Friday, September 5, 2008

Ugutan Pak Lah - Tidak Serah Kerajaan

Semasa pembentangan Belanjawan 2009, Pak Lah selaku Perdana Menteri menegaskan tidak akan melepaskan kerajaan kerana rakyat telah memberikan mandat kepada BN. Pada zahirnya memang logik juga alasan Pak Lah ni. Tapi hakikatnya dia tidak sedar bahawa kemenangan BN pada PRU12 lalu adalah hasil penipuan yang dilakukan atas arahannya sendiri.

Kenapa kenyataan sebegini disebut PM ? Pastinya Pak Lah dah merasakan bahawa kerusi No.1 negara yang didudukinya sudah mula goyang. Dia sendiri dah mula yakin tentang Group 43 yang akan melompat ke Pakatan Rakyat.

Aku yakin Pak Lah akan bertindak mengisytiharkan darurat apabila 43 MP BN secara rasmi menyertai Pakatan Rakyat. Dia akan mengadap Yang DiPertuan Agong Tuanku Sultan Mizan dan menasihati Baginda agar mengisytiharkan darurat. Seterusnya pembubaran Parlimen bagi membolehkan Pilihanraya Umum diadakan semula. Hanya ini sajalah cara terbaik buat Pak Lah bagi memastikan UMNO/BN akan mendapat mandat semula untuk memerintah negara. Itu pada perkiraan dia. Perkiraan rakyat Malaysia, takde sapa yang tahu.

Memang perkara ini dah dijangka. Mereka tidak akan menyerah kalah begitu saja. Apatah lagi dengan segala penyelewengan dan rasuah yang mereka lakukan. Sudah tentu mereka tak sanggup berhadapan dengan risiko penjara. Bagi Najib pula, terpaksa berdepan dengan tuduhan rasuah pembelian kapal selam dan jet Sukhoi serta kes pembunuhan Altantuya yang melibatkan isterinya Rosmah.

Dalam situasi UMNO/BN merasakan akan kehilangan tampok pemerintahan, mereka pasti akan bertindak apa saja yang di luar jangkaan kita. Tak mustahil boleh berlaku Peristiwa Lalang yang kedua. Pihak Polis pastinya diperkudakan bagi menjayakan segala perancangan jahat dan keji mereka.

Kepada seluruh penyokong Pakatan Rakyat, anda dinasihatkan agar mengikut arahan pimpinan sekiranya berlaku suasana tegang dalam masa yang terdekat ini. Jangan termakan segala propaganda murahan BN yang pastinya disiarkan melalui media penyebar fitnah mereka.

Saya menyeru kepada seluruh umat Islam yang cintakan keadilan, berdoa'lah kepada Allah semuga segala perancangan jahat puak-puak munafik ini gagal.

Kita yakin dengan kewibawaan Tuanku Sultan Mizan. Semuga Allah memberikan kekuatan kepadanya untuk mengambil keputusan terbaik demi kesejahteraan rakyat Malaysia seluruhnya.

Jazakallah.

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger