Thursday, September 4, 2008

Tarikh Keramat 16 September ?

Senario politik tanahair semakin menarik untuk diperkatakan ekoran kemenangan besar Pakatan Rakyat di Permatang Pauh. Petunjuk yang diberikan oleh para pengundi di Permatang Pauh dilihat memberi kesan psikologi yang tidak kurang hebatnya terhadap pemerintahan Pak Lah ketika ini.

Kesan ini sudah tentu lebih dirasai oleh Najib yang pastinya mengimpikan kedudukan kerusi No.1 negara ekoran adanya persetujuan dibuat dengan Pak Lah yang akan memberi laluan padanya menjelang 2010.

Hari ini dilaporkan ada 43 Ahli Parlimen BN telah bersedia untuk bersama Pakatan Rakyat. Ada juga yang meramalkan bahawa peralihan kuasa ini berlaku lebih awal dari tarikh yang ditetapkan oleh Anwar. Pada 11 September ini.

Seandainya benar akan berlaku peralihan kuasa dalam bulan September ini, secara zahirnya memang aku suka tapi pada hakikatnya banyak perkara yang merunsingkan kepala otak aku. Kita tak tahu apa yang dijanjikan oleh Anwar pada 43 orang Ahli Parlimen BN yang nak melompat ni. Adalah satu perkara yang hampir mustahil sekiranya Group 43 ini 'mulia hati' tanpa meminta syarat. Paling tidak mereka mesti mahu jawatan dalam Kabinet Anwar.

Kita kena ingat bahawa Group 43 ini adalah dari BN. Jadi perangai UMNO/BN tu masih ada dalam diri mereka. Tahu sajalah macamana perangai dia orang ni. Fakta sejarah yang membuktikannya. Dulu Pairin membawa keluar PBS dari BN sewaktu PBS memerintah Sabah. Setelah hilang kuasa dan pengaruh di Sabah semenjak UMNO memerintah, dia membawa balik PBS 'rujuk' kembali ke pangkuan BN. Begitu juga dengan Ku Li. Dulu Presiden Semangat 46. Bila S46 mula hilang pengaruh menjelang PRU 1994, Ku Li dan kuncu-kuncunya merujuk semula kepada UMNO/BN.

Jelas kepada kita bahawa Group 43 ini adalah golongan manusia yang tiada 'Aqidah Perjuangan. Mereka sanggup melompat ke sana sini demi menjaga survival politik dan kedudukan mereka. Aku yakin bahawa kumpulan ini akan menyertai PKR sebab mereka melihat PKR ini macam UMNO juga. Cuma bezanya PKR memiliki pemimpin yang bersih dan berani.

Memanglah kita yakin dengan kemampuan Anwar jadi PM memandangkan pengalaman beliau yang pernah memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri dan memangku jawatan Perdana Menteri. Pimpinan tertinggi PAS juga sebulat suara bersetuju Anwar jadi PM.

Yang aku dok risau ni ialah pasal Timbalan Perdana Menteri. Adakah Anwar akan melantik Presiden PAS sebagai TPM ? Jika Dato' Seri Haji Hadi yang dilantik sebagai TPM, akulah orang pertama yang merasa lega dan bersyukur kepada Allah.

Aku bukannya apa. Dalam situasi sebegini macam-macam kemungkinan boleh berlaku. Kita kena ingat Anwar tu bukan seorang Ulama'. Dia hanya seorang yang berfikrah Islam dan ini tidak menjamin bahawa dia benar-benar komited untuk melantik seorang ulama' sebagai timbalannya. Seperkara lagi, adakah Anwar berani dan bersedia untuk melaksanakan Undang-Undang Islam (Al-Qur'an) dalam negara kita.

Bagi aku, bukanlah satu masalah bagi Anwar untuk menukar perlembagaan yang sedia ada ini kepada Perlembagaan Al-Qur'an. Jika dia ada kemahuan, pastinya ada jalan. Tentang masyarakat bukan Islam, mereka pasti boleh menerimanya jika diberikan penerangan yang sejelas-jelasnya. Jika YAB Lim Guan Eng sendiri mengakui bahawa pemerintahan Islam yang terbaik, maka tiada alasan bagi Anwar untuk berdalih dalam hal ini.

Anwar kena sedar bahawa dalam keghairahannya untuk mengambilalih pemerintahan negara, jangan sekali-kali lupa bahawa Allah Yang Maha Berkuasa ke atas hati setiap manusia dalam negara ini. Jika Anwar tersilap langkah, sekelip mata kuasa di tangan boleh hilang.

Salam dari KK.










No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger