Friday, September 12, 2008

September 16, 2008

Telah masuk hari ke-12 umat Islam berpuasa. Bermakna 4 hari lagi rakyat menanti samada tarikh 'keramat' 16 September / 16 Ramadhan menjadi kenyataan atau sebaliknya.

Sebagai seorang muslim dan warganegara Malaysia, sudah tentulah aku suka kepada pemerintah yang adil dan bersih. Seluruh rakyat akan mendapat manafaat dari sebuah kerajaan yang amanah. Bagi rakyat yang cerdik, mereka pastinya menanti dengan penuh harapan agar peralihan kuasa ini berjalan seperti yang dirancang tanpa sebarang halangan yang besar.

Pastinya harga petrol akan diturunkan lagi sebagaimana dijanjikan. Kerajaan Pakatan Rakyat pastinya akan mengambil pelan tindakan segera bagi mengurangkan bebanan hidup rakyat yang semakin menghimpit sepanjang 'pemerintahan bodoh' Pak Lah.

Bagi aku pula, aku mahukan Kerajaan Pakatan Rakyat yang diketuai oleh Anwar ini mengambil tindakan segera ke atas seluruh pimpinan UMNO/BN yang sebelum ini pernah didedahkan sebagai perasuah besar. Bawa mereka ke muka pengadilan dan rampas semula segala harta yang mereka miliki hasil daripada merompak khazanah rakyat. Biar seluruh rakyat tahu siapa sebenarnya 'petualang negara'.

Pastinya golongan yang paling gembira ialah keluarga tahanan ISA. Kerajaan Anwar telah berjanji akan membebaskan semua tahanan ISA ini. Pastinya kehadiran 'Idilfitri tahun ini lebih bermakna bagi mereka dengan bebasnnya insan yang disayangi. Aku pun turut tumpang gembira. Begitu juga seluruh rakyat Malaysia.

Anwar selaku PM dan seorang Muslim mesti bertanggungjawab di atas amanah yang Allah berikan kepadanya. Amanah terpenting yang mesti dilakukannya ialah memerintah Malaysia dengan PEMERINTAHAN ISLAM. Anwar mesti merujuk hal ini kepada 3 orang Ulama' yang diiktiraf dunia iaitu Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, Prof Dr. Harun Din dan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.

Sebenarnya aku memang masih ragu kepada sikap Anwar ni. Memang dulu dia berfikrah Islam semasa dalam ABIM. Kemudian masuk UMNO atas pelawaan musuh Islam, Mahathir. Ini merupakan satu bukti yang menunjukkan Anwar lebih tertarik dengan tawaran si musuh Islam daripada mendengar nasihat ulama' dan sahabatnya sendiri, Assyahid Ustaz Fadhil Noor.

Ustaz Fadhil memang melarang Anwar masuk UMNO sebab dia dah nampak bahawa Anwar akan digunakan oleh Mahathir untuk menekan Islam di Malaysia. Anwar juga diberitahu bahawa dia akan dikhianati dan dimalukan oleh UMNO satu masa nanti. Namun nasihat ulama' tidak diindahkan. Akhirnya berlakulah apa yang pernah diberitahu oleh Ustaz Fadhil kepadanya. Bila dah kena terajang daripada UMNO dan diaibkan sebegitu rupa pada 1998, barulah sedar dan insaf tentang kebenaran kata nasihat seorang ulama' dan sahabatnya sendiri.

Jika setelah menjadi PM pada 16 September ini dan Anwar masih tidak mahu merujuk kepada ulama' dalam hal pemerintahan dan pentadbiran serta tidak ada niat untuk menukar perlembagaan yang sedia ada ini kepada Perlembagaan Al-Qur'an, tunggu dan lihat apa jawapan daripada Allah SWT. Anwar kena muhasabah diri di atas segala apa yang berlaku kepadanya selama ini. Dia juga jangan lupa dosanya kepada PAS. Tanpa disedarinya, kemasukan dia ke dalam UMNO secara tidak langsung menyekat kemaraan pengaruh PAS dalam negara.

Aku nak tengok dulu tindakan Anwar ni. Adakah dia juga akan mengisytiharkan Juma'at sebagai cuti umum seluruh negara ? Berani tak dia ?

I'll just wait and see what will you do, Anwar.

Selamat Berpuasa dan Selamat Menyambut 'Idilfitri.

Wassalam.

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger