Monday, September 8, 2008

'Aqidah Umat Islam Rapuh

Dalam bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini, kita wajib menginsafi siapalah diri kita sebenarnya. Dari mana asal kita dan ke mana kembalinya kita kelak.

Semua umat Islam sedar bahawa kita diciptakan oleh Allah untuk hidup di bumi ini bagi satu tempoh tertentu. Setiap manusia diberikan nafsu di dalam diri. Tanpa nafsu, tidak berertilah kehidupan seseorang insan itu. Dengan nafsu itulah manusia makan, minum, bekerja, berkahwin dan pelbagai lagi keinginan untuk hidup senang di dunia. Di samping nafsu ini, setiap manusia ada syaitan yang sentiasa mengikutinya. Inilah satu ujian yang Allah berikan kepada manusia sejak lahir ke dunia. Syaitan ini adalah sebagai 'kembar' manusia.

Setiap daripada kita juga ada Malaikat yang ditugaskan oleh Allah untuk menjaga kita sepanjang hidup di dunia ini. Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud "Antara Malaikat dan syaitan, keduanya sentiasa berebut untuk menguasai hati manusia. Jika manusia ingat pada Allah, maka Malaikat yang berjaya menguasai hati manusia dengan menimbulkan ilham yang baik untuk mentaati Allah. Sebaliknya, jika manusia lupa dan lalai dari mengingati Allah, maka syaitan pula yang berjaya menguasainya. Lalu dihasutnya manusia melakukan perkara-perkara yang dimurkai Allah."

Pertarungan antara Malaikat dan syaitan ini berterusan sehingga ke akhir hayat. Namun Allah tidak membiarkan hambaNya mudah tewas dengan pujuk rayu syaitan ini, lalu dikurniakan akal kepada manusia. Dengan ilmu Islam yang ada, akal akan membuat pertimbangan semula bagi menentukan setiap tindakan itu benar ataupun salah di sisi Allah. Umat Islam juga dituntut supaya mengamalkan 'zikrullah' agar hati menjadi bersih dan mudah untuk menerima Nur Ilahi.

Malangnya hari ini ramai umat Islam terpedaya dengan hasutan 'kembar'nya itu. Mereka lebih suka ikut hasutan sikembar yang jahat ini. Natijahnya, pelbagai kemungkaran berlaku di seluruh negara sehingga tahap kritikal. Selain dari hasutan sikembar ini, umat Islam semakin terpedaya dengan keindahan dan tipudaya dunia. Hartabenda dan kemewahan telah dijadikan matlamat hidup. Si miskin dihina, si kaya dipuja.

Lebih menyedihkan apabila umat Islam di negara ini tidak sedar bahawa 'aqidah mereka boleh rosak kerana mereka lebih taat kepada penguasa yang zalim daripada mentaati Allah. Terbukti. Hari ini majoriti umat Islam masih terus tunduk dan menyokong pimpinan UMNO yang jelas tidak mahu melaksanakan Undang-Undang Allah (Al-Qur'an). Dengan lain perkataan menentang Undang-Undang Allah. Apa bezanya dengan golongan Yahudi dan Nasrani. Perlu disedari bahawa golongan Yahudi dan Nasrani inilah yang suka menentang perintah Allah dan RasulNya. Berapa ramai Nabi yang diutuskan oleh Allah telah dibunuh oleh golongan ini. Tidak salah jika disebut bahawa Islam masyarakat Melayu hari ini hanya pada solat, puasa, zakat dan haji. Selebihnya ikut perangai Yahudi dan Nasrani kerana terus memberi sokongan kepada golongan yang tidak mahu melaksanakan Undang-Undang Allah.

Kita boleh lihat sendiri hari ini. Bagaimana orang yang mengaku Islam tetapi malu untuk berpakaian sebagai orang Islam. Berapa ramai wanita dan gadis Islam yang tidak menutup aurat. Kalau menutup aurat pun, tak cukup syarat. Pakai tudung tapi baju dan seluar ketat. Lihat sahaja cara berpakaian artis Melayu. Ada setengahnya macam tak berbaju. Tetapi inilah yang menjadi buruan dan ikutan kebanyakan anak gadis Melayu kita. Anak gadis Melayu hari ini lebih mengenali Siti Norhaliza, Ella, Misha Omar dan lain-lain artis daripada mengenali Saiyidatina Khadijah dan Saiyidatina Aisyah. Sehingga ada seorang artis Melayu begitu biadap menghina isteri Rasulullah sendiri, Siti Khadijah. Kita boleh lihat sendiri sikap pemimpin UMNO dalam kes ini. Ada tak diambil tindakan ke atas artis jahat ni ? Nilailah sendiri.

Sekali lagi saya menyeru kepada seluruh ahli UMNO. Tolonglah tinggalkan UMNO. Dengarlah nasihat saya ini. Seikhlasnya saya nyatakan di sini bahawa UMNO ialah sebuah parti kebangsaan yang berfahaman sekular. Ini disahkan sendiri oleh Almarhum Tunku Abd. Rahman. Sekularisme ini adalah fahaman Kristian yang menyesatkan.

Di mana duduknya 'Aqidah Islam kamu semua jika masih terus menjadi ahli UMNO yang jelas menentang Islam. Masih belum terlambat untuk kamu bertaubat dengan meninggalkan UMNO ini. Jika anda mati dalam keadaan hati masih menyokong UMNO, maka Neraka Jahannam akan menjadi tempat tinggal anda di Akhirat kelak. Ini janji Allah kepada golongan manusia yang menyokong pemimpin yang sesat (zalim, fasik, munafik dan kafir).

Sila rujuk sendiri Al-Qur'an dalam Surah Al-Ahzab (33): ayat 66 hingga 68.

Ini adalah persoalan 'Aqidah. Bukan perkara main-main. Sanggupkah anda menahan azab api Neraka Allah. Sedangkan api yang ada di dunia ini tidak termampu oleh kita menahan kepanasannya, apatah lagi kepanasan api Neraka.

DENGAN NAMA ALLAH, SAYA MENYERU KEPADA ANDA SEMUA DENGAN PENUH RASA KASIH SAYANG ;

TOLONGLAH TINGGALKAN UMNO DAN MARILAH BERSAMA DENGAN PAS.

Salam persaudaraan Islam.








No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger