Monday, March 30, 2009

Khairy Cabaran Baru Pemuda PAS

Kemenangan menantu Pak Lah, Khairy Jamaluddin sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia yang baru menunjukkan pencalonan terbanyak tidak menjamin kemenangan. Kalau ikut atas kertas sepatutnya Mukhriz yang menang sebab dia dapat pencalonan terbanyak tetapi apa yang berlaku sebaliknya.

Beberapa faktor berikut mungkin mempengaruhi sikap perwakilan Pemuda UMNO untuk memilih Khairy sebagai 'kapten' mereka ;

1- memiliki keberanian (samseng) serta bersikap terbuka dalam menghadapi arus semasa.

2- ada ketabahan menghadapi segala kecaman dari pelbagai pihak terutamanya Mahathir yang sentiasa menghentamnya.

3- dilihat sebagai pemimpin yang mudah mesra dengan 'anak buah'.

4- kesediaannya datang ke Kelantan untuk 'debat terbuka' dengan Naib Presiden PAS, Hj Husam Musa dilihat berjaya menaikkan 'sahamnya' di mata para penyokongnya di kalangan Pemuda UMNO. Soal Khairy 'kalah' dalam debat ini bukan jadi ukuran.

5- sama-sekali tidak dibayangi oleh bapa mertuanya Pak Lah kerana dah nak berhenti Presiden UMNO

6- keberkesanan programnya yang telah berjaya menarik minat ramai golongan muda dan remaja. Antaranya MyTeam dan program 'Mat Rempit.

7- mendapat simpati perwakilan apabila dia 'dikacau' oleh SPRM.

Bagaimana Akhlak dan Kekayaan Khairy ?

Walaupun pelbagai pendedahan dibuat tentang perangai buruk Khairy serta kekayaan yang dimilikinya sewaktu Pak Lah sedang 'bertakhta', namun semuanya ini 'tidak laku' di kalangan ahli UMNO dan para penyokongnya. Berbuih mulut Mahathir menghentamnya namun tidak mampu mengubah sokongan pemuda padanya. Sudah tentu Mahathir yang paling 'frust menonggeng' kerana anaknya kalah. Bukan setakat kalah malah mendapat undi paling sedikit. Punyalah malu dan bengangnya bapak si Mukhriz ni. Apa taknya, Mukhriz mendapat pencalonan terbanyak tetapi undi paling corot.

Tentang akhlak, dalam UMNO tak penting. Yang penting kaya. Khairy ada ciri ini. Dia juga dilihat masih muda, berpengaruh, berani (samseng), mampu berdepan dengan 'musuh utama' mereka, khususnya Pemuda PAS. Advantagenya, Khairy diyakini mampu 'menarik' lebih ramai golongan muda dan remaja untuk bersama dengan UMNO ekoran daripada kejayaan beberapa program yang telah dilaksanakannya sebelum ini. Khabarnya Khairy juga dikenali sebagai orang yang mudah didekati dan mesra di kalangan pemuda.

Samada kemenangan Khairy ini ada kaitan dengan 'Politik Wang', itu bukan persoalannya. UMNO memang sudah sinonim dengan 'wang'. Bagi mereka 'rasuah politik' bukan lagi satu dosa. Ianya sudah menjadi 'perkara wajib' dalam UMNO. Tanyalah para perwakilan yang pernah pergi ke Perhimpunan Agong UMNO sewaktu ada pemilihan, semuanya akan berkata "Untung jadi perwakilan ni sebab dapat durian runtuh".

Now, Khairy sudah menjadi Ketua Pemuda UMNO Malaysia yang baru. Kebarangkalian akan dilantik sebagai Menteri Penuh memang ada dalam rombakan kabinet nanti. Sudah tentu dia akan membuat satu perubahan besar dalam pemuda dan akan menghapuskan 'sindrom' ketua terdahulu, Hishamuddin. Khairy juga tidak akan menghunus keris macam si pondan ketua terdahulu. Langkah awal Khairy sudah tentu dia akan menjadi orang yang 'taat' pada Maharaja Jib (Najib Razak). Kita akan lihat apakah 'first step' Khairy dalam Pilihanraya Kecil 7 April ini. Adakah dia akan meneruskan sikap 'samsengnya' atau sebaliknya ? Kita tunggu sajalah aksinya.

Perlu diakui, dengan kuasa, kekayaan dan pengaruh yang ada pada dirinya, Khairy dijangka mampu untuk menarik lebih ramai generasi muda untuk bersama dengan Pemuda UMNO. Percentage ini tinggi dilihat dari perspektif golongan remaja dan muda sekarang lebih minat dengan aktiviti dan program yang menyeronokkan mereka. Di sudut ini pemuda UMNO mampu merealisasikan impian dan minat mereka. Ianya berlaku di semua peringkat dari peringkat sekolah sehinggalah ke pusat pengajian tinggi. Kita sendiri dapat melihat senario ini. Segala tingkah-laku dan akhlak remaja dan pemuda masa kini jelas menggambarkan ke mana arahnya kecenderungan mereka.

Apakah cabaran kepada Pemuda PAS ?

Hakikat yang perlu diakui, kemenangan Khairy ini tidak boleh dipandang ringan oleh Pemuda PAS Pusat. Secara kebetulan, Pemuda PAS juga akan memilih ketua mereka yang baru dalam Muktamar Agong PAS yang berlangsung dalam bulan Jun ini.

Diharap Ketua Pemuda PAS Pusat yang baru mampu 'mengemudi' anak kapalnya dalam menyelusuri arus dan gelombang yang semakin mencabar pada masa kini dan mendatang. Selain diyakini sebagai seorang yang beriman dan bertaqwa, bakal Ketua Pemuda PAS yang baru mestilah memiliki kebijaksanaan dalam setiap keputusan dan tindakan yang diambil. Matang dalam berpolitik di peringkat nasional maupun antarabangsa. Teringat kata Naib Presiden PAS, Hj Mohamad Sabu yang melahirkan kebimbangannya tentang barisan pelapis pemimpin muda yang ada sekarang.

Perlu disedari dalam mendepani pengaruh Khairy Jamaluddin sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia bukanlah satu perkara mudah. Bukanlah satu tindakan yang cerdik jika PAS hanya menggunakan isu kekayaan Khairy (kerap disebut oleh Mahathir) sebagai modal untuk menjatuhkan kredibilitinya. Sudah terbukti di depan mata kita bahawa rasuah dan politik wang bukanlah satu perkara yang salah dalam UMNO. Ianya sudah menjadi satu perkara biasa dan ahli UMNO sendiri tak pernah ambil kisah pun.

Bagaimana dengan Pak Lah ?

Sebenarnya kemenangan Khairy ini secara tidak langsung memberi 'signal' jelas kepada Pak Lah yang dia masih diperlukan dalam UMNO. Cumanya Pak Lah 'melatah' bila Najib beritahu dia tentang laporan SB yang mengatakan sokongan ahli UMNO padanya tinggal 50-50. Kesian Pak Lah, awal-awal lagi Najib dan 'kenakan' dia.

Lastly, just wait and see what will happens soon...

Adios.

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger