Friday, September 19, 2008

Mengapa Hati Ini Sayu

Aku tidak tahu sejak 17 Ramadhan, hati ini mudah menjadi sayu. Setiap nak solat pun hati jadi sebak. Begitu juga bila mula membaca Qur'an, air mata akan mengalir. Di saat sedang menaip di keyboard laptop ini pun hati merasa sebak. Aku sendiri pun tak tahu kenapa ?

Mungkin terkenangkan kisah hidup yang penuh onak dan duri serta dosa-dosa yang menimbun agaknya. Apatah lagi di dalam bulan Ramadhan yang penuh keampunan dan keberkatan ini, mungkin Allah telah sudi memperkenankan doa' aku agar diampunkan dosa dan dibersihkan hati ini sedikit. Doa' aku semuga semua ahli jamaah PAS juga mendapat keampunan dan rahmat Allah di dalam bulan keampunan ini. Semuga pada 1 Syawal kelak hati seluruh pejuang Islam semakin jernih. Amin .....

Semuga airmata yang mengalir ini adalah kerana mengenangkan dosa sendiri, bukan sebaliknya.

Aku hanya mengharapkan Allah memanjangkan usia ini agar dapat terus memperbaiki diri dan mengenali diri sendiri. Setahu aku, selagi kita tak mengenali diri, maka kita tak akan mengenali Allah dan cinta kepadaNya.

Yang terpenting semuga Allah membimbing dan memimpin aku dalam hidup ini agar berjaya menjadi seorang hambaNya yang beriman dan bertaqwa dalam erti kata sebenar.

Aku mengaku bahawa sejak duduk di dalam jamaah PAS ni, banyak ilmu diperolehi yang selama ini tidak pernah aku dengar dan pelajari. Dengan program kuliah dan usrah. Ditambah dengan mendengar koleksi CD kuliah dari para ulama' seperti Tuan Guru Nik Aziz dan Haji Hadi. Juga dari kuliah yang disampaikan oleh para ustaz yang berkaliber. Memang beruntung jika kita berada di dalam jamaah yang diredhai Allah.

Tidak lupa juga kepada sahabat baik, Ustaz Hasanuddin dan Ustaz Adam yang banyak memberikan ilmu dan mengajarkan beberapa amalan untuk dipraktikkan dalam hidup. Cuma satu lagi 'tabiat makruh' yang masih belum dapat aku atasi, yaitu rokok. Teringat aku dengan sindiran Ustaz Adam. Katanya "rokok tu jangan dihisap tapi dimakan terus." Aku tidak pernah berkecil hati malahan menyedari kelemahan diri.

Juga kepada para sahabat yang tak pernah jemu menghulurkan bantuan di kala aku memerlukan. Ust Hasanuddin, Salahuddin, Hj Abas, Mail, Sedan, Zainuri, Halim Bank, Leng dan ramai lagi. Aku tidak pernah melupakan segala jasa mereka. Kadang-kadang terasa sedih juga bila berjauhan dengan para sahabat yang berhati mulia ini.

Mudah-mudahan Allah memberikan kesempatan kepada aku untuk membalas segala jasa baik mereka ini semua.

Salam ukhwah dari Sabah.

We all love Islam. Islam Is The Best.

Jazakallah.

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger