Sunday, September 7, 2008

Kita Ahli PAS Wajib Muhasabah Diri

Peralihan kuasa 16 September semakin hangat diperkatakan di seluruh pelusuk tanahair. Kajian bebas yang dibuat oleh KL Pos, sebuah website politik menunjukkan 86% bersetuju mantan TPM Anwar Ibrahim membentuk kerajaan pada tarikh ini. Selebihnya 14% tidak bersetuju.

Secara peribadi, aku berkeyakinan bahawa penubuhan kerajaan Pakatan Rakyat ini adalah rapuh ekoran 'simple majority' yang diperolehi hasil daripada 'lompat parti'. Memanglah tak salah melompat (berhijrah) untuk kebaikan tetapi masalahnya adakah mereka yang berhijrah ini boleh dijamin akan terus bersama dalam Pakatan Rakyat ? Dalam konteks ini, Anwar lebih mendapat sokongan dari masyarakat bukan Islam. Bagi masyarakat Islam, majoriti mereka masih bersama UMNO.

Aku lebih suka dan redha jika Pakatan Rakyat memerintah secara 'anak jantan' menjelang PRU13 akan datang ini. Dan yang terpenting ialah PAS mesti mengetuainya. Dalam konteks ini PAS perlu mengambil perhatian serius dalam melaksanakan misi dakwah dan penerangannya bagi menarik lebih ramai lagi orang UMNO untuk menyertai PAS.

Gerakerja PAS bukan setakat untuk memenangi piliharaya semata-mata. Selain daripada tarbiyyah dan dakwah, PAS perlu melebarkan sayapnya merangkumi semua aspek kehidupan termasuklah ekonomi, kebajikan, kemasyarakatan dan lain-lain aktiviti yang boleh menyakinkan masyarakat bahawa inilah jamaah yang terbaik. We're the best. Islam For All.

Tidak dinafikan bahawa ahli PAS yang ada hari ini datang dari pelbagai golongan. Profesional, teknokrat, kerajaan, swasta, petani dan pelbagai latarbelakang lagi. Apa yang menimbulkan tandatanya di sini, mengapa PAS masih gagal sehingga ke hari ini untuk meraih sokongan majoriti masyarakat Islam di Malaysia. PAS perlu serius dalam menangani senario ini.

Seluruh PAS Negeri perlu belajar dari Kelantan dan Kedah. Hari ini Kedah diperintah oleh PAS. Kita yakin bahawa pimpinan dan ahli PAS Kedah telah 'lulus peperiksaan Allah'. Hasilnya, Allah berikan kemenangan. Kita lihat Kelantan. Mesti ada sebab mengapa Allah masih mengekalkan Kerajaan Kelantan di bawah pemerintahan PAS selama 18 tahun. Salah satu faktor kekuatan pengaruh PAS di Kelantan adalah faktor peribadi Tuan Guru Nik Aziz sendiri. Ini diakui sendiri oleh Hj Husam Musa. Apa kelebihan Tuan Guru. Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui. Setakat yang kita tahu, Tuan Guru telah memulakan tugas Dakwah Islamiyah kepada seluruh masyarakat Islam di Kelantan sekembalinya beliau ke tanahair setelah menamatkan pengajiannya. Walaupun kerja dakwah ini memang memakan masa untuk membuahkan hasilnya, namun istiqamah Tuan Guru itu perlu dicontohi.

Aku teringat pesan Tuan Guru Nik Aziz sewaktu beliau berucap di Markaz PAS Parit Ismail, Benut. Beliau berpesan kepada seluruh ahli PAS supaya ceritakan Islam kepada masyarakat. Tak payah sebut pasal PAS. Bila masyarakat dah faham Islam, kita tak perlu kempen lagi. Mereka tentu sokong PAS. Adakah pesanan Mursyidul Am ini telah berjaya dilaksanakan oleh seluruh pimpinan PAS dan ahli-ahlinya.

Hari ini ramai di kalangan aktivis PAS sendiri dah mula 'segan' nak pakai kopiah putih dengan alasan agar mudah mendekati orang UMNO. Sedangkan memakai kopiah ataupun serban tu adalah sunnah. Ini adalah 'trademark' kita. Apa perlunya kita meninggalkan sunnah demi 'nak jaga hati' orang UMNO. Sebenarnya inilah kelemahan kita. Kita sendiri dah lupa siapa yang menguasai hati manusia ? Sebenarnya kita ahli PAS masih banyak lagi 'penyakit mazmummah'. Sebab tulah Allah melambatkan pertolonganNya kepada kita. Kita tiada 'contact' dengan Allah.

Yang paling mengejutkan aku, masih ada di kalangan pimpinan PAS peringkat negeri (selatan tanahair) yang tergamak membuat fitnah terhadap individu yang sanggup membantu tugas dakwah PAS. Individu ini difitnah sebagai orang UMNO. Aku sendiri pernah merujuk kepada seorang AJK PAS Pusat yang mengenali dan mengesahkan individu ini adalah ahli PAS. Isterinya pula seorang AJK Muslimat PAS Kawasan. Yang terbaru, aku diberitahu bahawa individu ini telah dijemput oleh PAS Kawasan di negeri tersebut untuk memberikan kuliahnya tapi terpaksa dibatalkan ekoran arahan rasmi seorang pimpinan PAS Negeri yang melarang individu ini datang memberi kuiah di negerinya.

Aku kesal betul dengan tindakan ini. Takkan dok tak sedaq lagi bagaimana masyarakat Islam di Kedah semakin ramai menyertai PAS. Salah satu sebabnya, kuliah sentiasa aktif di setiap mesjid dan surau dalam Negeri Jelapang Padi ni. Di institusi beginilah dakwah dapat disampaikan kepada orang UMNO. Bukan bergantung pada ceramah saja. Yang ironisnya, orang yang dok menghalang ni pun tak bertanding kat negerinya sewaktu PRU12 lalu. Dia sendiri sedaq bahawa PAS tiada kekuatan di negeri kelahirannya. Pasai tulah bertanding kat negeri lain. Dia yang dah begitu lama memegang jawatan di peringkat negeri, sepatutnya dia dah mengenalpasti di mana kelemahan PAS di negeri sendiri. Ini tidak. Sebaliknya dia pulak yang bertanding di negeri lain dengan harapan boleh menang dan menjadi Ahli Parlimen macam Salahuddin Ayub.

Bagi diri Salahuddin, tidak ada sesiapa yang 'argue' dia bertanding di Parlimen Kubang Kerian. Sebagai Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, memang layaklah dia berada di Parlimen. Seorang lagi pimpinan yang aku respect ialah Mahfuz Omar. Dia tetap bertanding di kawasannya. Kalah ke, menang ke, dia tetap tidak berganjak. Inilah yang dikatakan 'anak jantan'. Syabas diucapkan kepada Mahfuz.

Sepatutnya kita ni muhasabahlah diri sendiri. Ada hamba Allah yang sudi untuk membantu tugas dakwah kita tapi kita halang dia. Kita sendiri sedaq yang kita hanya mampu berceramah di pentas sahaja, jadi bagilah kat orang lain sampaikan kuliah di surau atau mesjid. Barulah dakwah dan penerangan kita menyeluruh. Bukannya kita tak tahu yang selama ni pi dok dengaq ceramah PAS hanyalah ahli sendiri. Kalau ada orang lain pun adalah dari kalangan atas pagar. Nak harap orang UMNO pi dengaq, jauh sekali. Sedangkan sasaran utama kita ialah orang UMNO itu sendiri sehingga mereka menyertai PAS.

Diharapkan agar seluruh pimpinan dan ahli PAS muhasabahlah diri sendiri. Kita kena berpijak di bumi nyata. Jangan kita ingat bila ceramah semakin mendapat sambutan, dah mula rasa PAS semakin kuat dan boleh memerintah. Khayalan begini perlu ditinggalkan. Sudah tiba masanya kita melaksanakan segala gerakerja berdasarkan maklumat tepat. Bukan main agak-agak. Teknologi yang disediakan oleh Unit IT PAS Pusat perlu digunakan sepenuhnya. Kepada penyokong dan ahli PAS yang bukan dari kalangan aktivis, tugas anda adalah memberi derma jihad sebanyak mana yang termampu. Bagi ahli PAS yang selalu pergi ceramah, keluarkan derma jihad sekurang-kurangnya RM10 seorang. Bukannya RM1. Tak malukah kita kepada Allah yang memberi rezeki.

Allah telah sediakan KitabNya. Rasulullah meninggalkan Hadisnya. Kenapa tidak digunakan sepenuhnya untuk disampaikan dalam setiap ceramah. Berapa banyak ayat yang menyentuh tentang 'Aqidah dan kewajiban menyokong perjuangan Islam. Ayat yang menyentuh tentang perkara yang boleh merosakkan 'Aqidah jika menyokong pemerintahan toghut. Kenapa ini dilupakan oleh para penceramah PAS. Jangan asyik bercerita pasal politik saja, pasal penyelewengan BN semata-mata tanpa dibuktikan dengan ayat-ayat Allah dan Hadis RasulNya. Kita kena ingat bahawa Islam yang memandu politik. Telah sekian lama berceramah dengan gaya dan penyampaian yang sama serta masih tidak memberi impak terhadap sikap pengundi Melayu, takkanlah tak boleh fikir di mana silapnya. Mungkin kebanyakan penceramah PAS ini tiada roh dalam penyampaiannya. Natijahnya, yang mendengar hanya masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Tak melekat di hati.

Seperkara lagi, bila dah nak hampir pilihanraya barulah sibuk dengan aktiviti masyarakat. Waktu itulah juga muslimat sibuk buat lawatan ke rumah-rumah. Waktu itulah juga baru sibuk ahli-ahli PAS dan penyokong nak beri derma jihad. Dan di waktu inilah juga sibuk buat culaan. Akhirnya diri sendiri tersula. Semuanya ini perlu diubah. Kita selalu baca Surah As-Saff, tapi kita sendiri buat kerja kelam kabut. Sebab itulah musuh boleh mengalahkan kita walaupun kita berada di pihak yang benar.

Teguran ini lahir dari hati yang sayangkan jamaah Islam ini. Hati ini hanya mahu Islam memerintah negara. Jika kita sebagai pimpinan merasakan bahawa diri kitalah yang menjadi punca segala kesilapan dan kelemahan ini, adalah lebih baik kita mengundurkan diri dengan meletak jawatan. Tindakan ini lebih disukai Allah. Berilah kepada orang yang lebih layak iaitu dari golongan hambaNya yang beriman dan bertaqwa.

Janganlah dibawa perangai UMNO yang gilakan jawatan dan kuasa ke dalam jamaah yang diredhai Allah ini.

Jazakallah.

1 comment:

Anastácio Soberbo said...

Hello, I like this blog.
Sorry not write more, but my English is not good.
A hug from Portugal

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger