Thursday, August 28, 2008

Penyokong Kezaliman Akan Dihalau Dari Telaga Kautsar

Umat Islam sedia maklum bahawa di Akhirat kelak ada sebuah telaga yang dinamakan Kautsar. Telaga ini juga dipanggil "Khaudhun Nabi" iaitu telaga yang dikurniakan oleh Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w.

Barangsiapa di kalangan umat Rasulullah yang diizinkan Allah untuk meminum air dari telaga Nabi ni, nescaya mereka tidak akan haus buat selamanya. Seperkara lagi. ianya sebagai isyarat daripada Allah bahawa golongan yang dapat minum air telaga ini pasti akan berbahagia hidupnya di sana.

Bukan semua orang yang dapat meminumnya. Hanya di kalangan mereka yang benar-benar beriman dengan 'aqidah yang tulen serta beramal soleh, menjadi hamba Allah yang mukmin dan muttaqin sahaja yang dapat mendekati dan menghirup air dari telaga Nabi kita ini.

At-Tarmizi meriwayatkan sebuah hadis daripada Ka'ab bin 'Ujrah, katanya : Pada suatu hari Rasulullah SAW bersabda : "Wahai Ka'ab, aku memohon perlindungan daripada Allah Ta'ala supaya melindungimu daripada pemerintah yang datang selepas aku.

Barangsiapa yang mendatangi pemerintah di kediaman rasmi mereka serta membenarkan pembohongan para pemerintah dan menolong segala kezaliman mereka, sesungguhnya mereka bukan daripada umatku. Dia tidak dapat menemui aku dan menghampiri telagaku di Akhirat kelak.

Barangsiapa yang terpaksa pergi ke istana pemerintah sedangkan dia tidak membenarkan pembohongan pemerintah dan tidak membantu kezaliman pemerintah, sesungguhnya aku adalah sebahagian daripadanya."

Kita semua sedar bahawa dalam negara ini juga ramai golongan manusia yang suka menjadi pengampu kepada pemerintah dengan tujuan untuk mendapatkan habuan duniawi semata-mata. Mereka sanggup buat apa saja termasuklah membenarkan segala pembohongan pemerintah dan menyokong segala bentuk kezalimann yang dilakukan.

Bagi golongan seperti ini, mereka tidak peduli apa yang dibuat oleh pemerintah asalkan mereka mendapat habuan dunia. Mungkin di kalangan mereka beranggapan yang berbuat zalim itu pemerintah, bukannya mereka. Apa yang penting terus dapat projek.

Lebih menyedihkan, masih terdapat ramai di kalangan golongan ulama' pengampu dalam negara ini yang sanggup menjual agamanya demi mempertahankan jawatan dan kedudukan mereka. Mereka sanggup mendiamkan diri daripada menegur golongan pemerintah yang zalim dan munafik ini. Lebih malang lagi ada yang sanggup mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan masyarakat Islam serta bertentangan dengan ajaran Islam semata-mata kerana mengikut arahan pemerintah. Ulama' sebegini sebenarnya telah ditarik ilmunya dan hati mereka telah dikunci oleh Allah daripada melihat kebenaran. Mereka beranggapan apa yang mereka buat itu betul. Sebenarnya mereka tidak sedar bahawa Allah SWT terus membiarkan mereka dalam kesesatan yang nyata. Iblis dan syaitan pula terus-menerus menipu mereka agar kelihatan elok dan benar apa yang dilakukan. Inilah dinamakan ULAMA' BANGANG !

Allah SWT ada menjelaskan di dalam Al-Qur'an tentang golongan ulama' pengampu ini di dalam Surah Al-Baqarah (2) : ayat 159 yang bermaksud ;

"Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan berupa keterangan-keterangan (yang jelas) dan petunjuk, setelah Kami menerangkannya kepada manusia dalam Al-Kitab, mereka itu dilaknati Allah dan dilaknati (pula) oleh semua (makhluk) yang dapat melaknati."

Marilah kita sama-sama berdoa' semuga Allah melindungi kita daripada menjadi penyokong kepada pemerintah yang zalim dan munafik dalam negara ini.

Mudah-mudahan Nabi SAW menerima kita sebagai umatnya dan dapat meminum air Telaga Kautsar ini. Amin .....

Jazakallah.

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger