Sunday, September 21, 2008

Betapa Panasnya Neraka Allah

3 hari yang lalu, aku menonton rancangan National Geographic yang bertajuk Super Factories. Dalam rancangan ini ditunjukkan sebuah kilang pemasangan lori pengangkut terbesar di dunia jenama Caterpillar 787B. Beratnya sahaja mencecah 600 tan. Kebiasaannya lori pengangkut ini digunakan di kawasan perlombongan yang besar.

Apa yang nak aku ketengahkan di sini ialah apabila ditunjukkan bagaimana mahu mencetak rangka (crankcase) lori tersebut. Untuk membuat rangka ini ianya melalui satu proses yang sangat mencabar yaitu melebur besi dengan campuran khas bagi memastikan ketahanan dan kekukuhan rangka lori raksaksa ini.

Apabila aku melihat proses peleburan besi ini yang memerlukan kepanasan melebihi 2,000 darjah celcius, aku merasa ngeri bila teringatkan api Neraka Allah yang tentunya berjuta kali ganda panasnya. Aku membayangkan jika aku yang dimasukkan ke dalam relau peleburan tadi, sudah tentu aku mati serta merta di dunia ini TAPI jika dihumban ke dalam Neraka Allah yang panasnya berjuta kali ganda, aku tidak mati malah terus-menerus disiksa. Timbul rasa takut.

Marilah kita semua muhasabah diri. Kita tanya pada diri sendiri adakah kita akan terselamat dari bakaran Neraka Allah. Marilah kita berdoa' semuga Allah mengampunkan segala dosa kita dan membersihkan hati kita daripada sifat-sifat tercela (Mazmummah). Yang paling kita takut ialah jika di dalam hati ini masih ada unsur-unsur Syirik Khafi.

Rasulullah SAW sendiri pernah menyatakan kebimbangannya terhadap umatnya di akhir zaman ini kerana ramai di landa dengan penyakit Syirik Khafi ini. Salah satunya ialah riya'.

Semuga Allah SWT melindungi kita dari penyakit merbahaya ini dan mematikan kita dengan membawa hati yang sejahtera.

Jazakallah.




No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger