Saturday, September 13, 2008

Kerajaan UMNO/BN Semakin Terdesak

Penangkapan 3 individu di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) baru-baru ini menjelaskan lagi kepada kita semua bahawa Kerajaan BN di bawah pimpinan Paklah semakin 'desperate' ekoran peralihan kuasa semakin menjadi kenyataan.

Raja Petra Kamarudin (RPK) ditahan dengan alasan cuba menghina Islam dan memperlekeh Rasulullah. Penangkapan Teresa Kok, Exco Kerajaan Negeri Selangor dibuat atas alasan beliau melarang penggunaan pembesar suara untuk azan di negeri tersebut. Manakala penahanan wartawan Sin Chew Daily, Tan Hoong Cheng adalah ekoran laporan beliau berkaitan ucapan Ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera Datuk Ahmad Ismail yang didakwa berkata bangsa Cina menumpang di negara ini.

Dari awal lagi aku dah agak akan berlaku siri penangkapan di bawah akta puaka ISA ini sebagaimana peristiwa Operasi Lalang yang berlaku pada tahun 1987.

Memang dah dasar puak-puak pemimpin UMNO yang munafik ini. Mereka akan melakukan apa saja bila dah terdesak. Sejarah membuktikan perangai 'iblis' mereka ini. Kita semua tak lupa bagaimana boleh berlaku siri penangkapan di bawah ISA dalam Operasi Lalang dulu.

Sejarah Operasi Lalang, sila klik di sini

Sejak bila pula pimpinan UMNO nak jadi hero dalam membela Islam? Dulu sewaktu Mahathir Presiden UMNO pernah membuat kenyataan dalam Perhimpunan Agong UMNO yang jelas menghina Islam kemudian disambut dengan tepukan oleh seluruh perwakilan. Dalam ucapannya, beliau menyatakan "PAS selalu bercakap pasal neraka syurga dan siksa kubur. Kita semua tak tahu adakah benar atau tidak yang dicakap oleh PAS ni. Kita semua belum mati lagi. Mana ada orang yang dah mati kemudian bangkit dari kubur dan beritahu kita semua pasal ni. Kalau ada, barulah kita boleh percaya.."

Mahathir juga pernah membuat kenyataan menghina Rasulullah dalam pertemuan tertutup dengan Ahli Majlis Tertinggi UMNO. Dia menyatakan "Betulkah bela janggut ni ikut Nabi Muhammad ? Setahu saya, Nabi terpaksa bela janggut kerana takde pisau cukur masa tu."

Tiada seorang pun di kalangan pimpinan UMNO yang berani menegur Mahathir waktu itu. Mana ada yang berani mengkritik kenyataan Mahathir. Mana pergi Syed Ahmad Albar ? Kenapa kamu tak tegur Mahahir supaya jangan buat kenyataan menghina Islam. Kamu juga bukan tak tahu pertubuhan NGO seperti Sister In Islam dan IFC ni adalah pertubuhan anti Islam. Kenapa kamu tak ambil tindakan mengharamkannya ? Janganlah kamu nak tunjuk jaguh sebagai pembela Islam. Rakyat Malaysia sudah tahu siapa kamu. Kamulah sebenarnya golongan munafik yang menjadi musuh No.1 Islam dalam negara ini.

Sekarang pulak kamu nak tunjuk jaguh membela Islam. Menahan Raja Petra atas alasan mengina Islam dan Nabi Muhammad. Waktu bila RPK buat kenyataan sedemikian ? Yang aku tahu sebab sebenar penangkapan RPK ini adalah kerana keberanian beliau membuat pendedahan dengan bukti segala penyelewengan dan penipuan pimpinan UMNO/BN serta kes pembunuhan Altantuya yang melibatkan TPM dan bininya.

Menahan Teresa Kok yang kononnya menghalang penggunaan pembesar suara sewaktu azan. Boleh diterima oleh akal ke alasan yang digunakan bagi menahan anggota Exco Kerajaan Selangor ni. Takkanlah bodoh sangat Teresa mahu buat kenyataan yang sensitif ini.

Bagi pendirian aku, segala alasan yang dikemukakan ini hanyalah rekaan semata-mata bagi menghalalkan tindakan jahat puak-puak munafik ini.

Bayangkanlah betapa bodohnya pimpinan UMNO ini. Sepatutnya Ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera itu yang patut ditahan kerana membuat kenyataan sensitif berbaur perkauman. Ini tidak. Wartawan yang amanah dalam melaporkan berita itu pulak yang ditahan.

Kita sebagai rakyat Malaysia yang cerdik memang dah tahu watak-watak para pelakon UMNO ini. Segala kejahatan dan penyelewengan mereka selama ini dah tak boleh ditutup lagi. Rakyat Malaysia dah tahu bahawa puak-puak ini memang dari spesis penipu rakyat.

Kau tunggulah wahai pimpinan UMNO. Masa kamu dah terlampau dekat. Bersiap-sedialah kamu untuk berhadapan dengan Mahkamah Rakyat di dunia ini sebelum kamu dihadapkan ke Mahkamah Allah di Mahsyar kelak.

Parti kamu UMNO masih bernyawa lagi sehingga ke saat ini sebab masih ada sokongan daripada golongan manusia bodoh dan hatinya dibutakan oleh Allah. Tunggulah saat dan ketikanya bila golongan ini dah sedar dan insaf serta kembali kepada Islam yang sebenarnya.

Selamat Tinggal UMNO.

Jazakallah.






No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger