Friday, March 20, 2009

Kes Altantuya : Wajah Azilah Hadri & Sirul Azhar

Sejak hari pertama mereka berdua ditangkap sehinggalah ke hari ini tiada sesiapa di kalangan kita dapat mengenali atau mengecam wajah 2 anggota Polis yang didakwa membunuh Altantuya. Orang hanya tahu nama mereka saja sebagai Azilah Hadri dan Sirul Azhar.

Siapa pun dalam dunia ini yang terlibat dengan kes jenayah, apabila di bawa ke mahkamah pasti akan menyorokkan muka mereka dengan pelbagai cara bagi mengelakkan dirinya dari dikenali ramai. Lebih-lebih lagi bila ada wartawan yang menunggu di mahkamah untuk 'snap' gambar mereka. Yang pelik tu pandai pulak ya mereka malu. Masa buat jenayah sikit pun tak rasa takut dan malu pada Allah yang Maha Melihat.

Cara Azilah Hadri dan Sirul Azhar menutup muka mereka agak pelik sikit. Habis dibungkus kepala mereka dengan baju atau memakai 'mask'. Mereka benar-benar tak mahu umum mengenali wajah mereka berdua. Dengar khabar dalam mahkamah pun muka mereka ditutup. Maklum sajalah terlibat dengan kes pembunuhan berprofil tinggi. Seluruh dunia mengikuti perkembangan kes ini. Rakyat Malaysia pula memang teringin sangat nak tengok muka orang yang di dakwa membunuh Altantuya ini.

Dengan pendedahan oleh berbagai pihak sebelum ini telah menyebabkan kes ini semakin menarik minat umum. Lebih menarik lagi apabila kes pembunuhan kejam Altantuya ini melibatkan TPM Najib Razak dan isterinya Rosmah. Hakikat yang perlu diakui majortiti rakyat Malaysia maupun masyarakat antarabangsa menyakini pasangan No.2 negara ini memang terlibat secara langsung. Walau penafian dibuat, namun rakyat negara ini semakin matang.

Apabila sebuah akhbar terkenal Peranchis, French Liberation membuat pendedahan yang benar-benar mengejutkan semua pihak berhubung dengan konspirasi yang wujud dalam pembunuhan ini. Pendedahan terperinci ini menyebabkan Najib dan Rosmah diserang 'demam terkejut'. Demam kerana bimbang hajat untuk jadi PM tak kesampaian.

Berbalik kepada Azilah dan Sirul. Beberapa 'conclusion' boleh kita buat tentang mereka berdua. Antaranya seperti berikut ;

1- Bukan mereka yang membunuh Altantuya dengan menembak di kepala. Ada pihak lain yang diarahkan untuk membunuh.

2- Mungkin mereka berdua hanya diarahkan oleh pihak atasan untuk melenyapkan tubuh mayat Altantuya dengan meletupkannya dengan 'C-4 explosive'. Mereka berdua dari unit pemusnah bukti UTK Bukit Aman.

3- Mungkin juga mereka berdua tidak terlibat langsung samada membunuh atau meletupkan. Mereka hanya diarahkan untuk membawa Altantuya dari rumah Razak Baginda ke Bukit Aman pada malam terakhir sebelum dibunuh.

4- Mungkin mereka hanya dijadikan 'kambing hitam' demi untuk melindungi individu-individu sebenar yang terlibat.

5- Di akhir perbicaraan, mereka berdua didapati bersalah dan mahkamah menjatuhkan hukuman mati.

Sesiapa pun boleh mengagak yang Azilah Hadri dan Sirul Azhar akan didapati bersalah membunuh Altantuya dan mahkamah menjatuhkan hukuman mati. Tersiarlah di dada akhbar dengan tajuk besar "Azilah dan Sirul bersalah dan dijatuhkan hukuman mati". Maka percayalah rakyat Malaysia yang dungu (ahli UMNO) dengan berita akhbar penipu milik UMNO. Puas hati orang UMNO kerana segala dakwaan pembangkang tentang penglibatan Najib dalam kes pembunuhan Altantuya tidak benar sama-sekali.

Bagaimana pula dengan Azilah dan Sirul ? Adakah mereka akan dihukum gantung ? Mungkin tidak. Mereka berdua akan dihukum penjara seumur hidup. Selepas beberapa tahun mungkin akan dibebaskan dan menjalani kehidupan normal seperti biasa. Walaupun hati sakit dijadikan 'kambing hitam' namun mereka terpaksa melalui situasi sukar ini atas rancangan jahat pihak atasan. Sebagaimana kata Sirul Azhar dalam mahkamah semasa prosiding membela dirinya :

"Saya tidak bersalah. Saya hanya sekadar kambing hitam yang harus dikorbankan untuk melindungi rancangan dan niat mereka yang tidak berada dalam mahkamah ini untuk menghadapi pertuduhan".

"Saya tidak mempunyai sebarang sebab untuk mencederakan apatah lagi mengambil nyawa mangsa dengan begitu kejam,”

“Saya merayu kepada mahkamah yang kini berada di dalam kedudukan dan mempunyai kuasa untuk menentukan hidup dan mati saya, agar tidak menghukum saya sekaligus menyempurnakan perencanaan mereka terhadap saya".

Jika benar Azilah Hadri dan Sirul Azhar tidak bersalah, kita berdoa' semuga Allah menyelamatkan mereka berdua.

Jazakallah.

1 comment:

anna said...

ATAU mungkin sirul n azilah akan di'gantung' smpai mati tp kemudian dibebaskan senyap2 n diberikan identiti baru, wang US$5mil sorang dan jadi warganegara Brazil (US,eropah,dll negeri omputeh x boleh la..menonjol sgat nanti.org2 amerika selatan ni serupa skit dgn org kita)..seronoknyeee

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger