Sunday, September 14, 2008

Masyarakat Bukan Islam Mula Mengenali PAS

Keputusan PRU12 lalu menunjukkan kecenderungan masyarakat bukan Islam terhadap PAS. Di Kedah umpamanya, 3 hari sebelum hari mengundi didapati semua bilik gerakan pilihanraya MCA dan Gerakan lengang kecuali tinggal beberapa kerat saja.

Senario ini memang tidak dijangka oleh PAS sendiri. Yang menarik perhatian sebahagian besar rakyat Kedah apabila sebahagian besar pengundi Cina berada di bilik gerakan PAS. Mereka tanpa berselindung lagi menyatakan sokongan padu kepada PAS. Ada yang membawa bendera PAS dengan motosikal. Ada yang melaungkan perkataan 'Takbir'. Suasana yang berlaku di saat-saat akhir ini memberi petunjuk awal bahawa Pakatan Rakyat akan memerintah Kedah.

Senario ini membuktikan kepada kita bahawa masyarakat bukan Islam khususnya Cina dan India sudah mula mengenali dan memahami Dasar Islam yang dibawa oleh PAS. Segala fitnah dan pembohongan yang dilakukan oleh UMNO selama ini terhadap PAS dengan mengatakan jika PAS memerintah, orang Cina kena 'potong anunya', tak boleh makan babi dan sebagainya sudah tak laku. Masyarakat Cina kini sedar siapa pembohong sebenarnya.

Di Kelantan, seorang guru lelaki berbangsa India yang telah lama bertugas di Kelantan telah memeluk Islam. Apabila ditanya oleh wartawan Harakah, bagaimana boleh terbuka hati memeluk Islam ? Beliau menjawab "Saya tertarik dengan Islam apabila saya melihat peribadi Menteri Besar, Tuan Guru Nik Abd. Aziz. Walaupun beliau seorang Menteri Besar tetapi saya melihat cara hidupnya sama seperti rakyat lain. Serba sederhana. Tuan Guru memerintah Kelantan dengan adil dan saksama. Seluruh rakyat Kelantan yang terdiri dari pelbagai kaum mendapat pembelaan dari kerajaan PAS ini."

Apabila golongan manusia yang benar-benar beriman dan bertaqwa kepada Allah menjadi pemerintah, pasti seluruh rakyat di bawah pemerintahannya akan terbela. Inilah Islam. Agama fitrah bagi seluruh manusia.

Dalam sejarah Islam, kita lihat kesederhanaan kehidupan Umar bin Abdul Aziz dalam menyediakan tempat tinggalnya walaupun dia seorang khalifah yang mempunyai empayar kerajaan Islam yang besar. Apabila dia meninggal dunia, bukan setakat seluruh rakyat yang meratapi kematiannya malahan pemergiannya ini juga diratapi oleh Raja Charles, raja Peranchis yang hidup sezaman dengan beliau.

Menurut Raja Charles, meskipun Umar bin Abdul Aziz memiliki kerajaan yang besar, menguasai perbendaharaan negara, namun kehidupannya amat sederhana. Dia tidak memiliki istana, hanya rumah biasa seperti rumah yang dimiliki oleh rakyat biasa yang miskin. Dialah sebenar-benarnya ulama' dan pembesar negara.

Masyarakat Cina dan India mula mengenali PAS dan Islam apabila mereka melihat pemerintahan PAS di Kelantan yang diterajui oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz. Setelah 18 tahun PAS memerintah Kelantan, hari ini masyarakat bukan Islam mula menyedari betapa adilnya Islam. Mereka sudah mula menyakini bahawa Islam adalah untuk semua.

Inilah janji Allah. Apabila pemerintahan sesebuah negeri atau negara diserahkan kepada golongan hambaNya yang beriman dan bertaqwa, maka seluruh manusia akan menyukainya. Allah SWT yang membukakan hati mereka untuk bersama dengan pemerintahan Islam.

Hari ini puak-puak munafik dari kalangan pimpinan UMNO semakin takut dan gerun dengan pengaruh PAS apabila mendapati masyarakat Cina dan India secara terbuka menyatakan sokongan kepada PAS. Senario inilah yang menyebabkan puak-puak munafik ini macam cacing kepanasan. Mula dibayangi ketakutan hilang pengaruh dan kuasa. Ketakutan ini ditambah lagi dengan segala dosa penyelewengan dan penipuan yang dilakukan selama ini.

Telah ada bukti di Selangor apabila seorang bekas ADUN yang mati akibat diserang sakit jantung sekembalinya dari Menara UMNO. Tak perlu dinafikan, memang orang ini sebenarnya berada dalam ketakutan yang kronik apabila mengenangkan segala rasuah dan penipuan yang dibuatnya sewaktu BN berkuasa. Apabila Pakatan Rakyat memerintah, dia menjadi panik kerana merasakan akan dibawa ke muka pengadilan di atas skandal rasuahnya yang diketahui umum. Bayangkanlah boleh buat mahligai bernilai RM 8 juta. Bagus juga mati. Kalau tidak masuk penjara. Jawablah esok di hadapan Allah.

Aku berkeyakinan jika PAS yang mengetuai pemerintahan dalam negara ini dengan melaksanakan Undang-Undang Allah (Al-Qur'an), maka lebih ramai lagi masyarakat bukan Islam akan memeluk Islam apabila mereka llihat dengan mata sendiri betapa adil dan indahnya pemerintahan Islam ini.

I just want to say I love Islam. Islam for all nation.

Salam dari Gunung Kinabalu.




No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger