Sunday, August 31, 2008

Gerakan Freemasons Yahudi Telah Lama Bertapak di Malaysia

Artikel ini memang aku tujukan khas kepada seluruh umat Islam yang masih lagi menyokong UMNO/BN. Tak kiralah siapa mereka. Ahli UMNO ke, ABIM ke, JIM ke, Tabligh ke, NGO Islam ke, tak berparti ke. Kau orang kena baca tulisan aku ni. Aku bukannya dari spesis penulis macam Usman Awang atau Prof Shahnon Ahmad. Jadi gaya bahasa aku tidak menarik. Seperkara lagi, aku dari spesis "straight to the point". Yang penting boleh faham.

Pada PRU12 lalu, hampir seluruh kawasan Parlimen dan DUN yang majoriti pengundinya Melayu dimenangi oleh BN. Kecuali di Kelantan. Ini menunjukkan bahawa orang Melayu masih lagi setia bersama UMNO/BN. Di Johor, tak payah ceritalah. Orang UMNO Johor nak "mati syahid" dalam UMNO. Mengikut Islam Hadhari, semua ahli UMNO adalah ahli syurga. Sebab tulah mereka takkan tinggalkan UMNO.

Bagi kita pula, hanya Islam yang dibawa oleh Rasulullah SAW sahajalah yang betul. Hari ini terdapat pelbagai fahaman dan kumpulan sesat yang sedang berkembang dalam negara kita. Islam Liberal, Islam Pragmatis, Islam Hadhari dan pelbagai istilah yang digunakan untuk mengelirukan umat Islam dibiarkan menular tanpa sebarang sekatan oleh pihak kerajaan UMNO/BN. Manakala pertubuhan seperti IFC, Jamaah Al-Qur'an Malaysia dan Sister In Islam, semuanya ini adalah pertubuhan anti-Islam. Dibelakang mereka ialah Pertubuhan Freemasons yang didalangi oleh Yahudi Zionis.

Fakta sejarah membuktikan bahawa puak pemimpin UMNO memang bersekongkol dengan Yahudi.

Pada 25 Oktober 1978, sebagai Ahli Parlimen Pengkalan Chepa, Tuan Guru Nik Aziz telah mengemukakan satu soalan tentang Pertubuhan Freemasons di Malaysia yang menggemparkan semua Ahli Parllimen BN waktu itu. Perdana Menteri ketika itu ialah Tun Hussein Onn.

Dalam soalan tersebut, Tuan Guru mengemukakan "Mengapa Kerajaan Malaysia tidak mahu mengharamkan pertubuhan itu yang semua orang telah jelas bahawa ia bercanggah dengan 'Aqidah Islam."

Perdana Menteri Tun Hussien Onn menjawab dengan mengatakan bahawa Kerajaan Malaysia tidak bercadang langsung untuk mengharamkan pertubuhan ini (Freemasons) walaupun mengakui ianya bercanggah dengan 'Aqidah Islam.

Tuan Guru mendedahkan bahawa sehingga tahun 1977, sebanyak 55 Pertubuhan Freemasons telah berjaya didaftarkan secara sah di bawah Akta Pertubuhan 1966 dengan keanggotaannya mencecah jumlah 2,984 orang ahli. Tuan Guru juga menyatakan rasa kekhuatirannya kerana golongan yang terbabit bukanlah calang-calang orangnya. Ahli-ahlinya terdiri daripada golongan elit dalam pentadbiran Kerajaan Malaysia.

Dalam tahun 1986, pembangkang mendedahkan bahawa Dr.Mahathir telah membayar berjuta-juta ringgit kepada sebuah syarikat Yahudi yang bernama Saatchi & Saatchi untuk membantu UMNO merangka Strategi Pilihanraya Umum 1986.

Sudah jelas lagi tersuluh bahawa pemimpin UMNO memang bersekongkol dengan Yahudi. Memang itulah sifat golongan munafik. Mereka sanggup melakukan apa sahaja demi mencapai matlamat mereka. Untuk menutup tembelang kemunafikan mereka, hari ini mereka mula membuat serangan terhadap Anwar Ibrahim dengan menuduh Anwar sebagai agen Yahudi.

Perlu berhati-hati dengan puak-puak munafik ini. Apa yang mereka perkatakan adalah berlawanan dengan kedudukan sebenar. Jika mereka menuduh seseorang sebagai agen Yahudi, jangan terpedaya. Hakikatnya merekalah agen Yahudi yang sebenar.

Baru-baru ini Shafie Afdal menegaskan bahawa tidak ada seorang pun Ahli Parlimen dari Sabah akan melompat parti. Kita tunggu dan lihat. Adakah kenyataan ini benar atau sebaliknya.

Kepada para penyokong UMNO, fikirkanlah samada anda mahu terus menyokong UMNO/BN ataupun sebaliknya. Tepuk dada tanya iman. Jangan tunggu sehingga nyawa dah nak dicabut baru nak menyesal.

Adalah menjadi kewajipan kita sebagai umat Islam untuk mengenalpasti siapa musuh kita yang sebenarnya. Masih belum terlambat untuk berhijrah.

Jadikan kehadiran Ramadhan ini sebagai titik permulaan ke arah perubahan.

Selamat Berpuasa.








1 comment:

suhardi said...

setuju sangat.. orang umno dah lama tahu tapi mereka saja tak nak kacau atas faktor karier politik mereka

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger