Monday, September 1, 2008

Ketibaan Ramadhan Ini Menyentuh Hatiku

Entah mengapa hati aku begitu tersentuh dengan kehadiran Ramadhan tahun ini. Adakah ianya Ramadhan yang terakhir buatku ataupun titik permulaan bagiku untuk melakukan perubahan besar dalam diri ini. Hanya Allah yang Maha Mengetahui. Walau apapun hakikatnya, aku tetap bersyukur kerana masih diberi peluang olehNya untuk menjalani 'ibadah puasa tahun ini.

Aku berdoa' semuga Allah memberikan aku kekuatan dan keupayaan agar dapat menjalani 'ibadah puasa kali ini dalam erti kata yang sebenarnya. Semuga Allah memimpin aku, isteri dan 4 orang anak aku sehingga berjaya menjadi hambaNya yang sebenarnya.

Bila terkenangkan sejarah hidup aku, kadang-kadang air mata ini mengalir tanpa diundang. Sebagai manusia yang serba dhaif, pastinya aku tidak sunyi dari melakukan kesalahan dan dosa. Dalam erti kata lain, memang tidak layak untuk mendapat syurga Allah. Dengan dosa yang banyak dan amalan yang terlampau sedikit, manalah layak untuk menjadi penghuni Jannah.


No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger