Sunday, August 24, 2008

Permatang Pauh - Anwar Dilagakan Dengan Haji Hadi

Terkini suasana kempen Piliharaya Kecil Permatang Pauh semakin hangat. 'Perang' antara Pakatan Rakyat dan BN semakin 'panas'.

Anwar sudah tentu akan meneruskan 'Agenda Rakyat' di dalam kempennya serta pendedahan berhubung kepincangan dan penyelewengan pentadbiran kerajaan Pak Lah. Pengundi Permatang Pauh pula memang sudah lama menanti kepulangan 'wira' mereka. Wira yang mereka kasihi sejak dahulu lagi. Kita yakin pengundi Permatang Pauh tidak akan terpengaruh dengan fitnah liwat serta sumpah laknat yang dibuat oleh Saiful. Kita tunggu saja keputusan pada 26 Ogos ini.

BN pula sudah pasti akan meneruskan 'taktik kotor' mereka bersama 'sekutu jahatnya' Pengerusi SPR. Wang pastinya ditabur, pengundi hantu diarahkan 'bangkit dari kubur'. Menteri-menteri diarahkan menziarahi pengundi di rumah, kemudian minta sejadah nak tumpang sembahyang di setiap buah rumah supaya dilihat 'baik dan warak' oleh pengundi. Sembahyang Zohor dan Asar sampai 5 kali. Dilaporkan pada kali ini UMNO/BN menggunakan jentera Puteri UMNO dengan wajah cantik dan berpakaian seksi untuk menarik perhatian pengundi supaya menoleh ke arah mereka. Inikah parti yang kita nak harapkan untuk bela Islam ? Semakin terserlah kemunafikan UMNO. Bagi mereka 'matlamat menghalalkan cara'.

Pengalaman saya sewaktu Pilihanraya Kecil Kuala Berang, anak Pak Lah si Nori (bini Khairy) pakai tudung kepala supaya pengundi tengok anak PM tutup aurat. Pak Lah pula waktu itu baru jadi PM dengan Islam Hadhari dan kata pujangganya 'Aku mencari Al-Ghazali'.

Seperti yang dilaporkan oleh Harakahdaily hari ini, BN melalui media utama mereka terus menerus cuba melaga-lagakan Anwar dengan Presiden PAS supaya kelihatan Pakatan Rakyat berpecah. Saya melihat tindakan ini menunjukkan BN semakin desperate (terdesak) bagi meraih undi ekoran fitnah liwat dan sumpah laknat Saiful terhadap Anwar tidak memberi kesan pada sikap pengundi Permatang Pauh.

Saya tidak merasa kaget dengan tindakan UMNO/BN ini. Allah s.w.t. telah memberitahu kita tentang sikap dan perangai puak-puak munafik ini di dalam kitabNya menerusi Surah Al-Munafiqun (63): ayat 2 hingga 5 ;

2. Mereka menjadikan sumpahnya sebagai perisai, (untuk menyelamatkan dirinya dan harta bendanya daripada dibunuh atau dirampas), lalu mereka menghalangi (dirinya dan orang lain) dari menurut jalan Allah. Sesungguhnya amatlah buruk apa yang mereka telah kerjakan.
3. Yang demikian kerana mereka mengaku beriman (di hadapan orang-orang Islam) kemudian mereka tetap kafir sesama sendiri, maka dengan sebab itu dimeteraikan atas hati mereka; lalu mereka tidak dapat memahami (yang mana benar dan yang mana salah).
4. Dan apabila engkau melihat mereka, engkau tertarik hati kepada tubuh badan mereka (dan kelakuannya); dan apabila mereka berkata-kata, engkau juga (tertarik hati) mendengar tutur katanya (kerana manis dan fasih). (Dalam pada itu) mereka adalah seperti batang-batang kayu yang tersandar (tidak terpakai kerana tidak ada padanya kekuatan). Mereka (kerana merasai bersalah, sentiasa dalam keadaan cemas) sehingga menyangka tiap-tiap jeritan (atau riuh rendah yang mereka dengar) adalah untuk membahayakan mereka. Mereka itulah musuh yang sebenar-benarnya maka berjaga-jagalah engkau terhadap mereka. semoga Allah membinasa dan menyingkirkan mereka dari rahmatNya. (Pelik sungguh!) Bagaimana mereka dipalingkan (oleh hawa nafsunya dari kebenaran)?
5. Dan apabila dikatakan kepada mereka: " marilah (bertaubat) supaya Rasulullah meminta ampun (kepada Allah) untuk kamu", mereka (enggan sambil) menggeleng-gelengkan kepalanya; dan engkau melihat mereka berpaling (dari bertaubat) serta mereka berlaku sombong angkuh.

Kita yang mengaku sebagai hambaNya janganlah merasa diri kita hebat sebagai seorang Ahli Politik atau sebagai YB atau sebagai Exco sehingga merasakan kemenangan besar Pakatan Rakyat dalam PRU12 lalu disebabkan usaha kita semata-mata. Kita bimbang Allah s.w.t akan menarik balik kemenangan ini jika kita melupakanNya.

Sejarah telah membuktikan bahawa kemenangan tentera Islam dalam peperangan bukan kerana ramai tetapi KEIMANAN DAN KETAQWAAN mereka pada Allah.

Semuga Allah s.w.t akan memberikan kemenangan kepada DSAI dan Pakatan Rakyat.

Sekian.

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger