Thursday, March 19, 2009

Kes Altantuya : Najib Tak Layak Jadi PM ?

Baru-baru ini bekas Menteri Kehakiman, Zaid Ibrahim membuat kenyataan terbuka menggesa Yang Dipertuan Agong tidak melantik Najib sebagai Perdana Menteri. Kenyataan ini dibuat sewaktu berucap dalam satu majlis di Kelab Rotary. Zaid juga menyentuh tentang isu komisen RM400 juta hasil pembelian kapal selam oleh Kementerian Pertahanan yang dibayar kepada syarikat milik Razak Baginda. Menteri Pertahanan ketika itu ialah Najib.

Kata Zaid masih banyak lagi Ahli Parlimen UMNO yang boleh dipilih untuk jadi PM sebab jawatan PM tidak semestinya disandang oleh Presiden UMNO. Tiada termaktub dalam Perlembagaan bahawa Presiden UMNO mesti jadi PM.

Zaid menggesa Yang Dipertuan Agong membuat pertimbangan yang sebaiknya untuk melantik Perdana Menteri demi kepentingan agama, negara dan rakyat. Bakal PM mestilah orang yang bersih rekodnya dalam Kabinet, kerajaan dan peribadinya. Tidak boleh melantik bakal PM yang rekodnya dicurigai, banyak masalah kontroversi, rasuah dan penyelwengan apatah lagi ada terlibat dalam jenayah, katanya lagi.

Itu adalah pandangan peribadi Zaid Ibrahim.

Najib Memang Tak Layak Jadi PM

Walaupun dinafikan oleh Najib dan Rosmah bahawa mereka tidak terlibat dengan kes pembunuhan Altantuya, namun segala pekong mereka sudah terlampau busuk. Tak boleh nak ditutup lagi.

Pendedahan yang dibuat oleh penyiasat persendirian P.Balasubramaniam a/l Perumal melalui Akuan Bersumpahnya benar-benar membuka segala pekong Najib. Bala dilaporkan menarik semula kenyataannya berkaitan Najib, namun segalanya telah pun terdedah. Kita semua tahu Bala ditekan dan diugut oleh pihak berkuasa agar menarik balik semula kenyataannya. Dari akuan bersumpahnya jelas menunjukkan beliau sendiri ditahan sebanyak 2 kali untuk disoalsiasat atas dakwaan mengugut dan membunuh. Bala sendiri mengaku apabila dia mahu tandatangan semua kenyataannya yang direkod oleh Polis tetapi dibatalkan. Kenapa ?

Kita jangan lupa bagaimana kes Norita Samsuddin. Media digunakan untuk menggambarkan seolah-olah Norita seorang pelacur kelas atasan. Akhirnya terdedah juga yang semuanya itu direka-reka semata-mata untuk menyembunyikan hubungan Norita dengan seorang VVIP. Yang jadi kambing hitam ialah Hanif Basri. Watak Hanif Basri direka untuk menyembunyikan individu VVIP tersebut. Yang menjadi persoalannya di sini mengapa Norita dibunuh.

Begitu juga dengan kes Altantuya ini. Sebelum ini Altantuya digambarkan sebagai seorang model bogel. Media perdana digunakan untuk menayangkan gambar model yang didakwa sebagai Altantuya. Seluruh rakyat Malaysia diperbodohkan oleh UMNO dan media mereka. Rupanya model wanita seksi yang ditayangkan dalam TV tu sebenarnya seorang model daripada Korea. Bukannya Altantuya.

Betapa hina dan jijiknya perangai pimpinan UMNO yang sanggup melakukan apa saja demi menyembunyikan kejelekan mereka. Mereka ingat segala yang dirancang akan berjaya menyembunyikan segala fakta, namun apa yang berlaku sebaliknya. Segalanya terdedah satu-persatu.

Fakta Kes Altantuya

1- Najib memberitahu rakannya Razak Baginda bahawa dia pernah mengadakan hubungan seks dengan Altantuya.

2- Najib meminta Razak Baginda menjaga Altantuya termasuk memberi bantuan kewangan dan segala keperluan yang diminta. Najib tak mahu Altantuya mengganggu karier politiknya lebih-lebih lagi apabila menjawat jawatan TPM dan sekarang bakal menjadi PM.

3- Razak Baginda sendiri memberitahu Balasubramaniam bahawa Najib yang perkenalkan Altantuya kepadanya di Singapura.

4- Razak Baginda sendiri beritahu bahawa dia, Najib dan Altantuya pernah makan malam bersama di Paris.

5- Altantuya dijanjikan oleh Najib sejumlah komisen USD 500,000 kerana membantu urusan perjanjian pembelian kapal selam Scorpene. Tugas Altantuya sebagai jurubahasa dalam rundingan tersebut.

6- Altantuya datang ke Malaysia setelah mengetahui syarikat Armaris telah membayar komisen berjumlah Euro 114 juta (RM 500 juta) kepada syarikat milik Razak Baginda Perimekar Sdn. Bhd. Kedatangannya adalah semata-mata untuk mengambil wang komisen yang telah dijanjikan.

Persoalannya

1- Mengapa Razak Baginda risau bila memikirkan yang Altantuya akan datang ke Malaysia ?

2- Mengapa Razak Baginda tidak segera membayar wang komisen USD 500,000 itu kepada Altantuya sewaktu syarikatnya Perimekar Sdn. Bhd. menerima bayaran komisen RM500 juta ?

3- Adakah Razak Baginda takut kepada Rosmah Mansor yang menghalang pembayaran tersebut ?

4- Bolehkah diterima oleh akal yang Altantuya dibunuh hanya semata-mata kerana wang komisennya yang berjumlah USD 500,000 ?

5- Mengapa rekod kemasukan Altantuya ke Malaysia dipadam daripada rekod Imigresen ?

6- Mengapa Sirul Azhar Omar menyebut "Saya hanyalah mangsa kambing hitam yang harus dikorbankan untuk kepentingan orang lain. Orang yang bersalah tidak ada dalam mahkamah ini...."

7- Mengapa YB Zulkifli Nordin (bekas peguam Cif Inspektor Azilah Hadri) yang mengundurkan diri daripada kes ini menyebut ".......... kes ini melibatkan pihak ketiga (berprofil tinggi)".

8- Mengapa ADC Najib, DSP Musa Safri (bos Azilah Hadri dan Sirul Azhar) tidak dipanggil ke mahkamah untuk memberi keterangannya ?

9- Dalam UTK, Azilah Hadri dan Sirul Azhar dari unit pemusnah bukti. Mungkin mereka berdua hanya ditugaskan untuk meletupkan saja mayat Altantuya. Kita semua tahu yang Altantuya telah dibunuh terlebih dahulu sebelum mayatnya diletupkan. Jadi, siapa pembunuh sebenar Altantuya yang menembak di kepalanya ?

10- Sewaktu dibunuh, Altantuya sedang mengandung 3 bulan. Anak siapakah itu ?

11- Mengapa Hakim dan Pendakwaraya ditukar semasa kes Altantuya sedang dibicarakan di mahkamah ?

Motif Pembunuhan Altantuya

Tidak dinafikan motif sebenar pembunuhan Altantuya ini ada bersangkut-paut dengan Najib Razak. Sebagaimana pernah didedahkan oleh RPK dalam blognya bahawa Rosmah yang bertanggungjawab mengarahkan agar Altantuya dibunuh.

Jika diselusuri 'track record' Rosmah Mansor sebelum ini, memang semua pihak mengenalinya sebagai seorang wanita yang sanggup melakukan apa saja demi mencapai cita-citanya. Sewaktu Najib menjadi MB Pahang dulu, semua orang tahu bagaimana Rosmah menggoda Najib sehingga Najib tersungkur di pangkuannya. Rosmah sanggup mengupah seorang doktor untuk membuat laporan palsu yang mengatakan isteri Najib ketika itu Tengku Puteri Zainah binti Tengku Eskandar ada masalah mental. Ringkasnya, Najib percaya dengan fitnah Rosmah lalu menceraikan isterinya. Rosmah juga ketika itu telah bersuami. Akhirnya bersatulah antara si duda dan janda ini.

Dari sudut logik, mungkin benar Rosmah yang arahkan pembunuhan Altantuya ini. Rosmah tahu pasal hubungan seks Najib dengan Altantuya. Sebenarnya Rosmah tak kisah hal ni sebab Najib pun tahu pasal skandal seks dia. Ringkasnya pasangan ini memang ideal. Pandai makan, pandai simpan. Yang paling membimbangkan Rosmah jika Najib tidak jadi PM. Inilah yang paling menakutkannya sebab gagalnya Najib jadi PM bermakna dia juga akan 'kempunan' untuk jadi First Lady.

Rosmah melihat kedatangan Altantuya ke Malaysia boleh mengganggu-gugat kredebiliti Najib sebagai Timbalan Perdana Menteri apatah lagi ianya melibatkan isu rasuah RM500 juta hasil daripada pembelian kapal selam Scorpene yang melibatkan suaminya.

Tindakan Altantuya mengupah penyiasat persendirian untuk mengugut Razak Baginda agar membayar wang komisen tersebut dilihat sebagai satu 'tekanan' secara tidak langsung kepada Najib sebagai TPM. Sudah tentu Rosmah berfikir situasi ini tidak boleh dibiarkan berterusan kerana ianya boleh menggugat kedudukan Najib sebagai orang No.2 negara. Seterusnya menjadi penghalang Najib untuk menaiki takhta kerusi No.1. Demi menuruti kerakusan hawa nafsunya sejak zaman muda lagi, Rosmah merasakan bahawa Altantuya perlu 'dibereskan segera' sebelum keadaan menjadi lebih buruk. Dia tahu Altantuya tidak akan balik ke Mongolia selagi belum menerima komisen USD 500,000. Namun dia juga yang menghalang sebarang pembayaran dibuat pada Altantuya kerana sifat cemburu, dengki dan tamaknya.

Ringkasnya, datanglah sang iblis membisikkan ke telinganya "Hai Rosmah, kau bunuh saja Altantuya tu. Jika kau tak hapuskan dia, aku bimbang dia akan bocorkan rahsia suami kau. Akhirnya suami kau akan jatuh dan tiada peluang untuk jadi PM. Apa yang kau takut, suami kau kan orang No.2 paling berkuasa dalam Malaysia. Sudah tentu Polis mengikut arahannya. Semuanya boleh diatur dengan baik. Kau sendiri pun mengidam untuk jadi First Lady".

Layakkah Najib Jadi PM ?

Kes pembunuhan Altantuya merupakan kemuncak bagi segala keburukan rekod Najib Razak sebagai Timbalan Perdana Menteri dan juga mantan Menteri Pertahanan. Rasuah dan penyelewengannya sudah tak boleh ditutup lagi. Kes khalwatnya dengan seorang artis di Negeri Sembilan dulu diketahui umum. Tanyalah pada Mohd.Isa Samad. Dia boleh ceritakan. Menyalahgunakan kuasanya sebagai TPM untuk mengugut dan membeli wakil rakyat Pakatan Rakyat. Memberitahu rakan baiknya Razak Baginda yang dia pernah melakukan hubungan seks dengan Altantuya.

Layakkah orang seperti Najib Razak ni jadi Perdana Menteri Malaysia ke-6 ???

Selamatkan Malaysia

Adios.

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger