereka memilih sebagai ketua mereka seorang yang telah didapati bersalah menggunakan wang dan sogokan dalam usahanya untuk dipilih sebagai Ketua Pemuda. Samada dia dibenar bertanding atau tidak, tidak menidakkan dianya adalah perasuah.

5. Hukuman yang dijatuhkan kepada orang ini tidak setimpal dan adil kerana orang lain yang didapati bersalah sama sepertinya tidak dibenar bertanding.

6. Tidak pernah terjadi orang yang dikenali dan diakui umum sebagai perasuah oleh Lembaga Disiplin, oleh parti dan oleh orang ramai dipilih dan dijunjung tinggi sebagai ketua. Tetapi inilah yang dilakukan oleh Pemuda UMNO yang dahulu terkenal sebagai barisan hadapan dalam perjuangan UMNO.

7. Pemuda telah merosakkan imej UMNO dan imej orang Melayu sendiri. Rupa-rupanya duit lebih utama daripada bangsa dan negara. Apakah rakyat akan terima dipimpin oleh tokoh rasuah yang terkenal? Perbuatan merestui rasuah adalah satu pengkhianatan kepada bangsa Melayu dan negara Malaysia.

8. Juga saya hairan kenapa untuk mengira hanya 790 undi mengambil masa lebih dari enam jam?

9. Apakah pengira undi tidak tahu kira? Atau apakah sesuatu sudah diusahakan untuk menjayakan menantu Perdana Menteri. Ini menjadi soalan bukan daripada saya seorang tetapi oleh semua orang ramai. Tak usahlah Perdana Menteri bercakap berkenaan dengan menolak rasuah kerana menantu yang perasuah diberi keistimewaan luar biasa.

10. Ini juga menghakiskan lagi kepercayaan rakyat kepada UMNO.

11. Inilah sebab-sebabnya saya tidak hadir. Saya rasa diri saya akan tercemar jika saya berada dalam majlis yang disertai oleh orang yang mendukung amalan rasuah.

Mengapa Mahathir Datang Juga ke PWTC ?

Jika dilihat dari kenyataannya, Mahathir seolah-oleh sudah "berpatah arang berkerat rotan" dengan UMNO. Apa tidaknya. Dia tak mahu 'menajiskan' dirinya jika berada dalam majlis yang dihadiri oleh golongan 'manusia najis' perasuah'. Kelihatannya Mahathir sudah insaf dan taubat. Dia tidak rela jasad zahir dan batinnya tercemar dengan menghadiri Perhimpunan Agong Parti Najis tersebut. Tambahan pula hatinya dirobak-rabik dengan kecundangnya Mukhriz puteranya yang diletakkan harapan sebagai penyambung waris 'Mahathirisme' dalam UMNO.

Dengan tak semena-mena Mahathir berubah fikiran dan merelakan dirinya dicemar oleh 'najis' tersebut. Tengahari tadi kira-kira jam 12.30 dia telah 'mencemarkan' dirinya sendiri untuk hadir ke PWTC. Sewaktu sampai, Timbalan Presiden Parti 'Najis' yang baru, Muhyiddin Yassin sedang menyampaikan ucapan penggulungannya. Mahathir datang dengan bininya Hasmah dan duduk di tingkat atas di kerusi khas Pemerhati. Agaknya Mahathir hanya mahu dengar ucapan Muhyiddin yang dikira 'loyalty guy' padanya.

Dalam usia menjangkau 85 tahun, mungkin Mahathir sudah terkena simpton nyanyuk agaknya. Semenjak retired as PM, dia seolah macam 'insan kamil' yang bersih dari dosa dan kesalahan. Setiap katanya menggambarkan yang UMNO bersih dari rasuah sewaktu di bawah pimpinannya. UMNO hanya mula dicemari dengan noda rasuah pada zaman Pak Lah sehinggalah ke hari ini. Sebab itulah dia merasakan dirinya akan tercemar bila hadir ke PWTC.

Tak tahulah samada dia sedar apa yang diungkapkan ataupun sebaliknya. Memang Mahathir ni jenis 'Mamak Mudah Lupa'. Di zaman dialah bermulanya rasuah, kroni dalam UMNO. Adakah dia lupa tindakan 'jahatnya' memfitnah, mengaib dan memecat timbalannya Anwar Ibrahim dulu ? Semua orang tahu dia marahkan Anwar kerana enggan menolong anaknya Mirzan yang menghadapi hutang syarikat perkapalan kira-kira RM 400 juta. Sebenarnya Mahathir 'arahkan' Anwar selaku Menteri Kewangan menggunakan duit Perbendaharaan bagi menyelesaikan hutang anaknya. Namun Anwar enggan bersekongkol dalam hal ini kerana duit Perbendaharaan itu adalah wang rakyat. Atas sebab inilah Anwar difitnah dan akhirnya dipecat. Bukan setakat dipecat, dibelasah separuh mati dan dipenjarakan 6 tahun tanpa sebarang kesalahan.

Wahai Che Det, dosa hang terlampau besar. Hang muhasabahlah diri sendiri. Bertaubatlah... Apa yang hang dok lalui la ni merupakan balasan Allah di atas segala kesalahan hang selama ini.

Takde bezanya hang dengan Pak Lah maupun Najib... Serupa je. Cuma darjah kejahatan hangpa saja yang berbeza.

Adios.

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger